1) Apakah bahasa kuno , bahasa klasik dan bahasa moden ? 2) Apakah perbezaan antara bahasa kuno , bahasa klasik , dan moden ? | Bahasa kuno ialah bahasa Melayu yg digunakan pd zaman dahulu; bahasa moden ialah bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, mis bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris; bahasa klasik boleh disandarkan maknanya kepada muzik klasik yg bersifat serius dan abadi nilainya; tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Mencari perbezaan antara ketiga-tiga bahasa tersebut adalah dgn melihat kepada makna-makna bahasa tersebut. | Makna | 18.08.2007 |
DEFINISI BAHASA MELAYU KUNO DAN BAHASA MELAYU KLASIK, | Bahasa Melayu kuno merupakan sejenis bahasa lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala. Bahasa ini digunakan di zaman prasejarah, zaman batu dan sebagainya. Kebanyakan bahasa yg digunakan pada waktu ini lebih terfokus kepada bentuk simbol, lukisan pada dinding gua, kulit haiwan dsbnya. Manakala bahasa Melayu klasik pula merupakan bahasa yg serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Contoh-contoh bahasa Melayu klasik ini banyak digunakan misalnya dalam karya-karya Melayu lama seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Inderaputera, Hikayat Kalilah Wal-Daminah, Sejarah Melayu, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan banyak lagi. Terima kasih. | Makna | 13.09.2008 |
'Di Beijing BANYAK TERDAPAT bangunan kuno.' atau 'Di Beijing TERDAPAT BANYAK bangunan kuno.' Ayat yang manakah adalah betul? Jika kedua-duanya betul, apakah perbezaan antara kedua-dua ayat itu? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah ayat kedua sebab 'banyak' merujuk bangunan. | Tatabahasa | 15.07.2010 |
salam tuan, perlukah perkataan lama/kuno digunakan kembali umpamanya rancu, sedangkan perkataan itu jarang digunakan lagi dalam kalangan masyarakat. | Kata lama atau kuno dilabelkan sebagai 'ark' dalam Kamus Dewan. Kata rancu tidak dilabelkan sebagai 'ark', kata ini hanya jarang digunakan kerana kita lebih biasa menggunakan kata yang seerti dengan kata rancu, iaitu tidak teratur, campur aduk atau kacau. Tidak menjadi kesalahan untuk kita menggunakan kata lama asalkan bersesuaian maksud dengan konteks penggunaannya. | Tatabahasa | 03.10.2011 |
asal usul bahasa melayu kuno asal usul bahasa melayu klasik asal usul bahasa melayu moden | Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1, Sejarah Ringkas Bahasa Melayu atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia. | Lain-lain | 03.03.2009 |
asal usul bahasa melayu, bahasa melayu kuno & klasik | Sila buat ruujukan di perpustakaan berhampiran atau Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka. Harap maklum. | Lain-lain | 04.06.2008 |
apkah buku yang sesuai atau mempunyai ejaan atau tentang bahasa melayu klasik dan kuno bagi bacaan pelajar tingkatan enam? apabila saya membaca surat khabar atau majalah tentang isu semasa saya dapati terdapt banyak kesalahan ejaan.apakah itu pendapat saya sendiri atau memng terdapatnya kesalahan itu di dalam bahan bacaan harian kita? | Buku tentang bahasa Melayu klasik seperti Sejarah Melayu. Memang kami akui sering terdapat kesalahan ejaan dalam media cetak di negara kita. Terima kasih atas keprihatinan saudara. | Lain-lain | 30.09.2008 |
Apakah definisi/ perbezaan antara: Ibrani Hebrew dan Semit? | Ibrani ialah bangsa, orang, bahasa Yahudi kuno dan dalam bahasa Inggeris disebut Hebrew, manakala semit tidak ada dalam sumber rujukan kami. | Makna | 19.12.2011 |
apakah yang dikatakan dengan bahasa melayu klasik? | Bahasa Melayu klasik telah menggantikan bahasa Melayu kuno. Untuk keterangan lanjut, sila lihat lampiran. | Makna | 12.01.2008 |
Assalamualaikum, ayat ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? 1)...'mencetuskan' kontroversi. 2) mitos 'melampaui' fakta sejarah. 3) filem ini 'mengelirukan' kerana merujuk kerajaan... 4) sikap 'berfikiran' kuno 5) Siam 'mengambil' masa 6) 'mempersiapkan' pertahanan 7) tidak mahu 'menerima' kebenaran sy agak keliru antara kk transitif aktif & kk tak transitif berpelengkap | 1. Mencetuskan kontroversi - Kata kerja aktif transitif. 2. Melampui fakta sejarah - Kata kerja aktif transitif. 3. Mengelirukan ... - Kata kerja aktif transitif. 4. Berfikiran kuno - Kata kerja tak transitif berpelengkap. 5. Mengambil masa - Kata kerja aktif transitif. 6. Mempersiapkan pertahanan - Kata kerja aktif transitif. 7. Menerima kebenaran - Kata kerja aktif transitif. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap mesti diikuti pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif aktif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Untuk lebih memahami tajuk tersebut lihat penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 145. Untuk menguasai jenis kata kerja, sila rujuk tajuk pembentukan kata kerja kerana setiap subtajuk di bawahnya diterangkan jenis kata kerja yang terbentuk daripada proses tersebut. | Tatabahasa | 24.03.2012 |