Yang mana betul: hadis qudsi? Hadis kudsi Fengshui atau feng shui | Ejaan yang betul ialah hadis kudsi dan feng syui. | Ejaan | 29.01.2014 |
assalam.saya ingin bertanya mengenai ejaan huruf besar dan huruf kecil. -Allah SWT@s.w.t -Nabi Muhammad s.a.w@SAW -al-Quran dan Hadis -ejaan dalam ayat seperti ...kelebihan mengamalkan hadis@Hadis ini?-->contoh ayat -perkataan seperti contoh hadis qudsi adalah....-->adakah ejaan hadis qudsi adalah kecil atau perkataan awal H dan Q besar? | Ejaan yang betul ialah Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, al-Quran, hadis dan hadis kudsi. | Ejaan | 24.07.2012 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ingin bertanya mengenai perkataan malaikat Jibrail a.s atau malaikat Jibrail AS? Imam Shafie RH atau Imam Shafie r.h? Nabi Adam A.S atau Nabi Adam a.s? Perkataan Abbasiyyah atau Abbasiyah yang mana satu betul? kalau nama-nama hadis seperti hadis af'al, hadis nabawi, hadis qudsi adakah huruf besar? sekian, terima kasih | Singkatan untuk alaihissalam ialah a.s. Singgakatan untuk radiallahuanhu ialah r.a. Bagi ejaan Abbasiyyah lebih banyak terakam berbanding dengan Abbasiyah tetapi terbitan DBP mengguna pakai ejaan Abbasiyah. Hadis dieja dengan huruf kesil: hadis kudsi, hadis nabawi | Ejaan | 12.06.2015 |