saya ingin mengikuti kursus-kursus jangka pendek yang berkaitan dengan bidang bahasa ataupun sastera. namun, bagaimanakah caranya? Siapakah yang perlu saya hubungi? | Kursus jangka pendek dalam bidang bahasa dan sastera yang dikendalikan oleh DBP hanya di peruntukkan untuk staf DBP.DBP mengendalikan program kursus berbayar jika ada permohonan dan permintaan dari jabatan luar dengan megendalikan sepenuh nya kursus secara pakej berdasarkan modul-modul kursus yang diperlukan oleh pelanggan.Setakat ini DBP belum menawarkan kursus kepada awam secara individu. | Lain-lain | 30.01.2008 |
Adakah DBP menganjurkan kursus-kursus yang berkaitan dengan Tatabahasa bahasa Melayu? Jika ada, harap dapat maklumat, terima kasih. | DBP menganjurkan pelbagai kursus penataran bahasa, sastera, penerbitan dan penulisan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh berhubung dengan Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau hubungi pegawai Akademi Bahasa Puan Faridah A. Rahman melalui e-mel faridah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 13.07.2012 |
Saya sukar untuk mempelajari perkataan Bahasa Melayu | 1. Saudara boleh mengambil kursus-kursus BM yang diadakan di mana-mana. 2. Sentiasa menggunakan BM dengan betul mengikut keadaan persekitaran. 3. Mengulang kaji tatabahasa BM (Melalui buku/risalah rujukan seperti : Tatabahasa Dewan, koleksi Lembar Bahasa, Pedoman bahasa dsb) 4. Sentiasa cakna dengan perkembangan bahasa Melayu. | Lain-lain | 26.10.2010 |
teknik mempelajari bahasa melayu dengan baik,bahan rujukan yang sesuai | 1. Saudara boleh mengambil kursus-kursus BM yang diadakan di mana-mana. 2. Sentiasa menggunakan BM dengan betul mengikut keadaan persekitaran. 3. Mengulang kaji tatabahasa BM (Melalui buku/risalah rujukan seperti : Tatabahasa Dewan, koleksi Lembar Bahasa, Pedoman bahasa dsb) 4. Sentiasa cakna dengan perkembangan bahasa Melayu. | Lain-lain | 15.01.2009 |
macam mana saya nak menceburi bidang penulisan | Jalan mudah untuk sdr. menceburi bidang penulisan ialah dengan menyertai mana-mana persatuan penulis berdaftar di kawasan/daerah tempat tinggal sdr. Pada kebiasaannya, persatuan-persatuan ini ada menganjurkan kursus-kursus penulisan (mengikut genre) secara berkala. Juga sdr. boleh melayari laman web DBP: http://www.dbp.gov.my dan laman web Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia untuk mengikuti kursus-kursus penulisan yang akan dianjurkan oleh organisasi tersebut. Sekian. | Lain-lain | 13.06.2008 |
Apakah terjemahan paling sesuai untuk "refresher course" dari konteks kursus teknikal. Adakah kursus/latihan penyegar biasa digunakan atau bolehkah ia diterjemahkan sebagai kursus ulangan atau latihan semula? Terima kasih. | Dalam bidang pentadbiran perniagaan refresher course diterjemahkan kepada kursus ulang kaji. | Istilah | 17.05.2013 |
orang yang mengendalikan kursus atau orang memberi taklimat di dalam kursus peningkatan prestasi digelar sebagai apa? | Orang yang mengendali kursus dengan orang yang memberi taklimat adalah orang yang berbeza. Orang yang mengendali kursus ialah orang yang menguruskan kursus. Mereka boleh dinamakan penganjur. Sementara orang yang memberi taklimat dinamakan penceramah. | Lain-lain | 08.07.2008 |
maksud perkataan/istilah: 1. laman sesawang 2. kursus pendek 3. komuniti setempat | 1. laman sesawang - laman web 2. kursus pendek - yang betul ialah kursus jangka pendek - kursus yang diadakan dalam tempoh yang singkat. 3. komuniti setempat - masyarakat setempat / di satu tempat sehaja. | Makna | 12.03.2009 |
Nak tanya Hj. Amizul? Yang mana satukah betul antara "Kursus Perguruan Lepasan Ijazah" @ "Kursus Perguruan Lepas Ijazah (yang kini diguna oleh KPM)"... TK | Yang betul ialah Kursus Lepas Ijazah. Lepasan ijazah merujuk kepada pelajar. | Tatabahasa | 08.03.2009 |
Salam. Tuan, Dahulu DBP pernah menjalankan kursus Diploma Penterjemahan. Apakah kursus ini tidak dijalankan lagi? Harap dapat maklumbalas. Sekian, terima kasih. Yang benar, KRISHNAN | Salam sejahtera. Tuan boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) untuk mengetahui tentang kursus penterjemahan yang dijalankan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 19.08.2013 |