EJAAN JAWI BAGI; PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU CHERATING KM 45, JALAN KUANTAN-KEMAMAN, 26080 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR. | Sekiranya ini untuk papan iklan, ejaan jawi yang perlu dibuat hanya untuk keterangan sahaja: Ejaan jawinnya: PUSAT = ڤوست KONSERVASI = کونسرۏاسي DAN = دان PENERANGAN = ڤنرڠن PENYU = ڤڽو CHERATING = چراتيڠ | Lain-lain | 06.09.2019 |
"Nazri tinggal di bandar pelabuhan Kuantan" atau "Nazri tinggal di Bandar Pelabuhan Kuantan"? | Ejaan yang betul ialah "Nazri tinggal di bandar pelabuhan Kuantan". | Ejaan | 28.09.2011 |
1. Jarak antara Kota Bharu dengan Kuantan lebih kurang lima jam perjalanan. 2. Jarak di antara Kota Bharu dengan Kuantan lebih kurang lima jam perjalanan. Ayat yang mana betul? Beza antara dan di antara? Mohon penjelasan. | Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: 1. Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. 1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. 2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah... (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah) 3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik. 4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya. Jawapan- Ayat nombor dua lebih tepat | Tatabahasa | 31.08.2015 |
Assalamualaikum. Tuan, saya ingin meminta pendapat berkenaan hukum D-M bagi frasa "Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kampus Kuantan". Adakah frasa berkenaan perlu disusun semula menjadi "kampus Kuantan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia"? Daripada pembacaan dan rujukan, lazimnya nama universiti akan ditulis atau dinyatakan terlebih dahulu sebelum diikuti oleh lokasi kampus. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama. | Penggunaan frasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Kuantan adalah betul dan mantap. Contoh lain yang boleh digunakan adalah seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Sabah dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Wilayah Timur. | Tatabahasa | 17.06.2016 |
Rumah buruk itu sudah dirobohkan oleh pihak Majlis bandaran Kuantan. Adakah penggunaan 'buruk' betul dalam ayat ini. | Penggunaan yang paling tepat ialah usang, iaitu Rumah usang itu dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan. Kata buruk memberikan maksud terlalu umum, iaitu tidak cantik. | Tatabahasa | 18.08.2011 |
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang, Tingkat 7 & 11, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Department of Statistics Malaysia State of Pahang, 7th & 11th Floor, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang Daru Makmur. mohon pengesahan, adakah betul terjemahan inggeris. adakah alamat di bahagian inggeris perlu italic juga bagi bahasa melayu seperti Jalan Gambut. alamat ini akan diletakkan ke atas kad nama | Alamat yang dinyatakan adalah betul. Walau bagaimanapun, sila betulkan ejaan Darul. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.03.2020 |
1. Yang mana satukah betul untuk digunakan di papan tanda a) Taman Perindustrian Makanan Halal Pasir Mas atau Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas b) Taman Industri Gambang atau Taman Perindustrian Gambang? c) Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan atau Taman Industri Malaysia- China Kuantan. Terima Kasih. | Jawapan yang betul: a. Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas b. Taman Industri Gambang c. Taman Industri Malaysia-China Kuantan | Istilah | 11.02.2014 |
Tuan/Puan, Salam Sejahtera! Saya ingin tanya transliterasi di bawah ini betul ke atau tidak? Jika tidak betul, saya ingin minta pertolongan Tuan/Puan untuk membetulkannya. Terowong Kuantan Dibina oleh xxx تروووڠ کوانتان دبينا اوليه Di atas bantuan pihak Tuan/Puan, saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu. Sekian. | 1. Terowong Kuantan dibina oleh xxx تروووڠ کوانتان دبينا اوليه 2. Atas bantuan pihak tuan/puan, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih. | Tatabahasa | 01.11.2018 |
assalamualaikum, tuan, Kolej kemahiran Mara Tinggi Kuantan bakal mengadakan hari perasmiaan pd pertengahan bulan ini. setelah menggunakan khidmat pengesahan bahasa dewan dan pustaka pihak kolej mendapati beberapa nama Am seperti 'Festival IOEEE 2016' dan 'pelancaran mobile technical service (MTS)' telah dipersetujui oleh pihak MARA. Pihak kolej tidak dapat membuat pembetulan pada bahagian nama-nama tersebut. persoalannya, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak kami bagi mendapatkan kelulusan pengesahan dewan bahasa dan pustaka tanpa mengubah kedua-dua nama tersebut? kerjasama dari pihak tuan amat dihargai. sekian, terima kasih | Sila kemas kini permohonan tuan dalam portal Khidmat Pengesahan Bahasa DBP dan nyatakan bahawa perkataan tersebut ialah nama khas untuk makluman penyemak permohonan. | Lain-lain | 06.10.2016 |
LEBUH RAYA MENGHUBUNGI BANDAR KARAK DENGAN KUANTAN SUDAH SIAP. IMBUHAN MENG-...-I BETULKE DALAM AYAT INI? | Yang betul ialah 'menghubungkan'. | Tatabahasa | 17.08.2009 |