Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.tang.kan.ting] | کونتڠ - کنتيڠ

Definisi : terbuai-buai, terayun-ayun (spt barang yg tergantung pd tali yg panjang); terkontang-kanting terbiar seorang diri tanpa haluan, bimbingan dsb: memang sudah nasib aku, apabila tua ~; rasa malunya tidak terkira apabila banyak mata memandangnya ~ seorang diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.tang.kan.ting] | کونتڠ - کنتيڠ

Definisi : dlm keadaan terbuai-buai atau terayun-ayun (spt barang yg tergantung pd tali yg panjang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kontang-kanting


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adakah istilah 'kata ganda berentak' dalam Tatabahasa Dewan dengan 'kata ganda bersajak/berima' merupakan perkara yang sama? 2. Adakah peranan kata ganda berentak dalam kata adjektif hanya sebagai penguat? Bolehkah perkataan dalam kata ganda berentak tersebut dikategorikan sebagai kata penguat? (seperti perkataan 'merang' dalam 'merah-merang') 3. Apakah 'merah menyala' juga dikira sebagai kata ganda berentak? Perkataan 'menyala' inikan kata kerja (atau sebaliknya?)1. Tatabahasa Dewan menggunakan istilah kata ganda berentak, manakala buku Nahu Melayu Mutakhir menggunakan istilah kata ganda berima bagi bentuk penggandaan yang sama, seperti gunung-ganang dan mandi-manda. 

2. Kata ganda berentak bagi kata adjektif menunjukkan suasana atau keadaan sesuatu, seperti huru-hara dan kontang-kanting. Merah merang ialah kata nama yang sama maksud dengan merah menyala. 

3. Merah menyala ialah kata nama yang bermaksud warna merah yang sangat terang. 
Tatabahasa25.08.2024
Assalamualaikum, Untuk tulisan jawi, ejaan perkataan yang mengandungi kata ganda, digunakan dash atau hyphen? Apakah alasannya? Terima kasih.

Kata Ganda

Kata ganda penuh ditulis dengan menggunakan tanda angka dua Hindi (٢). Penulisan kata ganda penuh seperti contoh yang berikut:

anai-anai = اناي٢ 

baik-baik = باءيق٢ 

kupu-kupu = کوڤو٢ 

Apabila bahagian kata yang diganda itu berubah bentuknya, tanda sempang (-) digunakan sebagai tanda ganda. Kata ganda jenis ini termasuklah kata ganda berimbuhan dan kata ganda berentak.

(i) Penulisan kata ganda berimbuhan seperti contoh yang berikut:

mudah-mudahan = موده-مودهن

zaman-berzaman = زمان-برزمان

lama-kelamaan = لاما-کلاماءن

(ii) Penulisan kata ganda berentak seperti contoh yang berikut:

bolak-balik = بولق-باليق

lauk-pauk = لاءوق-ڤاءوق

kontang-kanting = کونتڠ ـ کنتيڠ

 

Catatan: Terdapat sesetengah kata ganda yang dieja dengan menambah huruf alif (ا) pada bentuk ganda yang pertama apabila menerima imbuhan kerana kata ganda dianggap sebagai satu perkataan. Contohnya, perkataan:

bersama-sama  =برساما-سام

bersuka-suka = برسوکا-سوک

semata-mata = سماتا-مات

Lain-lain14.03.2022

Kembali ke atas