Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.trak.si] | کونترکسي

Definisi : 1. pengecutan (peregangan) otot: ~ mempercepat pengembalian bentuk rahim; 2. (Lin) proses atau hasil memendekkan bentuk linguistik, mis tak drpd tidak atau tiada drpd tidak ada; berkontraksi melakukan (proses) kontraksi: otot-otot perut akan ~ apabila anda dlm keadaan cemas atau berhati-hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kontraksi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah frasa 'akselerasi' digunakan berbanding 'pecutan' untuk terjemahan 'acceleration' dalam konteks 'cardiotocogram' (perubatan)? Hal ini kerana 'acceleration' yang digambarkan dalam 'cardiotocogram' tidak sama seperti dalam fizik. Terima kasih,

Dalam bidang perubatan (kardiotokografi), kardiotokogram merujuk rakaman denyutan jantung janin dalam bentuk graf dari segi kadar, amplitud, tempoh dan frekuensi ketika kontraksi uterus atau tiada kontraksi. Oleh sebab itu, padanan yang tepat dalam bidang perubatan menggambarkan keadaan tersebut ialah pecutan. Akselerasi ialah istilah yang lebih kerap digunakan di Indonesia.

Istilah17.12.2019

Kembali ke atas