Perbezaan makna kukus, rebus, bakar dan goreng. | Assalamualaikum, Merujuk kepada soalan puan, perbezaan makna perkataan kukus, rebus, bakar dan goreng dijawab berdasarkan penggunaan kata dalam bidang masakan: 1. kukus (makna ke-4 lihat mengukus) Makna mengukus - memasak atau memanaskan sesuatu dengan menggunakan wap air mendidih Contoh ayat - Memasak dengan cara mengukus dapat mengekalkan rasa dan zat bahan yang digunakan dalam sesuatu makanan. 2. rebus (makna ke-2 lihat merebus) Makna merebus - memasak (sesuatu) dalam air yang mendidih supaya masak, empuk dan sebagainya Contoh ayat - Nenek merebus jagung yang sudah dibuang kulitnya. 3. bakar (makna ke-2 lihat membakar) Makna membakar - memasak (sesuatu) dengan meletakkannya di atas api atau di dalam alat yang mengandungi haba, misalnya ketuhar Contoh ayat - Zamri sedang sibuk membakar sate bersama pekerjanya. 4. goreng (makna ke-3 lihat menggoreng) Makna menggoreng - memasak (telur, ikan, ayam dan sebagainya) dengan memasukkannya ke dalam kuali atau periuk yang mengandungi minyak Contoh ayat - Kak Halimah menggoreng pisang nangka. Puan disarankan merujuk Kamus Dewan Perdana untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai kata. Terima kasih. | Makna | 02.11.2024 |
Saya ingin bertanya bagi makanan khusus seperti FLOWER ROLL, sejenis roti kukus berbentuk gulungan bunga. Sekiranya diterjemah adakah mencukupi Gulungan Bunga atau perlu menambah Ban berbentuk gulungan bunga. 2. Apakah terjemahan yang tepat bagi PLAIN. Contohnya, roti berperisa Plain. Terima kasih | Cadangan padanan terjemahan yang sesuai bagi flower roll yang merupakan sejenis roti kukus ialah “ban gulungan bunga”. Manakala terjemahan bagi perkataan plain ialah “tawar”. Sehubungan dengan itu, penggunaan yang betul ialah “roti tawar”. Walau bagaimanapun, cadangan padanan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.03.2022 |
2 Soalan: 1. Apakah maksud rapat umum? Ayat "ramai menyertai rapat umum untuk menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan"...adalah betul? 2. Apakah kata adjektif yang boleh digunakan untuk mengambarkan ayam? Adakah ayat ini betul, "Oleh sebab ayam Pak Zahir sihat, ramai membeli ayam daripadanya." Jawapan yang diberikan dalam buku ialah salah atas penggunaan perkataan sihat. | Sdr. Piong Sin Yee terima kasih kerana menghubungi KNBDBP kerapatan perkumpulan, perhimpunan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga; ~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang; jadi ayat ini betul kata adjektif yang boleh digunakan bagi ayam antaranya ialah ayam segar, kukus, salai. ayat yang diberikan tidaklah berapa tepat, biasanya ayam dikaitkan dengan segar/. | Makna | 12.09.2009 |