Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuprum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah sign board syarikat saya bersesuaian Panduan DBP? Bolehkah saya walk in HQ DBP untuk pertanyaan? Bolehkah HQ tolong submitkan permohonan saya?

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my.

Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan  Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX berjaya akan dipaparkan. 

 

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

 

Sekiranya ini merupakan iklan papan premis, sila buat pembetulan yang berikut:

  1. Sila masukkan keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu di bahagian atas sebelah kiri visual iklan. Contohnya KILANG BARANGAN LOGAM, KILANG BESI, PERKHIDMATAN PEMBINAAN DAN REKA BENTUK BANGUNAN dan sebagainya.
  2. Sila letakkan pemakluman pemilikan pada bahagian bawah sudut sebelah kanan visual iklan dengan No. SSM yang betul DIMILIKI OLEH: BLUESKY LAND SDN. BHD.  202501003473 (1604886-T)
  3. SDN. BHD. – Letak titik untuk singkatan dan jarakkan perkataan selepas titik.
  4. NO. 52, JALAN KUPRUM 4/KU13, MELALUI JALAN BUKIT KERAYONG, KAWASAN PERINDUSTRIAN LADANG ACOB, 42200 KAPAR, SELANGOR. – Betulkan.
Lain-lain05.04.2026
Apa maksud perkataan amalgamasi?Tiada kata amalgamasi dalam pangkalan data kamus dan istilah DBP.

Terdapat kata amalgam dan kata terbitannya terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) seperti yang berikut:

amalgam Kimia kata nama 
aloi merkuri dengan satu logam lain atau lebih yang digunakan untuk membuat cermin, menampal gigi dan lain-lain.

amalgam zink amalgam dan zink yang digunakan dalam bateri elektrik.

beramalgam kata kerja tak transitif
1 (berkenaan logam) bercampur atau bergabung dengan merkuri;
2 (berkenaan gigi) bertampal dengan amalgam.

mengamalgamkan kata kerja transitif [psf: diamalgamkan, amalgamkan]
mencampurkan atau menggabungkan (logam) dengan amalgam.
Contoh penggunaan:
Lembar zink dalam bateri diamalgamkan untuk mengurangkan kelarutan ketika bateri tidak digunakan.

teramalgam kata kerja tak transitif
diamalgamkan:
Contoh penggunaan:
Seperti aluminium, logam berilium agak tahan terhadap asid kecuali jika logam itu teramalgam.

pengamalgaman kata nama
hal atau proses mengaloikan merkuri dengan logam lain.

Terdapat padanan bagi kata amalgamation (bahasa Inggeris) n 1. act of, a. (combining) penggabungan, penyatuan: the ~ of the two oil giants, penggabungan dua syarikat raksasa minyak; b. (combining with mercury) pengamalgaman; 2. result of blending metals, amalgam: bronze is an ~ of copper and tin, gangsa ialah amalgam kuprum dengan timah; 3. merger, pergabungan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Untuk mencari maklumat berkaitan kata bahasa Melayu, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu di https://prpm.dbp.gov.my.
Makna24.09.2023

Kembali ke atas