Adakah maksud "kurnia" dapat disamakan dengan maksud "kurniaan"? Maksud "kurnia" dan "kurniaan" hampir sama. Dalam Kamus Pelajar, "kurnia" diberi takrif "pemberian daripada Allah atau daripada raja sebagai tanda kasih kepada", manakala "kurniaan" diberi makna "sesuatu yang dikurniakan; pemberian (gelaran dll)". Kedua-dua perkataan "kurnia" dan "kurniaan" bermaksud pemberian; sesuatu yang dikurniakan. Jadi, adakah kedua-dua kata terbitan yang berbeza imbuhan ini sama maksud? | Maksud "kurnia" dan "kurniaan" memang sama. "Kurniaan" ialah kata terbitan daripada "kurnia". Cuma ia digunakan pada ayat yang berbeza. | Makna | 19.12.2014 |
YH | Yang Hormat (Kurniaan Negeri Pahang) | Ejaan | 10.03.2011 |
1.Pangilan Tuan Haji / hajjah dikategorikan kurniaan,warisan atau iktisas? TQVM | tuan haji atau hajah boleh dikategorikan sebagai gelaran. | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Perkataan mukjizat boleh digunakan dalam konteks agama Kristian? | Mukjizat bermaksud kejadian luar biasa kurniaan Allah kepada para nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran mereka. Ini bermakna, mukjizat merujuk kepada ajaran agama Islam. Untuk itu, tidak boleh digunakan untuk agama Kristian. | Lain-lain | 04.10.2015 |
Selamat sejahtera, Perkataan "manakala" dikelaskan sebagai kata apa? Kata hubung atau boleh dikelaskan sebagai penanda wacana? Jika digunakan di hadapan ayat, perlukah diletakkan tanda koma? Ayat Contoh: Manakala, kurniaan mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada Jesus ialah bukti kenabian Jesus. Terima kasih. | Manakala merupakan kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Sehubungan dengan itu, perlu diletakkan di tengah-tengah ayat. Contohnya, “Dia duduk di samping ayahnya, manakala adiknya duduk di hadapan ibunya.” | Tatabahasa | 22.01.2020 |
apa perbezaan anugerah pangkat 1. Datuk 2. Dato' 3.Tan Sri 4.Datuk Amar 5.Dato Seri | Pangkat DATUK, TAN SRI, DATUK SERI,DATUK PADUKA dan sebagainya adalah kurniaan daripada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, puan bolehlah menghubungi Bahagian Protokol Istana Negara. | Lain-lain | 27.10.2010 |
Salam tuan... Ejaan manakah yang betul : 1.seperti mana atau sepertimana 2.ku ambil atau kuambil 3. deraf atau draf 4.skim atau sekim 5.pelaksanaan atau pelaksanaan 6.datok atau dato 7.periok atau periuk 8.enjin atau engin 9.walaupun atau walau pun 10.keset atau kaset 11.professor atau professor 12.trajedi atau tragedi 13.television atau televisyen 14.jawatankuasa kuasa atau jawatankuasa 15. estatika atau estitika 16.geran atau gran 17.logic atau logik 18.sambong atau sambung 19.awet atau awit 20.bataliun atau batalion 21.saikologi atau psikologi | Ejaan yang betul: 1. sepertimana 2. kuambil 3. draf 4. skim 5. pelaksanaan 6. Dato' (kurniaan daripada sultan/raja), Datuk (anugerah daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri) 7. periuk 8. enjin 9. walaupun 10. kaset 11. professor 12. tragedi 13. televisyen 14. jawatankuasa 15. estetika 16. geran 17. logik 18. sambung 19. awet 20. batalion 21. psikologi Pada masa akan datang, sila rujuk kamus atau layari laman web kami www.dbp.gov.my. | Ejaan | 22.12.2015 |
Ulasan tentang sinopsis novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom Ahmad. Ulasan Tentang watak Jeha dan Lahuma dalam novel tersebut | Sdr. yang bertanya, 1. Sinopsis ringkas novel tersebut ialah novel Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan kemiskinan keluarga petani di Banggul Derdap, Sik, Kedah yang diwakili oleh Lahuma bersama isterinya, Jeha dan anak-anaknya. bagi Lahuma dan keluarganya "mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah SWT. Itulah pegangan hidup Lahuma dan keluarganya. Lahuma sekeluarga terpaksa berhempas pulas bekerja di tengah bendang dengan melawan segala bencara yang merosakkan tanaman padi mereka. kematian Lahuma menambahkan lagi penderitaan Jeha dan anak-kanaknya untuk menyelamatkan padi mereka daripada bencana alam, sehingga Jeha menjadi gila. Tugas tersebut terpaksa ditanggung pula oleh anak mereka, Senah dan adik-adiknya. 2. Secara umumnya watak lahuma dan Jeha digambarkan mempunyai semangat waja sebagai mewakili masyarakat kaum tani yang bergitu gigih berusaha dengan jerih payah. Apa saja dugaan yang melanda mereka tetap mengharungi dengan segala usaha yang ada. bagi petani seperti mereka, hidup mati mereka semuanya bergantung kepada hasil padi. Pengangan hidup mekera apa saja kurniaan Allah, "Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah SW" mereka tetap terima dengan tabah dan rasa syukur. sekian sahaja jawapan ringkas dari saya. saudara boleh mendapatkan kefahaman yang lebih lanjut dengan membaca esei-esei dan kritikan berkaitan novel tersebut daripada buku-buku terbitan DBP.
| Sastera | 14.03.2012 |