1) Kenapa ejaan koronavirus bukan virus korona? Bukankah menyalahi hukum D-M. Berdasarkan laman web prpm ada istilah virus korona. Mengapa tidak gunakan istilah yang sedia ada 2) Apa beza koronavirus dengan virus influenza, virus herpes, virus onkogen dan virus polioma? | Ejaan yang betul ialah koronavirus kerana koronavirus ialah kata nama, iaitu nama virus yang ditemui dalam badan haiwan dan manusia. Oleh itu, hukum D-M tidak terpakai dalam perkara ini. Ejaan ini juga berpandukan kepada ejaan coronavirus yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) dan dieja rapat. | Ejaan | 04.02.2020 |
Diminta pihak tuan memberi jawapan konsisten untuk terjemahan yang betul dan tepat bagi perkataan "coronavirus". Hasil carian di prpm menunjukkan jawapan berbeza dan bercanggah (rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=coronavirus&d=175768LIHATSINI) . Yang manakah istilah B. Melayu yang tepat? - koronavirus - virus korona - coronavirus Dan diharap pihak tuan juga dapat mengemas kini laman supaya istilah yang tidak betul dipadam untuk mengelakkan kekeliruan. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah koronavirus kerana koronavirus ialah kata nama, iaitu nama virus yang ditemui dalam badan haiwan dan manusia. Oleh itu, hukum D-M tidak terpakai dalam perkara ini. Ejaan ini juga berpandukan kepada ejaan coronavirus yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) dan dieja rapat. Pihak kami mengambil maklum aduan daripada pihak puan dan akan membuat kemas kini jawapan. | Istilah | 16.03.2021 |
Saya ingin pengesahan cara menulis acronim untuk translasi. Misalnya, jika saya translate sindrom pernafasan timur tengah (MERS-CoV, middle east respiratory syndrome)...perlukah saya menulis begini dalam dokumen dimana saya tulis translasi dahulu kemudiannya acronim dan huraian asalnya. Ini sebab acronim MERS-CoV tidak ada dalam bahasa Melayu. Bolehkah saya cipta acronim atsu abreviation sendiri? | Cara penulisan akronim bagi nama virus perlu ditulis penuh dalam istilah bahasa Melayu dan diikuti dengan akronim, iaitu Virus Korona Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) | Tatabahasa | 05.10.2020 |