Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua.dran] | کوادرن

Definisi : (Ast) sj alat kuno utk mengukur altitud bintang, yg terdiri drpd lengkungan bersenggat 90°. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuadran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang. Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan: 1. didalam kuadran atau dalam kuadran 2. didalam syarikat atau dalam syarikat Terima kasih

Tatabahasa16.08.2017
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan 'di' yang betul dan sama ada perlu dijarak atau dirapatkan : 1. 'didalam kuadran' atau 'dalam kuadran' 2. 'didalam syarikat' atau 'di dalam syarikat' atau 'dalam syarikat' Diharap pihak DPB dapat menjawab soalan ini. Terima kasih1. Penggunaan kata "di dalam" dan "dalam" ialah seperti yang berikut:
Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Kata di sebagai kata sendi ditulis jarak manakala di sebagai imbuhan kata kerja seperti ditetak, dibeli ditulis dengan rapat.
Tatabahasa15.09.2017
Salam. Saya ingin bertanyakan penggunaan cadangan penggunaan nama khas "Kuadran Transformasi" / "Kuadrom Transformasi" untuk satu sudut di pejabat. Adakah penggunaannya sesuai atau tidak? Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kuadran ialah (Ast) sejenis alat kuno untuk mengukur altitud bintang, yang terdiri daripada lengkungan bersenggat 90° manakala kuadrom tiada dalam data kami.
 
Transformasi pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud perubahan bentuk (sifat, rupa, keadaan, dll).

Berdasarkan takrifan tersebut, penggunaan frasa "Kuadran Transformasi" / "Kuadrom Transformasi" tidak sesuai digunakan untuk menggambarkan satu sudut di pejabat.



Tatabahasa14.04.2014

Kembali ke atas