Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.ti.kal] | کريتيکل

Definisi : 1. menunjukkan atau mungkin me­nimbulkan krisis, boleh atau mungkin mener­bitkan kegentingan: ancaman terbesar terhadap ekologi dunia sekarang ialah pemusnahan hutan pd kadar yg ~ serta membimbangkan; 2. bersifat mengkritik, mengan­dungi kritikan (terhadap sesuatu atau seseorang): beberapa buah akhbar Soviet telah menyiarkan surat-surat yg agak ~ terhadap pelibatan negara itu utk menegakkan sebuah pemerintahan sokongannya di Kabul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kritikal (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan suka mengkritik: tajam akal, pintar, suka menegur, suka membidas, suka mencela, suka mengutuk,

2. Bersinonim dengan tegang: runcing, genting, mustahak, penting, serius,
Berantonim dengan tenang.



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan dari segi maksud Prasarana Maklumat Kritikal Negara dengan Prasarana Kritikal Maklumat Negara? Jika Critical National Information Infrastructure ingin diterjemah ke dalam Bahasa Melayu, apakah terjemahan yang betul?

Saudara,

Cadangan padanan bahasa Melayu ialah Prasarana Maklumat Negara yang penting atau Prasarana Maklumat Penting Negara.

Makna06.08.2010
Manakah penggunaan perkataan yang tepat dalam ayat berikut sama ada kritis atau kritikal? Dapat membuat justifikasi antara andaian dan amalan pedagogi terdahulu dengan amat kritis atau kritikal.Dapat membuat justifikasi antara andaian dan amalan pedagogi terdahulu dengan amat kritikal. Wacana bahasa Melayu menggunakan perkataan kritikal yang sama maksudnya dengan kritis dalam bahasa Indonesia.Tatabahasa16.11.2015
1)Apakah maksud terhenjut-henjut? 2)apakah maksud sektor kritikal ?1. Ejaan yang betul ialah terenjut-enjut. Maksud bagi perkataan tersebut ialah (bergerak dll) turun naik (tinggi rendah): ia berjalan. Sektor kritikal pula ialah sektor yang penting dan sedang menghadapi kekurangan tenaga pakar yang memerlukan perhatian khusus. Contohnya bidang kedoktoran.Makna11.01.2010
(i) Setiap anggota masyarakat hendaklah prihatin dan meminimumkan penggunaan air pada musim kemarau agar bekalannya tidak kritikal dan terpaksa dicatu. boleh tak kata 'pada' dalam ayat di atas dgantikan dengan 'semasa'? mana yang lebih sesuai? apakah perbezaan fungsi kedua-dua kata tersebut?Setiap anggota masyarakat hendaklah prihatin dan meminimumkan penggunaan air pada/semasa musim kemarau agar bekalannya tidak kritikal dan terpaksa dicatu. - semasa juga boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana semasa bermaksud pada ketika/pada waktu.Tatabahasa05.05.2010
Salam sejahtera, pemikiran kritis atau pemikiran kritikal? Pemilihan perkataan mana yg lebih sesuai?Kedua-dua frasa boleh digunakan. Penggunaan frasa bergantung kepada konteks ayat.Lain-lain14.11.2019
Salam sejahtera, pemikiran kritis atau pemikiran kritikal? Pemilihan perkataan mana yg lebih sesuai?perkataan yang sesuai ialah pemikiran kritisTatabahasa27.11.2019
Apakah terjemahan yang betul bagi "juvenile specific critical illness"Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan juvenile specific critical illness ialah penyakit kritikal yang khusus dihadapi oleh juvenil.Penyemakan dan penterjemahan06.04.2017
Assalamualaikum Tuan, Mint jasa baik tuan untuk mengedit ayat dibawah ini supaya susunan ayat betul: Salam Sejahtera, Tuan/Puan, Kami dari syarikat HBY Cakradonya , amat berbesar hati ingin mencadangkan kepada pihak tuan cara melindungi Data Center dan Data-data yang sangat kritikal dari ancaman EMP serta lain-lain perlindungan seperti yang terdapat dalam kertas cadangan yang dilampirkan di dalam attachment file , sila rujuk dalam file tersebut. Kami berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat mengaturkan satu temu janji bagi kami memperjelaskan dengan lebih detail tentang cadangan ini Jika memerlukan sebarang maklumat tambahan sila tuan/ puan hubungi kami di talian untuk tarikh temujanji : 60 14 228 3352 atau e-mail : hasbi@hby-cakradonya.com Sekian , Terima kasihWaalaikumsalam.
Ayat yang telah diedit ialah:
Salam Sejahtera.
Tuan-tuan dan puan-puan.
Kami dari Syarikat HBY Cakradonya , amat berbesar hati ingin mencadangkan kepada pihak tuan-tuan dan puan-puan cara-cara untuk melindungi pusat data dan data-data lain yang sangat kritikal dari ancaman EMP. Kami juga menyediakan perlindungan lain seperti yang terdapat dalam kertas cadangan dalam fail lampiran. Ssila rujuk dalam lampiran fail tersebut. Kami berbesar hati sekiranya pihak tuan-tuan dan puan-puan dapat mengadakan satu janji temu dengan kami supaya kami dapat menerangkan dengan lebih terperinci tentang cadangan ini.  Jika memerlukan sebarang maklumat tambahan, sila hubungi kami di talian 60 14 228 3352 atau e-mel hasbi@hby-cakradonya.com untuk tarikh janji temu. Sekian , terima kasih.
Tatabahasa17.05.2015
saya dari IPG Kampus Pulau Pinang bersama 10 orang Pelajar Guru ingin membuat satu kajian tindakan di kawasan Simpang ampat, s.perai, pulau pinang dari januari - disember 2015. tajuk kajian ialah "keberkesanan klinik Bagi Matapelajaran Kritikal (SPM) Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan. Kami ingin bukukan kajian tindakan ini. apakah yang perlu kami lakukan buat masa ini? Bagaimana pula dengan wang perbelajaan? Bagaimana pula dengan dokumentasi dan lapuran? Bagaimana pula dengan kebenaran keluar dari IPG dan sebagainya. Tolong memberi penjelasan atau hubungi di tel.bimbit saya. 017-4369751. (aktiviti dijangka bermula pada 10/01/2015 dan berakhir pada15/12/2015 (pelancaran hasil kerja oleh DBP)Untuk makluman tuan, DBP tidak menaja penyelidikan yang dibuat oleh mana-mana pihak. Apa yang berlaku ialah penyelidikan bahasa dan sastera yang dibuat oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi dan tokoh tertentu.Lain-lain15.12.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk mengenal pasti padanan kata bagi perkataan berikut: (1) contrastive analysis; (2) error analysis; (3) critical discourse analysis. Sekian, terima kasih.Padanan contrastive analysis ialah analisis bezaan, error analysis ialah analisis kesilapan, walau bagaimanpun tidak ada terjemahan bagi critical discourse analysis dan kami mencadangkan analisis kritikal wacana digunakan jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan21.11.2014
12

Kembali ke atas