Penggunaan yang betul bagi kata kunci untuk kata, kata kunci atau kunci kata.Contoh penggunaan kunci untuk rumah, kunci rumah...hukum D-M...tetapi untuk kata...sering dicatat atau diungkap ' kata kunci ' | Frasa yang betul ialan kata kunci yang merupakan terjemahan daripada perkataan keyword. | Makna | 07.09.2016 |
Apakah penjodoh bilangan bagi kunci (satu sahaja)? | 1 kunci - sebentuk kunci. lebih daripada 1 kunci - segugus kunci | Tatabahasa | 15.04.2008 |
Adakah 'seberkas' kunci itu betul? Kerana selama ini, kita hanya belajar sejambak kunci atau sebatang kunci sahaja. | Kata bilangan untuk kunci: - 1 kunci - sebentuk kunci
- lebih daripada 1 kunci - segugus kunci
| Tatabahasa | 23.03.2019 |
Salam sejahtera. Adakah kata ganda separa berikut betul? balai-balai = bebalai, benang-benang = bebenang, cair-cair = cecair, guli-guli = geguli, gendang-gendang = gegendang, kunci-kunci = kekunci, kura-kura = kekura, lumba-lumba = lelumba, pejal-pejal = pepejal, patung-patung = pepatung, sumpah-sumpah = sesumpah, tambak-tambak = tetambak, tangga-tangga = tetangga Terima kasih. | Kata ganda dan kata ganda separa yang diberikan mempunyai pelbagai makna yang berbeza. Oleh itu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) untuk mendapatkan makna bagi setiap perkataan tersebut. Penggandaan separa kata nama ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Kata dasar boleh terdiri daripada kata nama tunggal atau kata nama berimbuhan, seperti yang berikut: i. Penggandaan separa kata nama tunggal Melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar. Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan yang digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet. Contohnya, kura (kekura). ii. Penggandaan separa kata nama berimbuhan Melibatkan pengulangan kata dasar tanpa imbuhannya. Terdapat hanya perkataan yang menerima akhiran –an yang mengalami penggandaan jenis ini. Contohnya, sayuran (sayur-sayuran). Pembentukan kata ganda/kata ganda separa tidak boleh dilakukan pada semua perkataan. Tuan boleh merujuk senarai kata ganda/kata ganda separa sedia ada dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my (melalui pautan istilah bahasa Melayu/istilah MABBIM). Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan kata ganda dan kata ganda separa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 135 – 138. | Tatabahasa | 08.07.2025 |
Saya mahu membuat kunci pendua untuk kunci ini. Membuat atau buat? | Ayat yang betul ialah: Saya mahu membuat kunci pendua untuk kunci ini. | Tatabahasa | 09.12.2022 |
assalamualaikum saya ingin bertanya manakah yang betul sama ada mangga kunci atau kunci mangga. | Frasa yang betul ialah kunci mangga. Harap maklum. | Tatabahasa | 15.07.2008 |
6.Apakah perbezaan antara perkataan “kunci” dengan “anak kunci”? Mengapakah perkataan “anak” digunakan sebelum “kunci” dan apakah maksud yang dibawa olehnya? 7.”Sebahagian daripada buku di dalam kotak kepunyaan Ali”, “Sebilangan daripada buku di dalam kotak kepunyaan Ali”. Ayat manakah yang betul? Apakah perbezaan antara “sebilangan” dengan “sebahagian”. Bolehkah penggunaan kedua-dua perkataan tersebut ditukar ganti? 8.”Jemput datang ke rumah saya kerana saya akan mengadakan kenduri kesyukuran”, ”Sila datang ke rumah saya kerana saya akan mengadakan kenduri kesyukuran”. Ayat manakah yang betul? Bolehkah “jemput” dan “sila” ditukar ganti? 9. Sila betulkan kesalahan dalam ayat berikut: “Elok agak kita ke kantin untuk membeli makanan.” 10.Apakah maksud kata ganda “tepi-tepian”? Bagaimanakah penggunaannya dalam ayat? Sila berikan contoh yang sesuai. Sila berikan tunjuk ajar. Tunjuk ajar pihak dbp amat dihargai. Terima kasih. | Jawapan 1. Sila lihat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat untuk memahami maksud kunci dan anak kunci: 1. alat yg terdiri daripada mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) untuk mengancing sesuatu (seperti pintu, peti, beg, dan lain-lain): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yang dimasukkan ke dalam lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) untuk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dan lain-lain), alat yang dikancingkan atau dipasang pada pintu dan lain-lain dan dapat dibuka dengan anak kunci. 2. Kedua-dua sebilangan dan sebahagian boleh digunakan untuk ayat tersebut. Kedua-duanya boleh ditukar ganti mengikut konteks ayat. Sebahagian bermaksud separuh atau setengah. Sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. 3. Jemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat: Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yang pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dengan hormat supaya ..., jemputlah, sudilah: 4. Ayat yang lebih baik boleh ditulis begini: “Elok kita ke kantin untuk membeli makanan” atau “Baik kita ke kantin untuk membeli makanan”. 5. Dalam data kami tiada kata ganda tepi-tepian. Yang ada hanya tepi-tepi atau tepian sahaja. Contoh ayat: Batu-batu yang cantik ini dipungut di tepi-tepi sungai. Tepian bermaksud 1. tempat mandi di tepi sungai; tempat yang di tepi sesuatu (sungai, laut dan lain-lain) atau 2. bahagian tepi sesuatu benda: Lanset ialah pisau pembedahan yang mempunyai dua tepian tajam dan hujung yg menirus | Lain-lain | 30.10.2014 |
APAKAH PENJODOH BILANGAN BAGI KUNCI? | Penjodoh bilangan bagi kunci ialah segugus kunci. | Lain-lain | 05.03.2010 |
Rantai kunci atau relang kunci yg betul untuk mengatakan keychain/keyring? | Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, padanan key-ring dalam bahasa Melayu ialah gelang kunci. | Makna | 25.07.2012 |
Bagi Kata Kunci dalam sistem ada carian spesifik. Bagaiman hendak dilabelkan dalam sistem untuk pemakluman pengguna Sebagai contoh carian entri haba : Jika carian tepat, pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci haba sahaja; Jika carian apa perkataan sebelum haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci *haba; Jika carian apa perkataan selepas haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci haba*; | Jika carian tepat, pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci haba sahaja; Jika carian ada perkataan lain sebelum haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci *haba; Jika carian ada perkataan lain selepas haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci haba*; | Tatabahasa | 28.02.2012 |