Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kupang I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) apakah penjodoh bilangan bagi kerang, lokan, kupang dan lala? 2) apakah penjodoh bilangan bagi layang-layang?1. Penjodoh bilangan yang sesuai ialah seekor kerana kerang, lokan, kupang dan lala merupakan binatang.

2. Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuah layang-layang. Buah ialah penjodoh bilangan bagi benda yang tidak tentu bentuknya.
Tatabahasa16.04.2012
Areb Rahim KHA 9.15 PTG As salam Sy nk kongsi sikit Berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan dipintu masuk/checkpoint tanjung kupang johor dari second link Dimana terdapat penggunaan tulisan cina Disetiap tiang masuk untuk motorbike ke malaysia dan ke singapura. Sy rasa kecewa kerana tulisan tersebut tidak menonjolkan sebuah negara malysia yg cintakan bahasa kebangsaan Lagipula itu ada pintu masuk ke ngara malysiaSalam, Terima kasih atas makluman dan keprihatinan tuan. Pihak kami akan membuat pemantauan dan memberikan teguran kepada pihak berkenaan sekiranya tiada paparan awam yang menggunakan bahasa kebangsaan. Perkara ini akan diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya.Lain-lain24.08.2017
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut? 1. Mussel Walking Wheels 2. Oyster Farm Upwellers 3. Pearl Shell Cleaning Machines Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah:

1. Mussel Walking Wheels - Roda Penggerak Rawai Kupang
2. Oyster Farm Upwellers - Alat Penaik Ladang Tiram
3. Pearl Shell Cleaning Machines - Mesin Pembersihan Cangkerang Mutiara
Istilah28.01.2016

Kembali ke atas