Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kurik kundi

Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

361

Manners make the man

Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang.

Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi

Remember that manners make the man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year.

Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Fareha Fuzi SAB 3.10 PTG Assalamualaikum dan salam sejahtera. Boleh saya tahu, buku Kumpulan Pantun Melayu Kurik Kundi Merah Saga edisi yang terbaru edisi yang ke berapa ya?Waalaikumusalam Puan Fareha Fuzi, Untuk makluman puan, Kumpulan Pantun Melayu Kurik Kundi Merah Saga edisi terbaru ialah Edisi Kedua terbitan tahun 2005. Harap maklum, terima kasih.Lain-lain20.05.2017
Sumber Kurik Kundi Merah Saga Sayang lalang berputih mata, Tujuh DIAN bertimbang besi; Alangkah alang berpandang mata, Baik dilangsung sama sekali <<<< apakah dengan DIAN di dalam ayat ini.. adakah bermaksud kuasa?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dian mempunyai dua makna, iaitu 1. pelita yg dibuat drpd lilin, 2. burung kaki ~ sejenis burung.Istilah15.01.2010
Kalau tuan selasih dani, Burung bayan buat sarang; Kalaulah tuan kasihkan kami, Rebutlah saya di tangan orang. Apa maksud *dani dalam pantun dari Kurik Kundi Merah Saga?

Pantun yang terdapat dalam buku Kurik Kundi Merah Saga merupakan kumpulan pantun lisan Melayu. Melalui semakan termasuk carian di Internet, kami tidak menemui maklumat berkenaan perkataan dani. Perkataan tersebut hanya ditemukan dalam buku itu sahaja. Berkemungkinan perkataan selasih dani merupakan perkataan bagi bahasa percakapan atau bahasa lisan yang dituturkan dalam komuniti setempat, yang merujuk kepada nama panggilan bagi pokok selasih atau variasi pokok selasih.

Makna17.08.2021
Salam DBP, saya merujuk kepada pantun dari buku Kurik Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu Edisi Kedua (2005). Pantun bernombor 242: Apa sebab bergelang paun Bambawaran gelang di kaki Apa sebab ke teraun-raun Pembawaan sudahlah di hati Ingin memohon pencerahan kepada istilah 'Bambawaran' di dalam pantun ini. Sudah lama mencari tetapi tidak berjumpa. Terima kasih.Berdasarkan semakan kami tidak ada maklumat tentang perkataan "bambawaran" dan hanya ditemukan dalam buku berkenaan. Carian di internet juga tidak menemukan sebarang maklumat.Tatabahasa10.03.2017
salam, bolehkah saya tahu tentang status percetakan buku Kurik Kundi Merah Saga dan kamus Dewan Bahasa. saya masih lagi gagal mencarinya. terima kasihTerima kasih menjadikan FB DBP sebagai teman di hujung jari. Saudara boleh klik e-Niaga pada laman sesawang http://prpm.dbp.gov.my/ untuk mendapatkan buku-buju yang anda minati.Lain-lain18.04.2014
peribahasa pungguk rindukan bulan atau pungguk merindukan bulan

Dalam kebanyakan pantun dalam buku 'Kurik Kundi, Merah Saga' (Koleksi Pantun) mengungkapkan seperti yang berikut:

1. Seperti pungguk rindukan bulan

2. Macam pungguk rindukan bulan

3. Laksana pungguk rindukan bulan

 

Tetapi dalam contoh yang diberikan dalam KD4:

1.Seperti pungguk merindukan bulan.

 

 

Lain-lain20.02.2009
Fareha Fuzi SAB 3.09 PTG Assalamualaikum dan salam sejahtera. Boleh saya tahu, buku Kumpulan Pantun Melayu Kurik Kundi Merah Saga edisi yang terbaru edisi yang ke berapa ya?Sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 untuk pertanyaan tentang buku dan perkhidmatan yang berkaitan.Lain-lain20.05.2017
Saya nabila ingin bertanya isi pantun yang ter baik dalam bahasa Melayu.Tuan boleh membuat rujukan pada buku Kurik Kundi Merah Saga, buku pantun terbitan DBP. Terdapat 5653 rangkap pantun di dalam buku ini. Bagi membantu, tuan juga boleh melayari laman web DBP di www.dbp.gov.my dan klik pada katalog awam dalam talian. Saudara boleh mendapatkan bahan carian dengan menaip jenis-jenis bahan yang diperlukan pada ruangan carian.Sastera24.10.2013
SAYA INGINKAN SALINAN TENTANG PANTUN NASIHAT, PANTUN KLASIK, PANTUN SELAMAT DATANG DAN PANTUN SELAMA TINGGAL.Saudara boleh membuat rujukan pada buku Kurik Kundi Merah Saga, buku pantun terbitan DBP. Terdapat 5653 rangkap pantun di dalam buku ini termasuk pantun-pantun yang diperlukan oleh saudara. Bagi membantu, saudara juga boleh melayari laman web dbp di www.dbp.gov.my dan klik pada katalog awam dalam talian. Saudara boleh mendapatkan bahan carian dengan menaip jenis-jenis bahan yang diperlukan pada ruangan carian.Lain-lain13.03.2007
Saya Asisah Saleh sedang belajar bahasa Melayu dasar di Universiti Fatani Thailand, ingin bertanya, bangaimanakah teknik mula menulis pantun ? Terima kasih.Puan boleh membuat rujukan pada buku Kurik Kundi Merah Saga, buku pantun terbitan DBP. Terdapat 5653 rangkap pantun di dalam buku ini. Puan juga boleh melayari laman web DBP di www.dbp.gov.my dan klik pada katalog awam dalam talian. Puan boleh mendapatkan bahan carian dengan menaip jenis-jenis bahan yang diperlukan pada ruangan carian. Selain itu, puan boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu atau perpustakaan DBP di cawangan untuk mendapatkan bahan rujukan bahasa Melayu.Lain-lain24.10.2013
123

Kembali ke atas