Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuis] | کوءيس

Definisi : ; menguis 1. menolak (menepis, menyepak) ke tepi: dikuisnya sampah itu dgn kakinya; 2. mengais (spt ayam); menguis-nguis menguis beberapa kali atau berulang kali: tangannya ~ padi basah di atas tikar jemurnya; kuisan hasil menguis: dia cuba menguis dgn tangannya tetapi ~ itu tidak membesarkan lubang tersebut; penguis orang yg menguis sesuatu, spt bola dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuis] | کوءيس

Definisi : ; menguis menepis atau menyepak sesuatu ke tepi: Bola itu dikuisnya ke tepi padang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuis (kata kerja)
Bersinonim dengan kais, kekas, kekal, kuit;,
Kata Terbitan : menguis-nguis,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pencerahan beda perkataan KUIS, KAIS, KAIT dan KAIH. Mohon juga contoh ayat untuk membedakannya. Terima kasih.Kais atau mengais mempunyai tiga makna, iaitu:
1. mencakar dan menggaruk (tanah, pasir dan sebagainya) seperti ayam yang mencari makan
2. mencari (rezeki) dengan susah payah

Kaih ialah ialah versi dialek (tidak baku) untuk kata baku kais.

Kuis atau menguis mempunyai dua makna, iaitu:
1. menolak, menepis, atau menyepak sesuatu ke tepi atau ke tempat lain
2. mencakar atau menggaruk (sampah, tanah dan lain-lain) seperti ayam untuk mencari makanan 

Kait mempunyai empat makna, iaitu:
1. besi, kayu dan sebagainya yang bercangkuk di hujungnya dan dipasang pada buluh dan sebagainya untuk memetik buah-buahan dan sebagainya
2. sesuatu yang terselindung dan menyusahkan
3. berkaitan dengan kait
4. lihat makna mengait

Mengait mempunyai empat makna, iaitu:
1. memetik sesuatu dengan kait
2. menarik atau mencangkuk sesuatu dengan sesuatu yang seperti kait
3. menjalinkan benang dengan jarum kait untuk membuat (renda, baju panas dan sebagainya)
4. mengambil (keuntungan dan lain-lain) dengan cara tidak halal

Untuk maklumat lebih lanjut, silalah dapatkan Kamus Dewan Perdana (2020) di kedai-kedai buku DBP atau melalui portal DBPNiaga.my
Makna07.12.2025
Surianom Miskam Sep 27th, 11:38am Assalamualaikum dan Selamat pagi, Admin, Mohon bantuan. Saya bercadang untuk membuat permohonan penajaan untuk persidangan anjuran KUIS. Boleh bantu saya dapatkan maklumat pegawai atau bahagian yang perlu saya hubungi dan alamat emel? Bantuan Admin amatlah saya hargai. Terima kasihDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sep 29th, 11:44am Berkaitan dengan perkara ini, puan boleh menghubungi Cik Norhasmanalinda Mustapa melalui talian 03-2147 9483/hasma@dbp.gov.my, atau Encik Mohd Rusdi Mat Rakib 03-2147 9486/mohd_rusdi@dbp.gov.my - Bahagian Komunikasi Korporat DBP. Selain itu, puan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Terima kasih.Lain-lain27.09.2014
Assalamualaikum W.B.T Sempena Sambutan Merdeka 2021, Balai Seni Negara akan mengeluarkan soalan kuiz untuk Awam. untuk soalan kuiz ini, akan dinamakan kuis MERDEK-ART! Persoalan saya, adalah dibolehkan menggunakan perkataan MERDEK-ART INI. Saya lampirkan info untuk rujukan tuan/puan. Terima Kasih.Perkataan MERDEK-ART tidak boleh digunakan. Kami cadangkan ditukar kepada SENI MERDEKA atau KARYA MERDEKA. Untuk makluman puan, bahasa Melayu yang digunakan untuk paparan awam perlulah menggunakan bahasa baku, iaitu bahasa yang betul dari segi ejaan, bentuk kata, tatabahasa dan lain-lain.Lain-lain13.08.2021
salam sejahtera, 1. Saya mempunyai kekeliruan penggunaan perkataan 'petinju' dan 'peninju'. Mohon pihak tuan jelaskan penggunaan hukum PKTS... adakah setiap perkataan yang bermula dengan huruf-huruf tersebut perlu ditiadakan hurufnya apabila menerima imbuhan. Contoh perkataan dasar sapu, apabila menerima imbuhan pen- akan menjadi penyapu. 2. mana satu yang betul, pusat beli belah atau pusat membeli belah? sekian, terima kasih1. Peninju ialah orang yang meninju, manakala petinju ialah orang yang berlawan tinju. Kata dasar yang bermula dengan huruf PKTS akan gugur apabila menerima imbuhan me-. Contohnya pukul - memukul, kuis - menguis, tolak - menolak dan sepak - menyepak.
2. Pusat beli-belah, membeli-belah ialah perbuatan yang biasanya dilakukan oleh manusia.
Tatabahasa29.07.2012

Kembali ke atas