Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[krén] | کرين

Definisi : (krén) sj alat utk mengangkat (memunggah, memindahkan, dsb) barang-barang berat (di pelabuhan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[krén] | کرين

Definisi : /krén/ alat yg digunakan utk mengangkat barang-barang yg berat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kren


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Mohon bantuan tuan menterjemahkan istilah 'grounded'. Ia membawa maksud seseorang pekerja yang tidak dibenarkan menjalankan tugas mengendalikan jentera yang tinggi cthnya kren atas sebab disiplin,kemalangan sebagai merehatkan peketja tersebut. Oleh kerana tiada istilah melayu yg sesuai, kami masih menggunakan grounded. Harap pihak tuan bantu. TQ

Melihat kepada konsep/pengertian grounded kami mencadangkan istilah "kerja ringan" bagi menerangkanistilah tersebut dalam bahasa Melayu. 

Istilah29.10.2008
Adakah penggunaan kata bahasa yang betul PEKERJA BINAAN MAHIR 1 Pemasang Konkrit Pratuang 2 Pemasang Sistem Acuan 3 Pemasang Sistem Blok 4 Pemasang Kekuda Bumbung 5 Jurulepa 6 Pemasang jubin 7 Penerap Bata 8 Jurubengkok Besi Tetulang 9 Tukang Kayu 10 Tukang Konkrit 11 Pemasang Dinding 12 Pemasang Siling 13 Tukang Cat 14 Operator Jentera 15 Pemasang Perencah 16 Operator Kren 17 Juruambin dan Jurutali 18 Tukang Paip 19 Penjaga Jentera 20 Penyambung Kabel 21 Pendawai 22 Jurukimpal 23 Jurugegas Petrokimia 24 Jurubagas & Jurucat 25 Juru Penyaman Udara & Pengudaraan Mekanikal 26 Penyiasat Tanah?Sila berikan istilah bahasa Inggeris untuk kami memastikan sama ada padanan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul. Hal ini kerana kebanyakan istilah yang diberikan tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP.Istilah22.11.2016
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Tilt in Space Wheelchair 2. Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Pipe Reclaim Conveyor 3.Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Tube Conveyor 4.Clay Mining Bulk Handling Gantry Crane 5.Clay Mining Bulk Handling Grab Barge Unloader 6.Clay Mining Bulk Handling Grab Ship Unloader 7.Clay Mining Bulk Handling Grizzly Feeder Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Tilt in Space Wheelchair - Kerusi Roda Ruang Boleh Condong

2. Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Pipe Reclaim Conveyor - Konveyor Pulih Guna Paip Sawat Boleh Lentur Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

3. Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Tube Conveyor - Konveyor Tiub Sawat Boleh Lentur  Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

4. Clay Mining Bulk Handling Gantry Crane - Kren Gantri Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

5. Clay Mining Bulk Handling Grab Barge Unloader - Pemunggah Barj Cekam Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

6. Clay Mining Bulk Handling Grab Ship Unloader - Pemunggah Kapal Cekam Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

7. Clay Mining Bulk Handling Grizzly Feeder - Penyuap Grizli  Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat
Istilah09.05.2016
pandanan kata dalam bahasa kebangsaan SKILLED CONSTRUCTION WORKERS 1 Precast Concrete Installer 2 Formwork System Installer 3 Block System Installer 4 Roof Truss Installer /Fabricator 5 Plasterer 6 Tiler 7 Bricklayer 8 Bar Bender 9 Carpenter 10 Concretor 11 Drywall Installer 12 Ceiling Installer 13 Painter 14 Plant Operator 15 Scaffolder 16 Crane Operator 17 Slinger And Rigger 18 Plumber 19 Chargeman 20 Cable Jointer 21 Wireman 22 Welder 23 Petrochemical Fitter 24 Blasting & Painting Specialist 25 Air-Conditioning & Mechanical Ventilation Specialist 26 Soil Investigator ”

Padanan kata dalam bahasa Melayu untuk PEKERJA MAHIR BINAAN ialah:

1. Pemasang Konkrit Pratuang
2. Pemasang Sistem Acuan
3. Pemasang Sistem Blok
4. Pemasang Kekuda Bumbung
5. Tukang Plaster
6. Tukang Jubin
7. Penurap Bata
8. Pelentur Bar
9. Tukang Kayu
10. Pengkonkrit
11. Pemasang Dinding Kering
12. Pemasang Siling
13. Tukang Cat
14. Pengendali Loji
15. Perancah
16. Pengendali Kren
17.Pemasang Anduh dan Rig

18. Tukang Paio

19. Jurujaga atau Penjaga Jentera

20. Penyambung Kabel

21. Pendawai atau Pemasang Dawai

22. Pengimpal atau Tukang Kimpal

23. Pemasang Kelengkapan Petrokimia

24. Pakar Catan dan Semburan

25. Pakar Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal

26. Penyiasat Tanah

Istilah20.12.2016

Kembali ke atas