Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan, Toddalia acuclata; ekor ~ a) = buntut ~ sj tumbuhan (herba), Acalypha hispida; b) sj tumbuhan (herba), awi tanah, ketumpang, buntut ucing, Dysophylla auricularia; c) = buntut ~ sj tumbuhan (herba) kacang kayu, kududung padang, pemati ulat, serengan hutan, Uraria crinita; d) sj tumbuhan (herba), angkup merah, bayam pasir, bayam rusa, penjarang ayam, Cyathula prostrata; kucing-kucing; pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek) cemperai, cipreh, cimpri, Champereia griffithii; rumput ~ sj tumbuhan (herba), ruku hutan, rumput talan, tasik-tasik, timba tasik, Adenosma capitatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kucing III


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan , saya ingin tahu manakah penyataan yang betul untuk ayat-ayat di bawah I Anak itu menyangka orang itu bapanya. II Adik menamai kucing itu Si Belang. i)Ayat di atas mengandungi dua objek. ii) Frasa (bapanya dan Si Belang) ialah penerang. iii) Kedua-dua ayat di atas dapat dipasifkan. iv) Kata kerja yang digunakan ialah kata kerja tak transitif. Mohon penjelasan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.1. Ayat tersebut masing-masing mengandungi satu objek.
2. Kata kerja yang digunakan ialah kata kerja transitif.
Tatabahasa08.05.2013
Mohon pihak tuan untuk membetulkan ayat di bawah: i) Mesyuarat dimaklumkan slip gaji diperlukan bagi mempercepatkan dan memudahkan proses pembayaran tuntutan ii) Mesyuarat mencadangkan supaya kehadiran anggota ke perjumpaan tersebut digiliri. iii) Lagu tersebut telah dipersembahkan oleh Cik Munira atau Cik Munira telah mempersembahkan sebuah lagu di majlis tersebut Pohon pihak tuan supaya dapat menerangkan struktur ayat 'di.....i' dan 'di......kan', 'me/meng/mem....i' dan ' me/mem/meng....kan' kerana terdapat kekeliruan dalam penggunaan kata imbuhan tersebut. Sekian, terima kasih.i) Mesyuarat dimaklumkan bahawa slip gaji diperlukan bagi mempercepat dan memudahkan proses pembayaran tuntutan.

Kata adjektif cepat apabila menerima imbuhan memper... menjadi mempercepat bukan mempercepatkan.

ii) Mesyuarat mencadangkan supaya kehadiran anggota ke perjumpaan tersebut dilakukan secara bergilir. 

iii) Lagu tersebut telah dipersembahkan oleh Cik Munira atau Cik Munira telah mempersembahkan sebuah lagu di majlis tersebut.
Kedua-dua ayat terebut betul.

Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga:
(1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.
(2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan.
(3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 207.



1. Apitan di-…i ialah bentuk pasif bagi meN-…-i . Contoh: kata kerja aktif mendapati, kata kerja pasifnya didapati. Apitan mempeR-…-i  tidak begitu produktif. Kata-kata yang bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Setakat ini hanya empat perkataan yang terbentuk dengan apitan ini iaitu memperingati, memperkawani, mempersuami(i), memperisteri(i). Berlaku pengguguran huruf i pada perkataan mempersuami dan memperisteri. Bentuk lazim memperolehi sebenarnya bentuk terbitan yang lewah, untuk membawa pengertian yang lazimnya dikaitkan dengan perkataan di atas. Memperolehi seharusnya menerima awalan memper-. Oleh itu memperolehi seharusnya memperoleh. Sebagaimana hal yang berlaku pada memper-...-i, demikian juga pada bentuk apitan dipeR-...-i. Bentuk yang lazim digunakan iaitu diperolehi, sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang lewah. Kata dasar bentuk apitan ini seharusnya menerima awalan diper- , yakni diperolehi seharusnya diperoleh. (Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hlm. 208, 211 – 217)
Tatabahasa21.11.2013
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya tentang apakah perbezaan dalam penggunaan imbuhan mem..kan dengan mem..i ? Dan buku manakah yang sesuai dalam kajian tatabahasa Bahasa Malaysia?

Apabila dibandingkan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, fungsinya dapat dibahagikan kepada tiga:

i. Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i mendakan lokatif. Contohnya: Ayah menghadiahkan sebuah basikal kepada Osman, Ayah menghadiahi Osman sebuah basikal.

ii. Bagi kata kerja tertentu, lazimnya apitan meN-...-kan menerima objek yang tidak bernyawa, manakala meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Contohnya: Ali memberi kucing makan, Ali memberikan makanan kepada kucing.

iii. Bagi sebilangan kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: Mereka cuba melupai/melupakan peristiwa itu.

Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207-208.

Tatabahasa24.06.2011
APAKAH JAWAPAN BAGI SOALAN SAYA?:BAGAIMANA HENDAK MEMBEZAKAN ...i DAN ...kan?TERIMA KASIHFungsi apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, dibahagikan kepada tiga: (i) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. b. Pak osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (ii) Bagi kata kerja tertentu, perbezaan penggunaan apitan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (ii)b sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. (iii) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a. Ali membaiki kereta yang rosak. b. Ali membaikkan kereta yang rosak. Harap maklum.Tatabahasa13.09.2006
Berdasarkan kepada Merujuk kepada Berasakan kepada atau Berdasarkan pada Merujuk pada Berasaskan pada Kepada atau pada?

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, perkataan “kepada” dan “pada” tergolong dalam kata sendi nama.

 

Perkataan “kepada” terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk (i)  manusia, (ii) haiwan, (iii) unsur mujarad, (iv) menyatakan pecahan dan (v) menyatakan perubahan keadaan.

 

Contoh ayat:

i.              Sila kembalikan borang itu kepada kerana pejabat ini.

ii.             Sisa makanan itu diberikan kepada kucing.

iii.            Pastikan  anak-anak anda tidak terdedah kepda bahaya dadah.

iv.            Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan.

v.             Suhu badannya meningkat kepada 39oC.

 

Perkataan “pada” pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterang waktu dan tempat. Contohnya:

i.              Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi.

ii.             Layang-layang itu tersangkut pada tiang telefon.

 

Oleh itu, berdasarkan huraian di atas, perkataan “berdasarkan” dan “berasaskan” tidak perlu diikuti dengan “kepada” atau “pada”. Perkataan “berasaskan” dan “berdasarkan” merupakan kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap (kata nama). Sebagai contohnya berdasarkan soalan, berasaskan pemikiran.

 

Merujuk ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti objek daripada frasa nama, iaitu perkara.  Contohnya merujuk perkara. Walau bagaimanapun frasa "merujuk kepada perkara"  telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat dan diterima.

Tatabahasa16.01.2017

Kembali ke atas