Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.vén.si] | کونۏينسي

Definisi : (konvénsi) sesuatu (spt amalan, tingkah laku, ciri-ciri, dll) yg sudah diiktiraf dgn meluasnya dan dipatuhi (diikut), kebiasa­an umum, apa sahaja yg sudah diterima dan diamalkan secara meluas dan berterusan: utk hidup dgn harmoni, manusia harus mengetahui norma dan ~-~ masyarakatnya; kalau tidak, baik ditulis pantun, syair atau gurindam yg memang sudah ada ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.vén.si] | کونۏينسي

Definisi : /konvénsi/ sesuatu spt amalan, tingkah laku, ciri yg sudah diiktiraf dgn meluasnya dan dipatuhi; apa-apa sahaja yg sudah diterima dan diamalkan secara meluas dan berterusan: Manusia hendaklah mengetahui norma dan ~ masyarakatnya supaya dpt hidup dgn harmoni. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konvensi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud bagi konvensional?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat konvensional bermaksud berdasarkan konvensi , mengikut atau sebagaimana yang ditentukan oleh konvensi, sebagaimana kebiasaan. Makna08.02.2008
Saya nak tahu apa itu sajak secara umum dan juga huraian tentang aspek bahasa, aspek nilai dan aspek struktur secara menyeluruh

Sajak ialah puisi sama ada tradisional mahupun moden. Sajak mempunyai dua pengertian yang berbeza iaitu makna umumnya suatu jenis karangan berangkap baik pantun atau syair dan lain-lain, manakala makna khususnya terdiri daripada suatu jenis karangan berangkap cara baharu dalam bahasa Melayu, keadaannya seakan-akan gurindam dan seloka pada bentuk luarnya tetapi berlainan pada isi dan rasa keseniannya dengan beberapa sifat yang tertentu.

Namun terdapat pendapat umum yang menganggap sajak ialah puisi yang tidak terikat kepada konvensi dari segi rima, baris dan bait. Bagi puisi Melayu, ia tidak terikat kepada konvensi pantun, syair dan gurindam.

Dari segi bahasa, sajak dipercayai berasal dari perkataan Arab 'saf' yang bererti karangan prosa yang memakai pertentangan bunyi sama pada hujung tiap-tiap ayat atau suku kata ayatnya.

 

 

Lain-lain12.02.2009

Kembali ke atas