Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kor.pus] | کورڤوس

Definisi : (Lin) himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kor.pus] | کورڤوس

Definisi : ist himpunan tulisan atau teks drpd majalah, buku, akhbar dll utk tujuan penyelidikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata korpus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin melakukan kajian data korpus dan memerlukan data korpus bagi majalah Dewan Bahasa keluaran sepanjang tahun 2008 atau enam bulan pertama tahun 2009. Carian perkataan bagi data korpus secara online setakat ini hanya memaparkan dapatan sehingga tahun 2005 sahaja. Bagaimana saya boleh mendapatkan data korpus bagi majalah Dewan Bahasa yang terkini?Terima kasih atas minat sdr. dalam kajian seumpama ini. Buat masa ini, data Majalah Dewan Bahasa yang ada di dalam pangkalan data kami ialah Dewan Bahasa Januari-Disember 1988 dan Julai-Oktober 2002 sahaja dan data ini belum dipindahkan ke sistem korpus dalam talian DBP.

Ini bermakna sdr belum dapat mencapai dan memproses data ini melalui laman Web DBP. Oleh yang demikian, sekiranya sdr. berhasrat untuk menggunakan data yang ada, sila hubungi Puan Norhafizah Mohamed Husin hafizah@dbp.gov.my, Bahagian Penyelidikan Bahasa, untuk urusan lanjut. Terima kasih.

Lain-lain19.07.2009
Tuan, saya ingin mengetahui maksud dan kebaikan penggunaan korpus dan kesesuaian penggunaan korpus di dalam bidang linguistik.Antara manfaat penggunaan korpus ialah dapat mengetahui sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian seperti kumpulan contoh penggunaan kata dan lain-lain.Lain-lain19.12.2008
Saya ada terbaca perkataan korpus sastera. Apakah yang dimaksudkan dengan korpus sastera? Saya telah membuat carian, namun perkataan tidak ditemui.Kamus Dewan edisi keempat halaman 824 mentakrifkan korpus sebagai himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan untuk kajian (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll). Oleh itu, korpus sastera ialah karya yang terdiri daripada puisi moden atau tradisional , cerpen, novel, hikayat dan sebagainya, serta esei sastera.Lain-lain21.11.2007
Apakah yang dimaksudkan dengan 'korpus bahasa Melayu'?Korpus bahasa Melayu ialah himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian dalam bahasa Melayu (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll).K orpus bahasa Melayu merupakan antara bahan utama yang digunakan dalam proses penyusunan pedoman,k amus dan juga tatabahasa bahasa Melayu. Buku-buku tentang tatabahasa dan ilmu linguistik terbitan pihak luar juga dijadikan bahan rujukan sebelum sesuatu rumusan dibuat. Saudara boleh melayari laman web DBP dan klik pada menu konkordans untuk mendapatkan maklumat lanjut.  Makna05.03.2009
1. Apakah perbezaan antara status bahasa dan korpus bahasa. 2. Mengapa status bahasa dan korpus bahasa perlu dirancang serentakStatus bahasa ialah taraf atau kedudukan bahasa (B.Melayu), manakala korpus pula ialah himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll). Ini disebabkan kedua-duanya saling berkaitan. Tanpa korpus bahasa, kemungkinan tidak wujud bahan untuk dijadikan kajian atau analisis sesuatu perkara.Oleh sebab iti status bahasa dan korpus bahasa perlu dirancang serentak. T.kasih. Lain-lain21.07.2008
Berkaitan Pendaftaran Korpus DBP Tuan/Puan, Seperti pertanyaan dulu,saya masih manghadapi masalah pendaftaran Korpus DBP. Saya telah cuba menggunakan firefox dan explorer. Oleh sebab saya berada di Beijing sekarang, saya juga minta ahli keluarga di Malaysia untuk membuat pendaftaran tetapi permintaan juga ditolak. Oleh itu, dengan pertanyaan ini juga ada lampiran fail yang menunjukkan info yang saya isi dalam ruang-ruang pendaftaran. Sya berharap agar pihak berkuasa dapat beri tunjuk ajar. Sekian, Terima kasih.Saya respons kepada pertanyaan terdahulu tentang Korpus Sastera. Untuk makluman saudara medan Korpus Sastera telah disediakan, walau bagaimanapun masih dalam peringkat pembinaan bahan. Setelah selesai dibina Korpus Sastera boleh diakses oleh orang ramai. Saya sendiri telah cuba mendaftar sebagai penyelidik dan masalah yang sama saya hadapi seperti saudara. Hal ini akan saya kemukakan kepada pengetahuan pihak pentadbir sistem. Sepatutnya penyelidik boleh mendaftar dan menggunakan pangkalan data korpus tersebut.Lain-lain24.03.2011
Salam. Boleh tuan beri penerangan mudah kepada saya mengenai : Soalan : Apa itu korpus berkomputer dan konkordans ?Korpus berkomputer ialah himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan untuk kajian (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll) yang menggunakan komputer.  Konkordans ialah senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yang menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yang berkenaan.Makna26.12.2011
Tidak Berjaya untuk Mendaftar Sebagai Penyelidik Korpus DBP Tuan/Puan, Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin mengetahui sama ada masalah pendaftaran Korpus DBP telah diperbaiki. Hal ini demikian kerana saya telah cuba mendaftar sejak March tetapi sering menghadapi kegagalan. Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.Harap maaf, sistem Korpus DBP sedang mengalami masalah teknikal dan masalah tersebut sedang ditangani oleh Bahagian Sistem Maklumat, DBP.Lain-lain22.04.2011
Saya dapati kebanyakan data yang dijadikan sandaran untuk dijadikan sistem tatabahasa Melayu bukannya bersandarkan kepada korpus bahasa, tetapi lebih kepada pembentukan data yang "dicipta" sendiri. Mengapakah korpus bahasa Melayu tidak dijadikan sebagai premis utama dalam pembentukan sistem tatabahasa bahasa Melayu?Untuk makluman saudara korpus bahasa Melayu merupakan antara bahan utama yang digunakan dalam proses penyusunan pedoman,kamus dan juga tatabahasa bahasa Melayu. Buku-buku tentang tatabahasa dan ilmu linguistik terbitan pihak luar juga dijadikan bahan rujukan sebelum sesuatu rumusan dibuat.     Lain-lain17.07.2008
Tuan/Puan, Saya ingin mendaftar sebagai penyelidik supaya dapat menggunakan Korpus DBP untuk menjalankan penyelidikan tetapi sistem tersebut sering menolak permintaan saya dengan alasan 'Pendaftaran tidak berjaya!' Saya berharap agar tahu akan sebabnya. Selain itu, bagaimanakah pengguna boleh memperolehi ID pengguna dan kata laluan supaya dapat menggunakan korpus sastera? Adakah dalam laman web DBP, pihak berkuasa hanya membekalkan perkhidmatan daripada kedua-dua korpus tersebut sahaja? Sekian, terima kasih.Terima kasih atas keprihatinan saudara memanfaatkan perkhidmatan yang kami sediakan dalam ruang bmaya ini. Untuk makluman saudara, sistem korpus bahasa tiada masalah dan saudara boleh mengakses sistem tersebut berdasarkan arahan yang diberikan dalam sistem. Sistem korpus sastera memang bermasalah buat masa ini dan hal ini telah kami kemukakan kepada Bahagian Sistem Maklumat, DBP dan kami berusaha menanganinya secepat mungkin.Lain-lain18.03.2011
1234567

Kembali ke atas