Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj baju tebal potongan Barat berlengan panjang dan biasanya terbuka di depan yg dipakai di luar baju kemeja: dibetul-betulkan tali lehernya dan disarungnya ~; berkot 1. mempunyai kot; 2. memakai kot: seorang lelaki ~ biru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : baju berlengan panjang dan berbutang di bahagian hadapan (biasanya utk orang lelaki) yg dipakai di luar kemeja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kot I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Apakah terjemahan lab coat/laboratory coat? Kot makmal tiada dalam kamus/tiada maklumat. Mohon nasihat Terima kasihPadanan yang sesuai ialah Kot MakmalIstilah13.07.2017
Salam tuan, bagaimana jika saya ingin menterjemahkan 'This labcoat is made in Australia.'Terjemahan yang dicadangkan ialah Kot makmal ini dibuat di Australia.Penyemakan dan penterjemahan04.07.2016
Apakah padanan yang sesuai untuk "cots" yang merujuk kepada a camp bed, particularly a portable, collapsible one.?Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bagi cot ialah
1. katil budak atau kot
2. katil lipat.
Makna13.10.2017
Tukar lirik lagu dialek kedah kepada Bahasa Melayu standard Mai Chek Mai Kita Kedah Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… Naik Kapai Terbang Turun Kepala Batas Makan Tok Sah Bimbang Kami Banyak Beras Ikut Lebuhraya Teruih ke Kayu Hitam Jaga Chek Ooii JAga Kereta Meneru Neran Kreta Meneru Nerannn … Uuummmmmm Lekasla Mai Kedah Singgahlah Ke Pekan Rabu Minum Nira Nipah, Makan Emping Kerabu Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Maju Tak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Tengok Sana Sini Pembagunan Serata Negeri Ada Mesin Padi Ada Kilang Besi Melawak Orang Kedah Jangan Cepat Terasa Tok Sah Dok Kesah Bekawan Cepat Mesegha Bekawan Cepat Meseghaaa Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Muju Dak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah…Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum.

Saudara bole merujuk buku untuk rujukan yang telah diterbitkan, iaitu Glosari Dialek Terengganu dan juga Glosari Dialek Kedah. Selain itu, buku-buku yang ditulis oleh sarjana tempatan seperti Asmah Hj Omar, Zaharani, dan Norhashimah, juga boleh dijadikan rujukan untuk alih bahasa tersebut serta menggunakan prpm.dbp.gov.my.
Tatabahasa20.07.2013

Kembali ke atas