dimana saya boleh mencari mjlh dewan kosmik keluaran tahun 80an? | Dewan Kosmik diterbitkan setiap bulan mulai Januari 1993. Jadi, tiada keluaran Dewan Kosmik tahun 80-an | Lain-lain | 12.07.2007 |
assalamualaikum dan selamat sejahtera, apa yg saya ingin tuliskan di sini ialah mengenai dewan kosmik terbitan pihak dbp. alhamdulillah banyak input yang kami, sebagai pelajar dapat daripada majalah tersebut. namun apa yang saya kesal kan di sini ialah mengenai harga dan saiz. seperti mana yang diketahui karangkraf telah memberikan hakmilik dewan kosmik kepada pihak dbp semula.harga yang ditetapkan pihak dbp terlalu mahal. mmg lah ilmu itu penting. namun rm 6 dengan harga rm4.80(harga lama) mcm x munasabah. selain itu, jika dibandingkan kosmik lama dan baru, kosmik baru lebih pendek. dan pengisian agak kurang berbanding yg lepas. di harap pihak dbp dapat mempertimbangkan apa yang saya komenkan ini.terima kasih | Terima kasih dan syabas atas penghargaan saudara kepada majalah Dewan Kosmik. Sebenarnya Karangkraf tidak memberikan hak milik Dewan Kosmik kepada DBP, seperti yang saudara sebutkan. Hak milik Dewan Kosmik ialah DBP kerana majalah ini diterbitkan mengikut Akta DBP. Saiz majalah Dewan Kosmik mengikut spesifikasi mesin cetak. Komen saudara tentang harga dan pengisiannya diambil maklum. | Lain-lain | 15.01.2008 |
Saya ingin menulis untuk Dewan Kosmik. Ia berkaitan kajian saya iaitu Medan Magnetik. Bagaimanakah prosesnya? | Sila hantarkan makalah tersebut kepada editor Dewan Kosmik En.Mohd Khairulanuar Manshor di alamat khairulanuar@dbp.gov.my | Lain-lain | 23.03.2008 |
Salam, Saya berminat untuk menulis artikel teknologi dalam majalah Dewan KOsmik. Boleh saya minta e-mel sesiapa yang boleh saya hubungi atau menghantar artikel tersebut. | Salam sejahtera. Untuk tujuan tersebut, saudara boleh menghantar manuskrip saudara kepada Editor Dewan Kosmik norizan2@dbp.gov.my atau armin@dbp.gov.my. beserta surat iringan yang memuatkan nama penuh, no. kad pengenalan, alamat surat-menyurat, no. telefon dan emel. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 26.02.2009 |
Tuan/Puan, Saya amat berminat dalam penulisan terutamanya penulisan saintifik. Dalam hal yang demikian, bagaimanakah cara dan; terma dan syarat-syarat untuk menyumbang artikel dalam majalah KOSMIK.Kerjasama tuan/puan dalam memberi penjelasan mengenai perkara tersebut, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. | Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Editor Dewan Kosmik, Puan Norizan Muslim, melalui e-mel: norizan2@dbp.gov.my atau Timbalan Editor, Encik Mohd Syukri Anwar, melalui e-mel: syukri@dbp.gov.my | Lain-lain | 20.01.2011 |
Lailatul Badariah Kassim ISN 11.50 PAGI Salam.. saya ingin bertanya jika DBP ada menjual Dewan Kosmik keluaran tahun 1993 -1995. Terima kasih.. | Sila hubungi Ujana Buku di talian 03-4101 0023/0028/0025 untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih. | Lain-lain | 15.05.2017 |
Tuan, Jika saya ingin menghantar artikle sains Bahasa Malaysia untuk pemaparan dalam jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia seperti dalam lampiran, apakah prosedurnya? Terima kasih. | Artikel itu telah disemak dan sesuai untuk jurnal saintifik. Dewan Bahasa menerbitkan Dewan Kosmik, yang merangkumi makalah umum tentang sains dan teknologi. Oleh itu, artikel tuan boleh diterima dengan pendekatan penulisan yang umum. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi editor Dewan Kosmik, Pn Norizan Muslim, norizan2@dbp.gov.my | Lain-lain | 20.10.2010 |
MAJALAH YANG MANA YANG SESUAI DIBACA (EJAAN DAN BAHASA YANG DIGUNAKAN ADALAH BETUL MENGIKUT DBP) | MAJALAH TERBITAN DBP SEPERTI DEWAN MASYARAKAT, DEWAN BUDAYA, DEWAN KOSMIK DAN LAIN-LAIN. | Lain-lain | 16.03.2011 |
SAYA TIDAK MENERIMA MAJALAH LANGGANAN BERMULA BULAN SEPTEMBER 2017. hANYA TELAH TERIMA UNTUK BLN jUN, jULAI & OGOS 2017 SAHAJA SETAKAT INI. tarikh langganan: 9/5/17 rujukan langganan: LM170509227972706163 item langganan : Dewan Kosmik tempoh 24 bulan. Tolong respon. terimkASIH | Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menghubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharudin di talian 03-41010024. Terima kasih. | Lain-lain | 02.12.2017 |
imbuhan meng- pada perkataan menghujani mempunyai makna atau tidak ... | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud menghujani ialah mendatangkan (melepaskan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (pertanyaan, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan. | Makna | 05.11.2009 |