Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (konvénsional) 1. berdasarkan konvensi, mengikut atau sebagaimana yg ditentukan oleh konvensi, sebagaimana kebiasaannya: cerpen yg bersifat ~; 2. tidak melibatkan penggunaan tenaga nuklear, kimia, biologi dsb (bkn peperangan, senjata dsb): senjata ~; peperangan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /konvénsional/ 1 berdasarkan yg biasa dilakukan atau diamalkan; mengikut atau sebagaimana yg ditentukan oleh konvensi: cerpen yg bersifat ~. 2 tidak melibatkan penggunaan tenaga nuklear, kimia, biologi dsb (bkn peperangan, senjata dsb): senjata ~; peperangan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konvensional


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
definisi perbankan,definisi konvensional dan definisi perbankan konvensional menurut kamus dewan bahasa dan pustakaPerbankan bermaksud aktiviti atau hal yg berkaitan dgn bank atau urus niaga bank, konvensional bermaksud  berdasarkan yang biasa dilakukan atau diamalkan, manakala perbankan konvensional merujuk kepada urus niaga bank berdasarkan amalan biasa. Di Malaysia lazimnya merujuk kepada bukan sistem perbankan Islam.Makna22.11.2010
maksud bagi konvensional?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat konvensional bermaksud berdasarkan konvensi , mengikut atau sebagaimana yang ditentukan oleh konvensi, sebagaimana kebiasaan. Makna08.02.2008
Assalamualaikum. Setelah mengadakan perbincangan dengan pakar kewangan dalam kumpulan telegram Lariba, mereka mempersoalkan perkataan 'pinjaman' dan 'pembiayaan'. Dakwa mereka bahawa perkataan pinjaman digunakan untuk perbankan konvensional untuk memberi ansuran terhadap pinjaman. Sementara, pembiayaan digunakan untuk perbankan Islam untuk memberi ansuran pinjaman berasaskan syariah. Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai ketepatan istilah ini. Sekian terima kasih.Perkataan "Pinjaman" ialah  padanam daripada  "loan'" yang bermaksud  pinjaman dalam bentuk wang tunai. Pihak institusi kewangan memberi pinjaman  sejumlah wang tunai dan pihak peminjam perlu membayar balik  secara ansuran.  Manakala "pembiayaan"  pula padanannya "financing"  ialah pinjaman bukan  bentuk tunai  tetapi untuk pembelian aset contohnya rumah dan kereta dan peminjam juga akan membayar secara ansuran. Terpulang kepada pihak bank untuk   membezakannya terma "pinjaman" dan "pembiayaan" tersebut untuk kaedah konvensional atau islamik.Istilah07.08.2019
Mohon pengesahan samada penggunaan ayat Kempen Penggunaan Plastik Secara Mampan adalah tepat bagi tujuan kempen kesedaran masyarakat untuk mengurangkan penggunaan plastik konvensional dan menggalakkan penggunaan bahan alternatif lain seperti plastik bio-degeredable,beg kitar semula,kertas dan lain-lain dalam aktiviti harian.Perkataan mampan lazimnya digunakan dalam konteks ekonomi dan pembangunan. Kami cadangkan slogan tersebut diubah menjadi Kempen Tidak Menggunakan Plastik, bermakna pengguna harus mengurangkan dan kemudian tidak menggunakan plastik dalam urusan harian.Tatabahasa01.08.2012
Apakah kaedah penerbitan yang digunakan oleh DBP dari segi bidang penerbitan, kos bayaran penulisan? Ada skala tertentu dalam menentukan bayaran berkenaan?DBP menerbitkan manuskrip yang dirancang dan yang tidak dirancang berpaksikan Dasar Penerbitan DBP. Manuskrip ini boleh diterbitkan secara konvensional (bercetak) dan elektronik bergantung pada kesesuaian. Bagi manuskrip yang dirancang, penulis akan diberi insentif penulisan sebanyak RM1,000.00 setelah manuskrip itu siap ditulis dan diluluskan untuk diterbitkan oleh DBP.Lain-lain25.11.2008
panduan menulis manuskrip untuk membolehkan dbp menerbirkat buku itu...serta syarat-syarat sampingan.. terima kasih

Assalamualaikum,

                          1. Untuk pengetahuan saudara, setiap buku yang ditulis dan diterbitkan oleh DBP haruslah berdasarkan matlamat dan dasar DBP iaitu penerbitannya merangkumi penerbitan konvensional dan elektronik dengan reka bentuk dan isi yang bermutu tinggi (judul yang membina tamadun bangsa dan merangsang minda pembaca) dan tepat pada sasaran pembaca. Penerbitan ini juga seharusnya dapat memberi manfaat kepada pembaca dan boleh dijual dengan larisnya. Judul ini merangkumi penerbitan buku bahasa (umum dan ilmiah), buku sastera(filsyen dan bukan fiksyen), buku umum pelbagai bidang (Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Sains dan Teknologi) untuk pelbagai peringkat umur, dewasa, remaja dan kanak-kanak. 

2. Manuskrip hendaklah ditulis berdasarkan judul yang dikemukakan dan merangkumi bahagian awalan (judul separa, judul penuh, hlm. hak cipta, kandungan, kata pengantar, prakata, penghargaan dan sebagainya), bahagian teks (tajuk bahagian dan tajuk bab) dan bahagian akhiran (bibliografi, indeks dan sebagainya) - kesemuanya, mohon rujuk buku Gaya Dewan. Laras penulisan hendaklah mengikut bidang yang ditulis dan mengikut peringkat umur pembaca.  

3. Cara menyediakan manuskrip ialah, penaipan dengan komputer langkau dua baris dengan menggunakan perisian yang sesuai dengan DBP, setiap fail tidak melebihi 20 halaman dan sertakan satu set lengkap senarai ilustrasi (jika ada).

4. Penghantaran hendaklah bersama-sama dengan manuskrip lengkap, disket atau CD-ROm, surat iringan kepada yang berkenaan, akuan penulis bahan miliknya dan biodata penulis.  

    Saya berharap maklumat ini dapat membantu saudara untuk menulis buku dan menerbitkannya dengan DBP. Sekiranya perlukan maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya di talian 03-21481532.

 

 

 

 

       

                           

Lain-lain07.03.2010

Kembali ke atas