| Ayat Aktif: Ayah Lidim menamai kopi itu Kopi Buana. Ayat Pasif 1: Kopi itu dinamai oleh ayah Lidim Kopi Buana. Ayat Pasif 2: Kopi itu dinamai Kopi Buana oleh ayah Lidim. Ayat pasif mana satu baru betul? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Kopi itu dinamai Kopi Buana oleh ayah Lidim." Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 489-490. | Tatabahasa | 05.12.2025 |
| Salam . Ayat di bawah boleh dikira sebagai ayat majmuk? Kami juga melihat cara cara biji kopi diproses menjadi serbuk kopi. Terima kasih. | Salam. Kami juga melihat cara cara biji kopi diproses menjadi serbuk kopi. Jawapan: Terdapat dua ayat yang digabungkan menjadi satu dalam contoh ayat yang saudara berikan. Oleh itu, contoh ayat tersebut ialah ayat majmuk. 1. Kami juga melihat cara-cara biji kopi diproses. 2. Biji kopi diproses menjadi kopi. | Tatabahasa | 29.08.2014 |
| Salam sejahtera, 1. Cikgu Syafiga suka minum kopi O / kopi o. (mana satu betul atau ada jawapan lain?) Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah kopi O. | Tatabahasa | 13.02.2020 |
| kopi o atau kopi O ? | Jawapan yang betul ialah kopi O. | Lain-lain | 04.05.2010 |
| a) Siti suka minum kopi di rumah. b) Siti suka minum kopi di kafe. (atau) Ayat majmuk: 1. Siti suka minum kopi di rumah atau di kafe. 2. Siti suka minum kopi di rumah atau kafe. Ayat majmuk 1 atau 2 yang betul? Mengapa? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Siti suka minum kopi di rumah atau di kafe?" Dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau, kata sendi nama pada unsur kedua, secara pilihan, boleh digugurkan. Bagaimanapun, kata sendi nama pada unsur yang kedua tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke dan ke. | Tatabahasa | 09.10.2013 |
| Salam. Penyuntingan ada dua, iaitu penyuntingan substansif dan penyuntingan kopi. Adakah penyuntingan kopi itu merujuk kepada penyuntingan naskhah? | Benar. Penyuntingan kopi sama dengan penyuntingan naskhah. | Lain-lain | 01.02.2011 |
| menambah gula dalam air kopi / menambah gula di dalam air kopi / menambah gula pada air kopi Yang mana betul? minta berikan sikit penjelasan. terima kasih encik/puan. | Ayat "menambah gula ke dalam air kopi" lebih tepat digunakan untuk frasa nama yang menunjukkan pergerakan kepadanya. | Tatabahasa | 09.11.2022 |
| Encik, Dari segi maksud dan logik, penggunaan perkataan 'menawarkan' dalam ayat berikut adakah betul? * Ibu menawarkan kopi yang pahit itu. Persoalannya, jika kopi telah ditawarkan, adakah terdapat rasa kopi lagi dari segi logiknya? Terima kasih. | Ayat tersebut memang logik dan betul. Maksudnya ibu menawarkan kopi yang pahit tersebut supaya tidak pahit rasanya. Mungkin ibu menambahkan air di dalam kopi tersebut. Dari segi logiknya, apabila kopi pahit itu ditawarkan rasanya dengan menambahkan air, rasa pahitnya telah hilang. Ini berbeza dengan maksud seperti, syarikat itu menawarkan kerja baharu kepada Ali. Maksud menawarkan kerja di sini ia;ah "offer" dlam bahasa Inggerisnya. Jadi sdr jangan keliru tentang penggunaan menawarkan dan sesuaikannya dengan ayat yang dibina. Terima kasih. | Lain-lain | 14.10.2008 |
| Salam sejahtera, tuan/puan. Saya bekerja dalam industri kopi/kafe. Kami sentiasa menggunakan terma 'specialty/speciality coffee'; ia merujuk kepada jenis kopi arabika yang berkualiti tinggi, ditanam dan diproses secara khas dan datang daripada sesebuah negara pengeluar kopi secara khusus. Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'specialty/speciality coffee'? Untuk definisi lengkap 'specialty/speciality coffee', tuan/puan boleh rujuk laman web Specialty Coffee Association of America: http://scaa.org/?page=RicArtp1 Kami berharap pihak DBP dapat membantu kami. Terima kasih. AFIQ AMMAR KHAN Barista Guild Asia afiq@bga.com.my | Salam sejahtera, Untuk frasa 'specialty/speciality coffee', kami mencadangkan supaya diterjemahkan kepada kopi istimewa kerana merujuk kepada jenis kopi, cara penanaman dan pemprosesannya yang dibuat secara khas, di samping didatangkan daripada pengeluar kopi yang khusus. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.06.2017 |
| Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "coffee house"? | Kedai kopi atau warung kopi. | Makna | 15.03.2008 |