Pengunaan perkataan teguh: Teguh ingatan - betul atau salah penggunaannya | Mengikut Kamus Dewan teguh bermaksud tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dan lain-lain). Sinonim bagi teguh ialah kukuh">kukuh: kuat, utuh, dan stabil. Teguh berantonim dengan lemah. Maka istilah teguh ingatan tidak digunakan, sebaliknya istilah yang digunakan ialah kuat ingatan dan kukuh ingatan. | Istilah | 11.03.2014 |
Jawapan yang manakah betul ? 1 I Pendapat seorang pengurus syarikat biasanya kukuh. II Jambatan yang lama itu masih kukuh untuk digunakan. III Kedudukan Encik Amin sebagai pengerusi persatuan itu kukuh. IV Persembahan yang kukuh akan menjadikan majlis lebih menarik. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV | Sdr. jawapan yang betul ialah B. | Tatabahasa | 11.09.2007 |
penggunaan perkataan "kukuh dan berprestij" | betul dari segi tatabahasa | Makna | 10.04.2007 |
Salam sejahtera, Saya ingin mendapatkan terjemahaan dalam Bahasa Melayu bagi frasa Bahasa Inggeris "put to strict proof" untuk kegunaan dalam bidang undang-undang. Sekian. | Terjemahan yang sesuai bagi put to strict proof ialah sediakan bukti yang kukuh atau berikan bukti yang kukuh. Sila berikan ayat penuh supaya kami dapat memberikan terjemahan yang betul mengikut konsep ayat. Sekian | Penyemakan dan penterjemahan | 09.04.2018 |
-PENGETAHUAN AGAMA YANG (LUAS) -DIDIKAN AGAMA YANG (SEMPURNA) Bagi pegangan agama, apakah kata adjektif yang patut digunakan? (A) PEGANGAN AGAMA YANG KUKUH atau (B) PEGANGAN AGAMA YANG TEBAL atau (C) PEGANGAN AGAMA YANG LUAS Apakah jawapanya? Jika kesemuannya salah, sila beritahu saya kata adjektif yang sesuai. | Kata adjektif yang sesuai bagi frasa "pegangan agama" ialah "kukuh". Kata adjektif "luas" pula sesuai untuk frasa "pengetahuan agama". | Tatabahasa | 21.04.2011 |
Perkataan "memperkukuhkan" adalah salah. Betul atau tidak?. Setahu saya perkataan "memperkukuhkan" adalah salah kerana kata dasarnya ialah "kukuh" yang berada dalam kelompok kata adjektif. Jika kata dasarnya berada dalam kelompok kata adjektif maka kita tidak boleh gunakan imbuhan "memper..kan". Tapi yang musykilnya apabila saya menaip perkataan "memperkukuhkan" di carian makna perkataan di laman Dewan Bahasa da Pustaka (DBP) terdapat perkataan tersebut digunakan. Jika salah sepatutnya tak patut digunakan. | Betul seperti yang dikatakan, kukuh ialah kata adjektif dan kata adjektif tidak boleh menerima apitan memper-...-kan. Berdasarkan semakan kami, perkataan pemperkukuhkan digunakan dalam contoh ayat entri perkataan dalam kamus dan daftar istilah. Hal ini berlaku demikian kerana contoh ayat tersebut diambil daripada data korpus tanpa menyaringnya terlebih dahulu. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 04.04.2012 |
dia berdiri teguh di belakang pemimpin itu. munsyi, adakah teguh betul? TK | teguh- tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesanggupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaannya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memperlengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll). Teguh lebih sesuai untuk prinsip, pegangan, peraturan. | Tatabahasa | 01.09.2012 |
teguh | Antara makna teguh ialah tegap, kukuh, keras, bertenaga, dan berdaya. | Makna | 21.05.2010 |
assalamualaikum..... apakah fungsi klausa dn frasa melalui bukti yang kukuh | Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang berfungsi sebagai konstituen kepada ayat. Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Untuk lebih jelas, anda boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 431 – 436. | Tatabahasa | 28.07.2018 |
Tentukan sama ada ayat ini gramatis atau bukan. Demi memperkasa perhubungan kukuh antara negara-negara asing, pemimpin mesti mengisbatkan saban tahun pasti ada lawatan ke negara lain,sayang seribu kali sayang juga ada yang tidak berpuas hati terhadap lawatan kami turut berkata lawatan ini seerti menggadai kedaulatan negara,sepandainya kami mengkritik nama baik kerajaan.Mana yang mengancam nama baik kerajaan itu adalah orang-orang dari tanah air sendiri yang terlalu bersikap materialistik. pandai-pandai menyebarkan maklumat palsu kerana tidak bertanggungjawab hanya termakan rasuah daripada tangan-tangan yang menyapu wang banyak dinamakan kaya,bijaksana dari sudut persepsi mujtamak.Inilah dia rakyat dikenakan tipu acheh gurindam barus daripada orang-orang yang telah sanggup dikorbankan oleh mereka.Usah beri kebebasan lagi kepada jurang yang suka mengabui mata ia beri kerugian banyak kepadanya.Sebagai intiha bicara,saya ingatkan pihak lawannya jangan memperalatkan rakyat dalam perlawannya kerana kata orang prigel dan fatan berhati-hati dalam meludah ke langit,takut-takut nanti ia jatuh setepek ke muka sendiri.ingat agar tidak berpesta-pesta bermain api permusuhannya. | Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula dan gunakan bahasa kebangsaan yang betul untuk menanyakan soalan. | Lain-lain | 26.05.2018 |