Ingin tahu ejaan yang betul untuk: 1) insya allah. Perlu didekatkan atau jarak? 2) hamba-hamba Ku. "Ku" merujuk kepada Tuhan. Perlu dijarak atau didekatkan perkataan "Ku"? 3) Tuhan ku. "Ku" merujuk kepada aku. Perlu dijarak atau didekatkan? Sekia, terima kasih. | Saudara, Ejaan yang betul ialah : i. insya-Allah ii. hamba-hamba-Ku iii. Tuhanku | Ejaan | 08.11.2010 |
Penggunaan 'ku' yang betul. Adakah ku ingat atau kuingat. Kudengar atau ku dengar? Ada jarakkah di antara ku dengan perkataan seterusnya?Sekian, terima kasih | Penggunaan yang betul ialah kuingat, kudengar, kuterima dan sebagainya. | Tatabahasa | 06.09.2013 |
3. Bagaimankah penggunaan “mu” dan “kau”? Yang mana betul: a. Akalmu/ akal mu b. Ajarku/ ajar ku c. Kuajar/ ku ajar d. Kauterima/ kau terima e. Cawanku/ cawan ku f. Ambilkan kucawan/ ambilkan ku cawan/ ambilkanku cawan | Kata ganti nama singkat 'mu' dan'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contoh Padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan. Oleh itu yang betul ialah akalmu, ajarku, kuajar, kauterima, cawanku, dan ambilkanku cawan. | Tatabahasa | 08.05.2007 |
Ingin tahu ejaan yang betul untuk "Allah Tuhan Ku". Perkataan "Ku" itu perlu didekatkan atau tidak dengan perkataan "Tuhan"? TKasih | Allah Tuhanku. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk menyemak ejaan. | Tatabahasa | 16.10.2009 |
Apakah panggilan hormat untuk nama awalan Ku (cth nama Ku Idris). ? Cthnya jika nama Raja akan dipanggil Yg Mulia. | Jika Ku (nama) yang dimaksudkan oleh saudara ini asalnya daripada keturunan raja, Yang Mulia (YM) boleh digunakan, namun demikian, bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Pengucapan Awam atau melayari laman sesawang DBP, klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan bahan carian dapat diperoleh melalui laman tersebut. | Lain-lain | 06.08.2007 |
Kata singkat ku pada awal boleh ditulis sebagai kumakan, kusanjung dan lain-lain. Bagaimanakah Ku-firman untuk Tuhan, perlu disusuli tanda sempang seperti dalam contoh Ku-firman? Harap dapat memberikan penjelasan. Terima kasih Dr S. Nathesan | Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, firman bermaksud kata-kata atau perintah Allah. berfirman bersabda; bertitah. difirmankan disabdakan (Allah); diperintahkan (Allah). Kata ganti singkat yang ditulis dengan permulaan huruf besar, iaitu -Ku, -Mu dan -Nya ialah kata ganti nama diri bagi Allah dan Tuhan dan lazimnya terletak di hujung perkataan seperti hidayah-Nya, rahmat-Nya dan balasan-Ku. Sekiranya diletakkan di hadapan, lazimnya menggunakan seperti Allah SWT berfirman... | Tatabahasa | 23.08.2017 |
Bagi singkatan "aku cari", "aku beri"" adakah betul menulisnya sebagai "ku cari" atau "kucari", "ku beri" atau "kuberi"? | Menulis singkatan perkataan tersebut dengan perkataan selepasnya hendaklah dirapatkan menjadi "kuberi" dan "kucari". | Tatabahasa | 04.12.2009 |
Apakah perkataan "Ku akan" disambungkan atau dipisahkan? | Jawapan yang betul ialah "ku akan". Ejaan bagi perkataan ini hendaklah dijarakkan, melainkan perkataan "ku" diikuti kata kerja. Contohnya "kubermain". Bagaimanapun, kependekan di belakang hendaklah dieja bersambung, contoh "bersamamu". Terima kasih. | Tatabahasa | 06.09.2007 |
Nur'ain Iman Jun 30th, 5:59pm Salam sejahtera, saya ingin bertanya untuk penggunaan 'ku' singkatan untuk 'aku'. Saya faham bahawa ku jika digandingkan dengan KN, ia jadi rumahku, penselku dsbnya. Namun demikian, bagaimana pula dengan KK? Kubaca? Atau ku baca? | Salam sejahtera, Untuk makluman, kependekan "ku" boleh digunakan dalam dua keadaan: 1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kubaca, kudengar, kulihat, kepegang. 2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya. Contoh menemaniku, memarahiku. | Lain-lain | 30.06.2015 |
Salam sejahtera! Yang mana satu betul: ku ingin/kuingin mencari kekayaan. Bagaimana pula dengan contoh ini: kumencarimu/ku mencarimu/kumencari mu? Terima kasih! | Untuk makluman, kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain. Untuk kata ganti nama diri “ku” (kependekan aku), boleh digunakan dalam 3 keadaan: 1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kuingin, kubaca, kudengar, kulihat, kupegang. 2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata kerja yang mengikutinya. Contoh menemaniku, memarahiku. 3) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata nama yang mengikutinya. Contoh rumahku, kekasihku, adikku. Manakala, bagi kata ganti nama diri singkatan “mu” pula (kependekan kamu) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya mencarimu, kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, frasa yang betul ialah “kuingin mencari kekayaan” dan “aku mencarimu” | Tatabahasa | 16.06.2020 |