Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kur.sor] | کورسور

Definisi : (Komp) aksara yg digunakan sbg pe­nanda kedudukan semasa pd tabir paparan komputer (biasanya aksara bongkah berkelip-­kelip). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kur.sor] | کورسور

Definisi : penunjuk yg boleh dialih-alih, pd skrin atau pd paparan komputer yg menunjukkan tempat yg terkesan oleh input drpd pengguna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kursor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Apakah terjemahan bagi istilah Bahasa Inggeris "hover" dalam konteks bidang komputer, di mana kita meletakkan kursor kita di atas sesuatu elemen tanpa menekannya. Contohnya: "Hover over the button to read more." Terima kasih.Berdasarkan pencarian kami, hover mempunyai maksud yang sama dengan mouseover.

Dalam data kami, padanan untuk istilah mouseover ialah "tetikus di atas" dan istilah ini adalah dalam bidang Teknologi Maklumat.

Bersama-sama ini disertakan pautan istilah tersebut.

http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mouseover&d=376296&#LIHATSINI
Penyemakan dan penterjemahan09.06.2020
Aniza Borhan 11.59 PAGI As salam... saya ingin mengemukakan kemusykilan... Untuk istilah IT, Home (butang yang terdapat pada papan kekunci - sering diterjemah sebagai RUMAH. Bolehkah saya menggunakan INDUK kerana sifatnya yang sedemikian dan rasanya istilah itu sesuai dengan penggunaannya?Merujuk Kamus Komputer padanan perkataan Home dalam bahasa Melayu ialah rerumah, iaitu tempat permulaan kursor pada skrin. 2. Kedudukan awal untuk menempatkan jari pada papan kekunci bagi penaipan pantas.Istilah13.09.2017
Salam Tuan/Puan, saya ingin bertanya tentang perkataan, "klik". Adakah "mengeklik" betul atau "mengklik"? Saya selalunya menggunakan mengklik tetapi telah ditolak oleh penyunting. Mohon pencerahan pihak PRPM. Contoh ayat: "The person you are calling can click, YES". Terjemahan: Orang yang sedang anda hubungi boleh mengklik, YA". Terima kasih.
Mengikut Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, kata "mengklik" bermaksud "menekan (butang pada peranti tetikus) untuk memberitahu komputer supaya memilih objek yang sedang ditunjukkan oleh kursor atau melakukan fungsi yang dipilih". Tiada perkataan "mengeklik" dalam bahasa Melayu. Contoh ayat: "Orang yang sedang anda hubungi boleh mengklik, YA".

Tatabahasa01.02.2023
Salam. Saya ingin mengetahui perkataan "loading", "help" dan "home" dalam bahasa Melayu. Sangat susah nak cari nama khas IT kat mana-mana. Tolong bantu. Terima kasih!

Sebenarnya DBP telah menyediakan bukan sahaja padanan kepada perkataan Teknologi Maklumat/Komputer, malahan makna istilah tersebut juga disediakan. Sebagai contoh ‘loading’ diberikan padanan ‘pemuatan’. Jika ‘data loading’ kita memberikan padanan ‘pemuatan data’, iaitu proses memasukkan data dalam penggunaan pangkalan data terutamanya dalam gudang data. Proses ini merupakan bahagian terakhir dalam kitaran ETL. Kelebihan proses ini menyebabkan pangkalan data menjadi lebih penting, efisien dan konsisten kerana menyimpan jejak audit semasa pelaksanaannya. Pemuatan data ini juga boleh berfungsi untuk menyatukan data kontemporari dengan sistem legasi. (2) Help (bantuan) ialah atur cara sistem atau bahagian atur cara penggunaan yang menyediakan maklumat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna semasa menggunakan sistem. (3) Padanan ‘home’  ialah rerumah  ialah 1. Tempat permulaan kursor pada skrin. 2. Kedudukan awal untuk menempatkan jari pada papan kekunci bagi penaipan pantas.

Puan hanya perlu melayari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.

Istilah22.12.2014

Kembali ke atas