Saya sedang menjalankan kerja-kerja menyunting (meng"edit") kertas kerja berbentuk kuantitatif untuk dijadikan buku. Saya mohon contoh atau buku contoh untuk dijadikan panduan bagi menukarkan kertas kerja kuantitatif kepada bentuk buku. Sekiranya saya perlu membeli buku tersebut saya sanggup membelinya. | Untuk makluman, pihak kami tidak mempunyai maklumat berkenaan perkara tersebut. Mungkin saudara boleh melihat buku-buku terbitan syarikat lain. | Lain-lain | 30.10.2015 |
jurnal berkaitan teknologi maklumat | 1. Jurnal teknologi/ Universiti Teknologi Malaysia. 2. Jurnal teknologi D : elektronik, kawalan, telekomunikasi dan teknologi maklumat = electronics, control, telecommunications and information technology Publisher: Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1999- 3. Jurnal teknologi maklumat dan sains kuantitatif Publisher: Shah Alam : Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, Universti Teknologi MARA, [199-]- 4. Jurnal teknologi maklumat = Journal of information technology Publisher: Sekudai : UTM, 1990- | Lain-lain | 06.08.2007 |
Mohon bertanya untuk terma bahasa malaysia yang digunakan: Quantitative Method = Kaedah Kuantitatif Qualitative Method = Kaedah Kualitatif Mixed Method = ? | Istilah yang dicadangkan ialah Mixed Method = Kaedah Campuran. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.10.2015 |
Pernyataan ini berkaitan dgn bidang penyelidikan pendidikan ... Creswell & Clark (2007) ada menulis "the embedded nature of this approach can be indicated with the notation QUAN (qual). The qualitative data played a subservient role within the larger quantitative metholodogy" Persoalannya sekarang, adakah tepat sekiranya saya terjemahkan QUAN (qual) pada KUAN (kuali). Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "KUAN" dan "kuali" dalam bahasa Melayu. Oleh itu, perkataan tersebut mesti dieja penuh , iaitu Kuantitatif dan Kualitatif. | Istilah | 03.12.2013 |