Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.lit] | کوليت

Definisi : 1. tisu nipis yg membaluti tubuh (manusia atau binatang): ~nya hitam manis; binatang ini tidak mudah dilukai senjata tajam kerana tebal ~nya; bersalin ~ bertukar kulit (bkn ular dll); penyakit ~ penyakit pd kulit (spt kudis, kusta, dll); 2. bahagian luar yg membaluti isi buah (batang pokok, isi telur, dll): ~ bawang; ~ nangka; ~ kayu; 3. pembalut tubuh binatang yg telah ditanggalkan dan dikeringkan (utk dibuat beg, kasut, dll): kasut ini dibuat drpd ~ buaya; beg ~ beg yg dibuat drpd kulit binatang; 4. bahagian di sebelah luar buku dll (biasanya lebih tebal drpd kertas halamannya): gambar seorang bintang filem menghiasi ~ majalah itu; ~ keras kulit (buku) yg dibuat drpd kadbod atau kertas yg tebal; ~ lembut kulit (buku) yg dibuat drpd kertas yg tidak tebal dan tidak keras; 5. yg nampak dr luar, garis-garis kasar, butir-butir yg tidak mendalam: adat istiadat Belanda diajarkan juga, tetapi hanya ~nya, tiada mendalam; terjemahan ~ terjemahan erti perkataan-perkataannya (tidak berdasar­kan maksudnya); ~ adam bahagian pangkal kuku yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit (bunga kuku); ~ ari a) kulit atau selaput nipis (yg membaluti beras, isi kelapa, dll); b) kulit luar; ~ basah kulit binatang yg belum dikeringkan; ~ berwarna = ~ hitam (orang atau bangsa) yg bukan berkulit putih spt orang Eropah; ~ buatan (imitasi, tiruan) barang buatan yg nipis yg menyerupai kulit; ~ bumi lapisan sebelah luar bumi yg terdiri drpd batu habluran dll; ~ daging saudara-mara, kaum keluarga; ~ dalam lapisan kulit sebelah dalam di bawah lapisan kulit luar; ~ karah kulit kura-kura (labi-labi); ~ kayu manis sj kulit kayu yg dijadikan ramuan masakan; ~ kerang (siput dll) benda keras yg membungkus kerang dll (sbg tempat berlin­dung), rumah kerang (siput dll); ~ khatan kulit pd hujung kemaluan lelaki; ~ kuih lapisan (kepingan) nipis dibuat drpd adunan tepung (utk membungkus inti atau isi kuih); ~ langsat warna (kulit manusia) yg putih kekuning­kuningan; ~ luar lapisan kulit (pd daging atau tumbuhan yg di sebelah luar); ~ manis lapisan jaringan atau tisu pd pokok (di antara kulit kayu dan batangnya); ~ mati kulit yg tidak berasa; ~ perisai lapisan tipis di sebelah atas kulit luar tumbuhan (utk melindunginya drpd air dan gas); ~ putih (bangsa, orang) yg berke­turunan Eropah; ~ renang kulit yg menghu­bungkan jari-jari itik (katak dll); ~ sawo matang (coklat) (bangsa) yg kulitnya berwarna coklat; ~ babi yg tersungkup di kepala orang prb mendapat malu; buka ~ ambil isi prb perun­dingan secara terus terang (tidak berkias-kias lagi); kalau tak ~ leraklah (lerailah) tulang = tinggal tulang dgn ~ prb sangat kurus (tubuhnya); tebal ~ muka prb tidak malu; berkulit mempunyai kulit: pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis; ~ badak bp tidak bermalu, tidak berperasaan; mengulit 1. mengganti kulit (bkn ular dll), bersalin kulit; 2. menjadi kulit, tumbuh kulit­nya; 3. Id mengupas kulit kepala; menguliti 1. memberi berkulit, membalut (bu­ku dll) dgn kulit; 2. menyiat atau mengupas kulit (lembu dll); kekulit bahan spt kulit; perkulitan tempat menyamak kulit; pengulitan (Hut) proses menanggalkan (membuang) kulit drpd batang pokok atau kayu balak (secara manual atau dgn mesin pengulit). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.lit] | کوليت

Definisi : ; ~ lawang sj tumbuhan (pokok), Cinnamomum culilawan; ~ manis sj tumbuhan (pokok), kayu manis, Cinnamomum cassia (Cinnamomum zeylamcum); akar ~ manis sj tumbuhan (akar berteras), akar manis, tebu gajah, Albizzia myriophylla. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.lit] | کوليت

