1. Adakah istilah 'kata ganda berentak' dalam Tatabahasa Dewan dengan 'kata ganda bersajak/berima' merupakan perkara yang sama? 2. Adakah peranan kata ganda berentak dalam kata adjektif hanya sebagai penguat? Bolehkah perkataan dalam kata ganda berentak tersebut dikategorikan sebagai kata penguat? (seperti perkataan 'merang' dalam 'merah-merang') 3. Apakah 'merah menyala' juga dikira sebagai kata ganda berentak? Perkataan 'menyala' inikan kata kerja (atau sebaliknya?) | 1. Tatabahasa Dewan menggunakan istilah kata ganda berentak, manakala buku Nahu Melayu Mutakhir menggunakan istilah kata ganda berima bagi bentuk penggandaan yang sama, seperti gunung-ganang dan mandi-manda. 2. Kata ganda berentak bagi kata adjektif menunjukkan suasana atau keadaan sesuatu, seperti huru-hara dan kontang-kanting. Merah merang ialah kata nama yang sama maksud dengan merah menyala. 3. Merah menyala ialah kata nama yang bermaksud warna merah yang sangat terang. | Tatabahasa | 25.08.2024 |