Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.da.pan] | کودڤن

Definisi : 1. makanan ringan spt keropok yg dimakan di luar waktu makan; 2. makanan ringan spt minuman kopi dan kuih-muih yg dimakan sekadar mengalas perut dlm sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah hari atau pd waktu minum petang atau selepas makan malam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kudapan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Terdapat didalam aturcara majlis perkataan 'kudapan'. Apakah perkataan tersebut boleh digunakan dalam majlis resmi dan apakah makna sebenar kudapan. Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kudapan bermaksud 1. makanan ringan seperti keropok yang dimakan di luar waktu makan.2. makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis anatar waktu minum pagi dan tengah hari atau pada waktu petang atau selepas makan malam. Kata ini boleh digunakan dalam majlis rasmi. Makna06.03.2008
Bagi kata sukuan, kalau makan tengah hari ialah 'merarau,' kalau minum pagi ialah 'kudapan'. Saya ingin tahu, apa pula dipanggil kalau minum petang dan makan malam ? Perkataan merarau dan kudapan ini datangnya daripada bahasa sukuan apa? Terima kasih. Musa Rashim

Perkataan merarau ialah kata daripada bahasa sukuan di Sarawak. Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kudapan digunakan untuk minum pagi, minum petang dan selepas makan malam dan merupakan kata dalam bahasa Melayu.  

Istilah09.05.2008
Semasa saya mengajar di Sabah dahulu, sering kali saya terbaca perkataan "meraru" dan "kudapan" dalam atur cara majlis untuk makan atau minum. Apakah maksud dengan perkataan tersebut dan ketika mana patut digunakan. Untuk minum petang pula apakah perkataan yang boleh digunakan. Sekian, tqMakna perkataan "merarau" ialah makan tengah hari, manakala kudapan ialah snack atau dengan kata nama lain digunakan bagi minum pagi atau minum petang dengan kuih muih. Harap maklum.Makna24.10.2007
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan: 1. merarau 2. cicipan 3. kudapan 4. gabi Asal kesemua perkataan itu dari negara mana? Terima kasih.Kamus Dewan memberikan makna  "merarau" sebagai "makan tengah hari" daripada bahasa sukuan di Sarawak; "mencicip" ialah merasa (mencuba) masakan, contoh ayat men­cicip gulai untuk mengetahui sedap tidaknya; manakala "gabi" ialah "makan malam" juga asalnya daripada bahasa di negara Malaysia.Makna03.02.2014
Tuan, dalam Kamus Dewan ada termuat perkataan merarau (makan tengah hari) dan kudapan (kuih-muih). Bagaimana pula dengan perkataan 'cicipan' yang kian leluasa diguna pakai oleh sesetengah juruacara untuk merujuk kepada makan kuih pada waktu petang sedangkan dalam Kamus Dewan tidak memuatkan kata 'cicipan' yang merujuk kepada makan kuih pada waktu petang? Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.

Encik Nik,

Perkataan yang betul ialah cecap yang  bermaksud menjilat dan mengecap makanan untuk mengetahui rasanya. Perkataan ini sudah pun dimasukkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, lihat halaman 253 dan 278. Perkataan cicip/mencicip bermaksud berbunyi seperti bunyi burung.    

Makna05.07.2010
Cara sebutan 'e' dalam kata enduruk. Sumber: https://www.nst.com.my/news/2016/04/142184/dbp-anwar-introduced-kudapan-merarau-meal-time-names-80sPerkataan enduruk tidak terdapat dalam pangkalan data DBP.Lain-lain16.10.2017
Amal Ahmad NasarudinView Profile Actions Apr 27th, 11:35pm Amal Ahmad Nasarudin Amal Assalamualaikum, Tuan/Puan, baru-baru ni viral di FB gambar perkataan baru seperti berikut: Sarapan Kudapan Merarau Cicipan Makan malam Gabi Soalan sy, benarkah kita akan/sedang mengguna pakai penamaan baharu itu, atau ia sekadar gurauan? Terima kasihPerkataan ini telah lama diperkenalkan kepada umum sebagai pilihan kepada perkataan yang sedia ada, bukanlah penamaan baharu atau menggantikan ungkapan yang sedia ada.Tatabahasa07.05.2016
Assalamualaikum, Adakah pastri, kek dan roti termasuk dalam pengelasan 'penganan' seperti kuih-muih lain?Maksud penganan menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah berbagai-bagai jenis kuih dan kudap-kudapan. Maka pastri, kek dan roti termasuk dalam pengelasan penganan.Makna17.01.2018
Apa khabar, saya ingin bertanya tentang padanan istilah right-handedness iaitu 'penganan'. Padanan tersebut terdaftar dalam senarai Istilah Malaysia dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Adakah padanan ini tepat? Saya berasa aneh apabila merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Ke-4 di mana peganan diberi takrif berbagai-bagi jenis kuih dan kudap - kudapan. Harap diberi pencerahan. Terima kasih.Untuk makluman, pengangan yang membawa maksud berbagai-bagai jenis kuih dan kudap-kudapan merupakan kata umum, manakala penganan yang merujuk kepada right-handedness pula ialah istilah yang membawa maksud orang yang menggunakan tangan kanan.Istilah19.01.2018
Salam 1Malaysia, 1. Gelaran Munsyi Faizah atau Faizah Munsyi yang betul? 2. Dalam Kamus Dewan, perkataan 'pemuafakatan' untuk disesuaikan dengan 'memuafakatkan' tidak ada. Mengapa? 3. Dalam buku atur cara, perkataan 'persegaran' diguna pakai sedangkan dalam Kamus Dewan tidak ada. Mengapa? 4. Perkataan merarau = makan tengah hari. Bagaimana pula dengan makan petang dan makan selepas jam 10.00 malam? 5. Adakah maksud peribahasa melepaskan batuk/batok di tangga sama? Terima kasih.1. Gelaran yang betulan ialah Munsyi Faizah 
2. Perkataan permuafakatan digunakan untuk merujuk perihal bermuafakat dan perihal muafakat bermaksud kemuafakatan. 
3. Persegaran tidak digunakan kerana tidak merujuk perihal bersegar sebaliknya yang betul ialah penyegaran bermaksud perihal menyegarkan sesuatu. 
4.  Bagi makan petang lebih sesuai digunakan minum petang atau kudapan dan selepas pukul 10.00 ialah makan lewat malam.
5. Maksud peribahasa melepaskan batuk/batok di tangga sama?
Tatabahasa27.04.2012

Kembali ke atas