Apakah padanan yg sesuai utk adoption (selain manusia) mis, cat adoption = pengambilan kucing, pengangkatan kucing, pengambilan kucing angkat? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah cat adoption ialah adopsi kucing. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 23.05.2025 |
Perkataan 'mereka' tak boleh digunakan untuk kata ganti diri untuk haiwan. Jadi, apakah yang paling sesuai untuk digunakan dalam ayat seperti berikut; "Don't let them out. They will catch a cold" "Their room." "They are searching the room using their instinct." They dan their dalam ayat ini merujuk kepada kucing peliharaan. Jika menggunakan 'kucing-kucing itu' di dalam ayat, ia akan asyik berulang-ulang dan seperti tidak tepat kerana ia seperti merujuk kepada kucing yang bukan peliharaan. "Jangan biarkan kucing-kucing itu keluar. Kucing-kucing itu akan terkena selsema." "Kucing-kucing itu mencari bilik ______ menggunakan naluri _______." Jadi, apakah yang paling sesuai untuk digunakan dalam ayat seperti di atas? Seperkara lagi, ayat berikut. "They are always together." They dalam ayat ini merujuk kepada anjing-anjing dan kucing-kucing peliharaan dalam kuantiti yang banyak. Jika menggunakan 'anjing-anjing dan kucing-kucing ini sentiasa bersama', ia sekali lagi seperti merujuk kepada sesuatu yang bukan peliharaan. Harap dapat memberikan nasihat dan contoh yang membantu dan terperinci. Terima kasih. | Mereka ialah kata ganti nama diri bagi manusia dan tidak digunakan untuk binatang. Pengulangan nama binatang tidak dapat dielakkan dalam situasi berkenaan atau boleh juga diselang-selikan dengan gelaran seperti "si comel" yang biasa digunakan untuk kucing. | Tatabahasa | 10.02.2017 |
1. Di tepi tayar ada kucing. 2. Kucing ada ditepi tayar. soalan: Ayat di atas mana yang lebih sesuai? | Kedua-dua ayat tersebut sesuai digunakan berdasarkan Tatabahasa Dewan tetapi perlu disesuaikan mengikut konteks dan pengunaannya. | Tatabahasa | 28.11.2020 |
'saya ada seekor kucing.ia berwarna hitam.saya menamai kucing saya si putih.saya sayangkan si putih.' -mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. | (Persoalan: Kenapa menamakan kucing yang hitam sebagai Putih?) Saya ada seekor kucing. Warna kucing saya hitam tetapi saya menamainya Si Putih. Saya sayang akan Si Putih. Sayangkan untuk lisan. Untuk tulisan rasmi sayang akan. | Tatabahasa | 13.05.2011 |
betul atau salah ayat di bawah dan mohoh bantu terangkan =) 1) kucing-kucing itu menjilat ekor "mereka" 2)para hadirin sekalian 3)audara saudari sekalian 4)tuan-tuan dan puan-puan sekalian 5)keluar dari pejabat saya! (betul atau salah pengunaan kata seru) 6)jemput datang ke rumah saya. 7)halim melaporkan dari New Delhi 8)semua kanak-kanak 9)guru-guru semua 10)ribuan penonton 11)berapa orang pelajarkah yang menyertai lawatan itu? 12)kuih itu dimakan bapa 13) kuih itu dimakan oleh bapa 14)kuih itu bapa makan | 1. Perkataan "mereka" tidak boleh digunakan untuk binatang. 2. "Para hadirin" sahaja. 3. Saudara-saudari 4. Tuan-tuan dan puan-puan 5. Betul. 6. Betul. 7. Halim melaporkan ? dari New Delhi. Sepatutnya, "Halim melaporkan berita dari New Delhi". 8. Betul. 9. Guru semua atau guru-guru. 10. Betul. 11. Ayat yang betul ialah "berapakah orang pelajar yang menyertai lawatan itu?". 12. Salah. 13. Betul. 14. Betul | Tatabahasa | 07.05.2013 |
Dalam Tatabahasa Dewan ms 207 ada satu contoh tentang 'beri'. Ali memberi kucing makanan. Ali memberikan makanan kepada kucing. Penerangannya ialah apitan meN-...i menerima objek bernyawa. Soalan saya ialah: Ali memberi/memberikan seekor kucing kepada anaknya. | Ayat yang betul ialah Ali memberikan seekor kucing kepada anaknya. Walaupun "seekor kucing" di sini merupakan objek yang bernyawa yang sepatutnya menggunakan apitan "men-i", namun di sini ia dianggap sebagai satu hadiah dan apitan yang tepat ialah "men-kan". | Tatabahasa | 28.08.2019 |
saya membuka kedai haiwan peliharaan spt kucing dan anjing. Boleh tak saya menggunakan nama kedai saya Felin Purrfect Store atau nama melayu nya Kedai Kucing Sempurna? Felin= Kucing, Purrfect = Sempurna tetapi dalam kes ini hurufnya berbeza kerana Purr adalah bunyi dari kucing manja dan saya gantikan perfect kepada Purrfect supaya lebih komersial.Terima kasih. | Untuk makluman, bagi nama kedai, pihak DBP tidak mempunyai autoriti untuk menentukannya. Perkara tersebut terpulang kepada pihak puan untuk memilihnya semasa membuat pendaftaran dengan pihak SSM. Akan tetapi, sekiranya pihak puan mahu membuat pengesahan bagi papan iklan, puan mesti meletakkan keterangan peniagaaN dalam bahasa Melayu di bahagian atas kiri, SEPERTI KEDAI HAIWAN PELIHARAAN. | Lain-lain | 06.03.2017 |
yang manakah betul? ketiga-tiga kucing itu/ketiga-tiga ekor kucing itu kedua-dua ibu bapa/kedua-dua orang ibu bapa Adakah perlu diletakkan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan? Apakah keadaan yang tidak perlu diletak? | Frasa yang betul ialah "ketiga-tiga ekor kucing itu" dan "kedua-dua ibu bapa". Untuk soalan "Adakah perlu diletakkan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan? Apakah keadaan yang tidak perlu diletak?", soalan tersebut kurang jelas. Mohon tuan nyatakan soalan dengan lebih terperinci. Untuk makluman, tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan tetapi lazimnya penjodoh bilangan mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. | Tatabahasa | 02.10.2023 |
Salam, apakah nama kucing terkecil di dunia, Rusty-spotted cat (nama spesies: Prionailurus rubiginosus)? Cadangan saya adalah kucing berbintik karat. Terima kasih. | Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies kelompok kucing belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian. | Lain-lain | 16.04.2024 |
mohon semak ayat di bawah. tq 1. ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibu akibat dilanggar kereta.kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2.hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucibng yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang berlalu-lalang. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibunya akibat dilanggar kereta. Kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2. Hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucing yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang yang lalu-lalang. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 05.12.2018 |