Adakah ayat berikut gramatis: 1. Rosli menghalang daripada tanamannya dirosakkan kumbang perosak. 2. Dia berjaya melepaskan daripada dirinya ditahan pihak polis. | Contoh ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Rosli menghalang daripada tanamannya dirosakkan kumbang perosak ---> Rosli menghalang kumbang perosak daripada merosakkan tanamannya. 2. Dia berjaya melepaskan daripada dirinya ditahan pihak polis ---> Dia berjaya melepaskan dirinya daripada ditahan pihak polis. | Tatabahasa | 24.08.2018 |
Jawapan yang manakah tepat? 1) Ali ____________ kumbang dengan ranting pokok kering. (a) menguis-nguis (b) menjentik-jentik | Jawapan yang sesuai ialah menguis-nguis. | Tatabahasa | 07.12.2015 |
1) Terangkan dengan lebih jelas penggunaan perkataan kepak dan sayap dalam ayat yang tepat. 2) Berdasarkan lampiran gambar, adakah penggunaan perkataan 'kepak' pada gambar tepat? | Kepak ialah sayap, manakala sayap pula ialah bahagian tubuh binatang seperti burung, serangga, dan lain-lain untuk terbang atau juga dikenali sebagai kepak. Merujuk kepada kedua-dua makna tersebut dan ayat contoh berikut, tidak ada perbezaannya dan boleh digunakan pada serangga seperti rama-rama tersebut. Contoh ayat sayap i. Sepasang sayap serangga yang terbit daripada mesotoraks. ii.Pada kumbang dan lipas, pasangan sayap ini dikenali sebagai elitron yang tebal dan kasar, manakala contoh ayat kepak i. Ayam jantan itu mengibar-ngibarkan kepaknya. ii. Burung ialah binatang yang mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dapat terbang. | Lain-lain | 06.05.2020 |
saya ingin meminta tolong dr pihak tuan,utk memberi maksud ttg ayat dibwh,sya berharap sgt pihak tuan dpt membantu sya dlm mnyiapkan tesis saya... 1.tubuh langsir batang menjelai. 2.jari halus tombak serai. 3.tumit seperti telur burung. 4.besarnya bagai telur itik. 5.muka bujur daun sirih 6.dahi sehari bulan 7.hidung kuntum seroja 8.telinga telepuk layu 9.pipi pauh dilayang 10.bibir pati 11.gigi delima merkah 12.dada bidang awak 13.lengan baur panah 14.paha seperti paha belalang 15.betis bunting padi 16.Selama enggan mengeram 17.Selangkas betik berbuah 18.bagai pucuk dilancarkan 19.bagai kumbang putus tali 20.umpama belut diketil ekor 21.Selenjang kuda berlari | Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. Saudara juga boleg menggunakan prpm.dbp.gov.my untuk rujukan kesesuaian penggunaan bahasa dalam tugasan/tesis tuan. | Tatabahasa | 25.02.2013 |