Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kubaca


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) kata ganti nama diri ringkas "ku" boleh digunakan di awal dan akhir perkataan. Contoh: Kubaca Ibuku Soalan saya: Bolehkah perkataan tuan aku menjadi tuanku dalam ayat?Tidakkah penggunaannya mengelirukan kita?Seperti kita ketahui tuanku ialah gelaran untuk raja.Tuanku bermaksud tuan yg mulia (dalam percakapan dengan raja), oleh itu kita tidak menggunakan tuanku untuk yang selain daripada raja dan boleh digantikan dengan majikanku, pegawaiku dan sebagainya.Tatabahasa20.12.2008
Nur'ain Iman Jun 30th, 5:59pm Salam sejahtera, saya ingin bertanya untuk penggunaan 'ku' singkatan untuk 'aku'. Saya faham bahawa ku jika digandingkan dengan KN, ia jadi rumahku, penselku dsbnya. Namun demikian, bagaimana pula dengan KK? Kubaca? Atau ku baca?Salam sejahtera, Untuk makluman, kependekan "ku" boleh digunakan dalam dua keadaan: 1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kubaca, kudengar, kulihat, kepegang. 2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya. Contoh menemaniku, memarahiku.Lain-lain30.06.2015
Salam sejahtera! Yang mana satu betul: ku ingin/kuingin mencari kekayaan. Bagaimana pula dengan contoh ini: kumencarimu/ku mencarimu/kumencari mu? Terima kasih!

Untuk makluman, kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain. Untuk kata ganti nama diri “ku”  (kependekan aku),  boleh digunakan dalam 3 keadaan: 1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kuingin, kubaca, kudengar, kulihat, kupegang. 2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata kerja yang mengikutinya. Contoh menemaniku, memarahiku. 3) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata nama yang mengikutinya. Contoh rumahku, kekasihku, adikku. Manakala, bagi kata ganti nama diri singkatan “mu” pula (kependekan kamu) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya mencarimu, kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, frasa yang betul ialah “kuingin mencari kekayaan” dan “aku mencarimu”

Tatabahasa16.06.2020
boleh singkatan kata ganti nama diri ‘ku‘ bagi ‘aku’ bergabung dgn KK pasif menjadi kudilamar / kudiundang / kudiberi etc? Adakah masih gramatis dan boleh diterima seperti bila singkatan ‘ku’ bergabung dengan KK aktif, contohnya kumakan, kuteroka?

Untuk makluman, Kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain. Untuk kata ganti nama diri ku ialah (kependekan aku)  boleh digunakan dalam dua keadaan: 1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kubaca, kudengar, kulihat, kupegang. 2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata kerja yang mengikutinya. Contoh menemaniku, memarahiku. 3) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata nama yang mengikutinya. Contoh rumahku, kekasihku, adikku.   

Tatabahasa19.10.2019

Kembali ke atas