Assalamualaikum. Saya ingin bertanya istilah penggunaan perkataan "Ahli" 1. Adakah boleh digunakan "Ahli" sahaja atau " Ahli-ahli" Contoh: (a) Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (b) Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Dewan Undangan Negeri Setahu saya perkataan "Ahli" itu merupakan "Kata Nama" - banyak. Jadi memadai kita menggunakan "Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan" sahaja. Adakah ini betul atau sebaliknya. Mohon jawapan. terima kasih. T.T. (Rusli bin Kamaruddin) Ketua Pelapor Perbahasan, Dewan Undangan Negeri, PULAU PINANG. | Perkataan ahli boleh merujuk kepada bilangan seorang atau ramai. Perkataan ahli-ahli merujuk kepada bilangan ramai. Perkataan ahli atau ahli-ahli digunakan mengikut konteks yang bersesuaian. Contohnya: a) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. (betul) b) Sekiranya ahli kumpulan tidak dapat menjawab, soalan akan dibuka kepada ahli-ahli kumpulannya. | Tatabahasa | 21.04.2011 |