Yang manakah penggunaan yang betul? Anggaran kos atau kos anggaran? Konteks penggunaan adalah seperti "(Anggaran kos/kos anggaran) bagi kerja ini adalah RM50" Terima kasih | Kami mencadangkan penggunaan istilah anggaran kos (cost estimate). Sekiranya tuan ingin menggunakan padanan yang lain, istilah kos jangkaan (anticipated cost) juga sesuai digunakan terutamanya dalam bidang perakaunan, ekonomi dan perniagaan. | Istilah | 01.04.2020 |
1.Dalam bahasa melayu, adakah dibenarkan sesuatu perkara yang menunjukkan lebih daripada satu tetapi ditulis satu perkataan sahaja. Contoh: 1.syarat-syarat (conditions) ditulis sebagai "syarat" sahaja 2. Kos-kos ditulis sebagai "kos" sahaja Adakah betul penulisan syarat atau kos sahaja tanpa digandakan perkataan tersebut walaupun ianya melibatkan jamak. 2. Perkataan lain-lain Cth: Sama ada lain-lain hubungan kekeluargaan yang rapat atau hubungan kekeluargaan lain yang rapat. Sama ada lain-lain dokumen sokongan atau dokumen sokongan lain Terima kasih atas bantuan. | 1. “Syarat-syarat” atau “syarat”, kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. Contohnya, “Tertakluk pada terma dan syarat”. Dalam konteks ini, “syarat” telah membawa maksud jamak. Begitu juga dengan perkataan “kos-kos” atau “kos”, penggunaannya perlu disesuaikan dengan konteks ayat. Kebiasaannya, “kos” juga telah membawa maksud jamak dan tidak perlu digandakan. 2. Frasa yang betul ialah “... hubungan kekeluargaan lain yang rapat ...” dan “… dokumen sokongan lain …”. | Tatabahasa | 08.08.2025 |
Assalamualaikum Tuan/Puan 1. Adakah perkataan KOS atau BAJET merupakan perkataan Bahasa Melayu? Contoh: i.Kos Perbelanjaan atau Bajet Perbelanjaan ii.Kos Tuntutan Perjalanan 2. Antara Kos dan Bajet yang mana lebih sesuai digunakan Terima Kasih | Perkataan kos telah diterima dalam bahasa Melayu dan digunakan dalam bidang peristilahan; manakala perkataan bajet hanya digunakan dalam konteks bahasa percakapan. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.12.2015 |
Mana satukah yang betul - 1)kos rawatan atau kos perawatan atau kos merawat? 2) kerja-kerja membaik pulih atau kerja-kerja pembaikpulihan? Terima kasih atas perhatian anda. | Puan Junita, Ayat yang betul ialah 1. kos rawatan 2. kerja-kerja membaik pulih | Ejaan | 06.10.2010 |
COST EFFECTIVENESS | KEBERKESANAN KOS KOS BERKESAN (UMUM) | Istilah | 10.11.2010 |
apakah maksud pengekosan sumber manusia | Assalamualaikum. Berdasarkan Kamus Dewan 4 makna "pengekosan" adalah anggaran semua kos yang terlibat dalam satu urusan misalnya perniagaan. Merujuk kepada pertanyaan tuan, perkataan pengekosan sumber manusia berkemungkinan merujuk kepada anggaran semua kos yang terlibat dalam urusan pengambilan sumber manusia seperti gaji, elaun, sumbangan KWSP, kos latihan, kos perubatan dan sebagainya. | Lain-lain | 26.02.2009 |
Ayat yang manakah adalah betul. A. Kirakan penggunaan jumlah kos elektrik untuk bulan Disember (bulan ini mengandungi 31 hari) B. Kirakan penggunaan jumlah kos elektrik untuk bulan Disember (31 hari) dan ada tanda soal ke tak? | Kirakan penggunaan jumlah kos elektrik untuk bulan Disember (31 hari). Ayat ini tidak perlu penggunaan tanda soal. | Tatabahasa | 27.10.2022 |
salam, pihak kami bercadang menghasilkan sebuah buku biografi untuk diterbitkan. persoalan saya 1) cara/kaedah untuk penyelidikan yang tepat bagi menghasilkan buku ini 2)adakah terdapat kos melibatkan DBP atau kos penyelidikan yang perlu saya tahu atau jumlah kos purata pembayaran bagi temubual individu. yasmin korporat MAINJ 0104145174 | Salam MENERBITKAN BUKU BIOGRAFI Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pihak kerana berminat untuk menghasilkan dan menerbitkan buku biografi di Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk makluman puan, editor di Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, DBP, akan menghubungi pihak puan dalam masa terdekat untuk menjelaskan persoalan ini dengan lebih lanjut. Sekian, untuk pemakluman. | Lain-lain | 22.09.2021 |
Ayat yang mana yang betul, Kos ditanggung sepenuhnya oleh syarikat atau Kos ditangguhan oleh syarikat sepenuhnya. | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul. Sila betulkan ejaan "ditanggung" | Lain-lain | 04.08.2023 |
Hello. Saya ingin bertanya tentang perkhidmatan penterjermahan bahasa yg merangkumi berapa bahasa dan kos ? | Untuk mendapatkan kos penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan negara, no. tel. 03-41497210, e-mel www.itnm.com.my atau Persatuan Penterjemah Malaysia no. tel. 03-21424381, e-mel terjemah@tm.net.my. | Lain-lain | 12.12.2008 |