Assalamualaikum. Apakah (i) ungkapan yang betul, dan (ii) maksud: "terlebih sudu daripada kuah"? Terima kasih. | Ungkapan yang betul ialah: Lebih sudu daripada kuah. Maksudnya:Orang yang tidak mempunyai kuasa/jawatan, tetapi menunjukkan sikap yang berlebihan daripada orang yang berkuasa/berjawatan. Ada juga peribahasa lain yang seakan-akan sama, iaitu: Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu. Maksudnya: Pengetahuan sedikit tetapi cakap besar lebih. | Makna | 17.04.2014 |
ayat mana yg betul? 1)mulutnya tu kurang ajar 2)mulutnya tu kurang sopan | Istilah kurang ajar atau kurang sopan agak kurang tepat digunakan kerana ia membawa maksud yang agak umum sebenarnya. Kami mencadangkan agar istilah seperti biadap atau lancang digunakan untuk melengkapkan ayat di atas. | Istilah | 19.04.2011 |
Assalamualaikum... mohon penjelasan pihak dbp tentang penggunaan perkataaan ‘lebih kurang’ atau ‘kurang lebih’. Yang mana patut kita gunakan di Malaysia?... terima kasih.. | Salam sejahtera, Tuan, Frasa yang lazim digunakan ialah "lebih kurang". Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 15.02.2019 |
Sila jelaskan fungsi 'kurang' dalam ayat ini, iaitu Kopi ini 'kurang' manis, adakah 'kurang' ini merupakan kata penegas atau bukan? | Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu: (i) Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, -kah, -tah, dan -lah. (ii) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang. Perkataan-perkataan begitu dan banyak boleh menjadi kata penegas apabila menerima proses pendepanan, seperti contoh: banyakkah dan begitulah. | Tatabahasa | 07.04.2017 |
masuk keluar atau keluar masuk? kurang lebih atau lebih kurang ? | Frasa yang lazim digunakan ialah keluar masuk dan lebih kurang. | Tatabahasa | 07.10.2011 |
saya ada soalan. Manakah yang betul dan penjelasan kalau boleh. kurang dari satu jam @ kurang daripada satu jam? | Penggunaan yang betul ialah kurang dari satu jam. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. | Tatabahasa | 07.08.2018 |
Salam dan terima kasih kerana membantu. Yang mana antara berikut adalah terjemahan yang paling sesuai untuk "people with reduced mobility" - 1) orang kurang mobiliti ; atau 2) orang kurang pergerakan; atau 3) orang kurang upaya pergerakan; atau 4) orang kurang upaya gerak; atau 5) orang kurang upaya mobiliti; atau 6) orang pergerakan terbatas; atau 7) orang mobiliti terbatas? | Pada pandangan kami, orang kurang upaya pergerakan paling sesuai untuk terjemahan “people with reduced mobility”. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.02.2019 |
saya ingin bertanya mengenai: 1. Ejaan sebenar bagi latarbelakang/latar belakang, kurang lebih / lebih kurang? 2. Dalam keadaan mana kita perlu gunakan perkataan baru dan perkataan baharu ? Terima kasih. | 1. latar belakang 2. lebih kurang 3. baharu/baru - new, baru- just sahaja. contoh, adik membeli baju baru/baharu. Dia baru sampai dari Kuala Lumpur | Tatabahasa | 25.07.2007 |
tolong tentukan kesalahan bahasa : 1 ) berumur kurang 40 tahun or kurang daripada 40 tahun ? 2 ) yang makin berkurang atau yang semakin berkurang ? 3 ) Si tukang jahit ialah kesalahan bahasa atau tidak ? 4 ) adalah antara 10 - 12 cm atau adalah di antara 10 - 12 cm ? 5 ) hingga atau sehingga ? | 1) Berumur kurang daripada 40 tahun. 2) ... yang semakin berkurang. 3) Betul. 4) Antara 10-12 cm 5) Kedua-duanya betul. 'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik. | Tatabahasa | 12.11.2015 |
SALAM 1 MALAYSIA, adakah perkataan 'sekolah kurang beruntung' dalam ayat berikut sesuai digunakan? mohon cadangan lain daripada pihak tuan (jika ada): Lazimnya, sekolah kurang murid (SKM) sering dikaitkan dengan sekolah kurang beruntung (disadvantaged schools) kerana pelbagai masalah seperti kekurangan guru berkualiti, kekurangan prasarana berkualiti, persekitaran yang kurang kondusif, dan kekurangan sumber pengajaran dan pembelajaran. terima kasih | Kami mencadangkan disadvantaged school diterjemahkan kepada sekolah berkeperluan. | Istilah | 04.12.2015 |