Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.or.di.na.si] | کوءورديناسي

Definisi : saling hubungan (yg dapat melicin­kan perjalanan sesuatu), jalinan pertalian (tindakan, gerakan, dsb) antara bahagian­-bahagian dll yg terlibat (dlm kegiatan dll), penyelarasan: ia banyak memerlukan ~ antara berbagai-bagai pihak spt penganjur, penyanyi dan orang ramai; mengkoordinasi menyelaraskan sesuatu (aktiviti, tindakan, fungsi, dsb): Kementerian Perusahaan Awam ditubuhkan utk ~ fungsi beberapa agensi yg beroperasi di bawahnya; terkoordinasi telah (atau dapat) dikoor­dinasi: keadaan apabila pelbagai sistem fisiologi pd si mati tidak lagi dapat berfungsi sbg satu unit yg ~ dan bermakna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.or.di.na.si] | کوءورديناسي

Definisi : jalinan pertalian, tindakan dsb antara bahagian atau unsur yg terlibat dlm sesuatu kegiatan, usaha dll yg menyebabkannya berjalan lancar dan berkesan: Utk memastikan kelancaran projek itu, ~ antara berbagai-bagai pihak yg terlibat amatlah diperlukan. berkoordinasi melakukan koordinasi agar bahagian atau unsur yg terlibat dlm sesuatu kegiatan, usaha dll berjalan lancar dan berkesan: Mereka ~ dgn pejabat cawangan agar masalah itu dpt diatasi segera. mengkoordinasi mengatur atau melakukan sesuatu agar yg diusahakan berjalan lancar dan berkesan: Pihak pengurusan sedang ~ kursus kemahiran utk kakitangan baru. terkoordinasi dpt atau sudah dikoordinasi (bkn sesuatu kegiatan, usaha dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koordinasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
As-salam, Saya ada satu pertanyaan. Ejaan manakah yang betul sama ada mengkordinasi ataupun mengkoordinasi? Sekia, terima kasih.Ejaan yang betul ialah mengkoordinasi daripada perkataan koordinasi.Ejaan24.02.2012
a. Mesyuarat East Asia Hidrographic Commission (EAHC) pada 24 hingga 27 Feb 14 dikoordinasikan oleh Pusat Hidrografi Nasional. b. Rimland Pacific Superintendent’s Conference (RPSC) pada 16 hingga 19 Jun 14 dikoordinasikan oleh Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM. c. WPNS Senior Enlisted Leader Working Group (SELWG) pada 18 hingga 22 Ogos 14 dikoordinasikan oleh Bahagian Operasi dan Eksesais. d. Asia Pacific Submarine Conference (APSC) pada 8 hingga 11 Sep 14 dikoordinasikan oleh Markas Angkatan Kapal Selam. 9. Justeru, Pengerusi mengarahkan mesyuarat koordinasi dilaksanakan bagi membincangkan hala tuju terbaik untuk memastikan keempat-empat aktiviti tersebut dapat berjalan dengan lancar, berkesan dan menepati objektif yang ditetapkan. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh TPTL. Pengerusi juga menghendaki Tim Induk yang ditubuhkan bagi setiap aktiviti membincangkan segala keperluan asas, implementasi dan pelaksanaan serta koordinasi aktiviti di dalam mesyuarat tersebut. 10. Pengerusi juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan kata nasihat kepada Ahli JLAKS yang baru, beliau menekankan keperluan kepada empat nilai teras TLDM iaitu Honour, Loyalty, Courage dan Pride. Pengerusi menyaran agar ahli JLAKS yang lain turut memberikan penekanan kepada nilai teras tersebut dengan harapan ianya dapat dipatuhi bagi meningkatkan kecemerlangan di dalam TLDM dan secara langsung TLDM akan dipandang tinggi oleh organisasi yang lain.Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama.  Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat.Tatabahasa13.01.2014
Soalan seperti terlampir. Kerjasama tuan amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. AIDID BIN TAJUDDIN Cawangan Perhubungan Awam, JAbatan KAstam Diraja Malaysia, PUTRAJAYA.Kami bersetuju dengan cadangan kedua dan ketiga, namun sedikit pindaan dibuat menjadi "Koordinasi Pengurusan Sempadan: Pendekatan Menyeluruh untuk Kepentingan Bersama". Namun selaku pihak yang lebih arif dalam hal ini, pihak Kastam boleh menyemak semula dan melihat ketepatannya dengan maksud sebenar frasa tersebut.Penyemakan dan penterjemahan24.12.2014

Kembali ke atas