Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.bis] | کوبيس

Definisi : sj sayur, Brassica spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bis] | کوبيس

Definisi : nama sj sayur yg mempunyai daun yg berlapis-lapis dan bergumpal menjadi bulat, Brassica spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kubis

Puisi
 

Anak bulan tiada pohon,
     Anak kubis tepi sempadan;
Habis bulan berganti tahun,
     Sudah habis nyawa di badan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
cauliflower - bunga kubis ataupun kubis bunga? yg mana betul?Terjemahannya ialah kubis bunga.Makna26.03.2010
Yang manakah yang betul? kubis cina atau kubis Cina?kubis CinaTatabahasa12.04.2013
APAKAH PENJODOH BILANGAN YANG TEPAT UNTUK BUNGA KUBIS / BROKOLI ?Penjodoh bilangan untuk bunga kubis ialah biji. Biji merupakan penjodoh bilangan untuk jenis-jenis buah, sayur-sayuran dan benda yang kecil.Tatabahasa09.09.2013
kobis bunga atau bunga kobis, mana satu yang betul?Istilah yang betul ialah kubis bunga, padanan dalam bahasa Inggeris ialah cauliflower.Istilah24.04.2013
bagaimanakah penggunaan tanda koma yang sebetulnya dalam ayat: Kami membeli pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bayam kangkung sawi dan kobis. Adakah 'simpati' satu perkataan ataupun berasal dari 'simpat' dengan imbuhan akhiran 'i'? Sekian terima kasih.

 Tanda koma berfungsi sebagai i. unsur pemisah kata dan frasa yang berurutan. Contoh, kami membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis; Bendera itu berjalur merah, putih dan biru. 

 ii. Mengapit aposisi"dan sebaginya","dan yang lain", dan seumpamanya. Contoh, Sayur kubis, bayam,salad,kangkung,sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani.

Perkataan 'simpati' ialah satu perkataan dan bukan daripada perkataan 'simpat' dengan imbuhan akhiran'i'. Makna perkataan 'simpati' ialah 1. perasaan belas kasihan, timbang rasa, dsb terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan: bencana spt itu seharusnya mendapat ~ dan bantuan dr dlm dan luar negeri; 2. perasaan bersetuju dgn menyokong sesuatu idea, pendapat, dsb bagi tujuan tertentu;  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Tatabahasa11.08.2009
Selamat sejahtera,saya ingin mengemukakan sebuah solan yang berkaitan dengan tanda baca. 1.Kita perlukah tanda baca (,) sebelum pekataan"dan"?Penggunaan tanda koma (,) digunakan sebelum perkataan "dan", bukan selepas perkataan "dan".  Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya:   Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar.Tatabahasa05.05.2013
Penggunaan koma selepas perkataan "dan". Bila perlukan koma dan bila tidak perlukan koma?

Penggunaan tanda koma (,) digunakan sebelum perkataan "dan", bukan selepas perkataan "dan".  Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur).

Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya:   Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar.  

Tatabahasa09.09.2009

Kembali ke atas