Definisi : 1 lapisan yg di sebelah luar tubuh manusia (binatang, buku dll): ~nya hitam manis. ~ buaya dpt dibuat kasut. ~ buku itu tebal. 2 bahagian luar yg menyaluti buah-buahan (batang pokok, telur dll): ~ buah durian berduri-duri. ~ kayu itu tebal dan keras. ~ ari a. selaput yg tipis pd isi kelapa (beras dll). b. lapisan kulit tipis (pd tubuh manusia). ~ bumi lapisan yg di sebelah luar bumi yg terdiri drpd batu, tanah dll. ~ kayu manis kulit kayu yg manis dan pedas rasanya (biasanya dijadikan ramuan dlm masakan). berkulit mempunyai kulit; ada kulitnya: Pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis. Buku yg dibawanya itu tidak ~. mengulit bersalin atau bertukar kulit (bkn ular dll). menguliti 1 menyiat atau membuang kulit binatang yg disembelih dll. 2 memberi berkulit (bkn buku dsb): Kerjanya ~ buku. perkulitan tempat menyamak kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kulit (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangat: sampil

2. Bersinonim dengan penutup: pembalut

Kata Terbitan : mengulit, menguliti,

Puisi
 

Kulit ular dikata tebal,
     Tebal lagi kulit sawa;
Kalau pujuk makin menyebal,
     Kalau dimarah baru tertawa.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Kulit hitam orang tengok,
     tulang putih siapa jenguk.

Bermaksud :

Orang yang pada lahirnya kelihatan jahat, tetapi niat di hatinya baik tidak seorang pun yang tahu.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya mahu bertanya. Nipis macam kulit bawang @ tipis macam kulit bawang? Manakah satu yang lebih tepat?Kedua-duanya boleh bertukar ganti.Makna30.07.2007
Nipis macam kulit bawang @ kertas tulis / Tipis macam kulit bawang @ kertas tulis. Yang manakah lebih sesuai. Tipis atau nipis untuk kulit bawang dan kertas tulis?Kedua-duanya boleh bertukar ganti.Makna30.07.2007
1.kaum kulit hitam di afrika pernah ( diperkota-katikkan, ditindas) oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid. 2. ( kegetiran, kesempitan, kepahitan) hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang ( mencanggahi, menyalahi) undang-undang. 3.peristiwa malang itu tetap ( menodai, mengganggu, menghantui jiwanya. 4. pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak ( mengheboh-heboh, menggembar-gembarkan, membesar-besar) isu perkauman yang sensitif. sila beri jawapan yang betul.terima kasih

1. Kaum kulit hitam di afrika pernah ditindas oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid.

2. Kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

3. Peristiwa malang itu tetap menghantui jiwanya.

4. Pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak membesar-besarkan isu perkauman yang sensitif.

Tatabahasa22.07.2011
Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai.Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai. - ketiga-tiga perkataan tersebut betul tetapi lazimnya yang dijumpai di pantai ialah siput dan kulit siput.Tatabahasa17.05.2010
Salam tuan di talian, Apakah perkataan terlentang dalam ayat contoh di bawah betul penggunaannya. 1. Pak Pandir jatuh terlentang kerana terpijak kulit pisang. 2. Pak Pandir jatuh telentang kerana terpijak kulit pisang, 3. Pak Pandir jatuh tertelentang kerana terpijak kulit pisang. Semoga mendapat jawapan yang segera daripada tuan. Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah: 2. Pak Pandir jatuh telentang kerana terpijak kulit pisang, telentang bermaksud terbaring dengan bahagian depan atau bahagian cekung ke atas.

Tatabahasa15.09.2011
Salam Tuan dalam talian, 1. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk patung wayang kulit? Ayat Contoh: 1. Tok dalang itu sedang menggerakkan dua keping patung wayang kulit semasa persembahannya. Sekian, terima kasih.Tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, ayat yang betul ialah Tok dalang itu menggerakkan patung wayang kulit semasa persembahannya atau Tok dalang itu  menggerakkan patung watak wayang kulit semasa persembahannya.Lain-lain29.12.2010
apakah istilah bahasa Melayu baku bagi penyakit kulit (kemerah-merahan) pd bhg muka atau pipi bayi (mungkin berpunca drpd lelehan air susu yg melekat pd kulit). Di Brunei kami menggunakan istilah kurap susu. Terima kasih.Istilah bagi penyakit itu dipanggil ruam, iaitu bintil-bintil merah pada kulit (pada anak-anak kerana biang, peluh, dll).Lain-lain04.03.2010
Kegelapan kulit Sarimah tidak menghalangnya dipilih sebagai juara Ratu Kebaya 2010. apakah kata yang sesuai untuk menggantikan kata kegelapan?

Saudara,

Perkataan yang sesuai ialah kehitaman.

Lain-lain25.08.2010
Jenama lain : "Kulit yang nampak leih cerah" Loreal : "kecerahan yang oleh diukur"gunakan tanda petikan " "Lain-lain26.03.2007
membelai kulit tidak pernah terasa senikmat inibelaian kulit yang tidak pernah dirasai sebelum iniTatabahasa09.10.2008
1234567

Kembali ke atas