Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.rung] | کوروڠ

Definisi : 1. = kurungan sj kandang atau sangkar: Raden ini sedang membuat kurungan utk binatang-binatang; 2. = kurungan penjara, bilik (tempat) orang salah ditahan: dia lebih lagi berdukacita sekarang, duduk di dlm kurungan di penjara itu; 3. = tanda ~ = (tanda) kurungan tanda dlm tulisan yg berupa keluk atau garis melengkung dll utk melingkungi (mengasingkan) perkataan atau nombor yg tertentu: dua kali jumlah x dgn y boleh ditulis dgn menggunakan kurungan menjadi 2(x + y); 4. ruang yg berdinding, bilik (dlm perahu): mereka dibawa berjumpa nakhoda dlm ~ di haluan kapal; ~ bajau = ~ beranda sj bilik dlm kapal; ~ batang Jk usungan mayat; ~ kelengkeng, ~ laut, ~ tengah beberapa bahagian (ruang) pd sj alat menangkap ikan; berkurung 1. tinggal (berada) di dlm rumah atau di bilik sahaja, berpingit (di rumah): dia ~ sahaja di bilik tidurnya semenjak petang tadi; perintah ~ perintah (oleh kerajaan) yg mengarahkan orang ramai supaya tinggal di rumah dlm jangka waktu yg tertentu; 2. me­makai (berada dlm) tanda kurung (bkn perkataan, nombor, dll): kata yg ~ itu lebih baik dibuang sahaja; 3. Br dibendung, diempang (air); mengurung 1. menahan atau memasukkan ke dlm penjara dll, membiarkan atau menyuruh tinggal di rumah sahaja (tidak membenarkan keluar): beberapa tahun mereka ~ dan me-nyeksanya dlm penjara; orang tua-tua yg sering kali ~ anak gadis mereka; 2. mengepung (mengelilingi) musuh dll utk menawannya (menyerangnya dll); 3. menulis (meletakkan) dlm tanda kurung (perkataan, nombor, dll); 4. Br membendung atau mengempang (air); terkurung terpenjara, terkongkong (dlm rumah dll), tertutup (terlengkung) dlm ruang dll, terkepung: gadis pemalu yg ~ dlm rumah sepanjang hari; paru-paru ~ di dlm suatu tempat yg tidak dapat ditembusi oleh udara; ~ fahamnya sempit (picik) pengetahuannya atau pemikirannya; kurungan 1. kandang (kambing dll), sangkar (ayam dll); 2. bilik tempat menahan orang salah, penjara; 3. pagar yg melingkungi; 4. tanda kurung; pengurungan perihal atau perbuatan me­ngurung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.rung] | کوروڠ

Definisi : ; baju ~ sj baju (pakaian) tradisional orang Melayu (dipakai oleh wanita), bertebuk bulat di leher dgn sedikit bukaan di bahagian dada, berlengan panjang, dan berpesak di kiri kanan: dia kelihatan ayu dgn baju ~ merah jambu itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.rung] | کوروڠ

Definisi : 1 = kurungan bilik tempat orang salah ditahan; penjara: Dia telah ditahan selama seminggu di dlm ~. 2 ruang yg bersekat atau berdinding; bilik dlm perahu dll. 3 = kurungan sangkar atau kandang. tanda ~, = kurungan tanda tulisan yg berupa garis melengkung dll spt ( ), [ ], { } utk melengkungi atau utk mengasingkan perkataan atau nombor tertentu. berkurung 1 tinggal di dlm rumah atau di dlm bilik saja; tidak keluar-keluar dr rumah atau dr bilik: Sudah seminggu dia ~ di dlm bilik tidurnya. 2 memakai tanda kurung (bkn nombor, perkataan). mengurung 1 menahan atau memasukkan sesuatu ke dlm kurung; tidak membenarkan keluar dr rumah dsb: Beberapa tahun mereka ~ dan menyeksanya di dlm penjara. 2 membubuh tanda kurung (dlm tulisan). terkurung tertahan di dlm kurung; tertahan di dlm penjara dll. pengurungan perbuatan atau hal mengurung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurung
Kata Terbitan : kurungan, berkurung, mengurung, terkurung, pengurungan,

Puisi
 

Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ibu menjahitkan kakak baju kurung. atau Ibu menjahitkan baju kurung kakak. Ayat yang mana betul?Ayat yang betul ialah - Ibu menjahitkan kakak baju kurung. Menjahitkan bermaksud menjahit untuk orang lain.Tatabahasa26.07.2010
yang mana satu yang betul? Pelajar-pelajar diajarkan cara-cara menjahit baju kurung @ Pelajar-pelajar diajar cara-cara menjahit baju kurungBerdasarkan konteks ayat yang diberikan, ayat pelajar-pelajar diajar cara menjahit baju kurung lebih sesuai digunakan. Bagi membantu saudara mendapatkan penerangan berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa13.08.2007
BOLEH HURAIKAN SECARA TERPERINCI TENTANG PENGGUNAAN PERKATAAN SIMBOL YANG BETUL DAN TERKINI UNTUK TAHUN 2012Setiap simbol/tanda baca ada fungsinya. Tiada rujukan yang terkini dan dalam hal tanda baca rujukan utama ialah buku Gaya Dewan, terbitan DBP. Terdapat 17 tanda baca yang telah digunakan dengan mantap, iaitu tanda koma (,), tanda noktah (.), tanda pisah (-), tanda sempang (-), tanda elipsis (...), tanda titik bertindih (:), tanda koma bertindih (;), tanda soal (?), tanda seru (!), tanda kurung dan kelompok ({[( )]}), tanda kurung (( )), tanda kurung siku ([ ]), tanda kurung dakap ({ }), tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' '), tanda garis miring (/) dan tanda penyingkat ('). Untuk mengetahui fungsi setiap tanda baca sila rujuk buku Gaya Dewan, halaman 64 - 79.Lain-lain11.09.2012
Adakah ayat ini betul? Kakak menjahitkan ibu sepasang baju kurung yang sedondon sempena hari jadi ibu yang akan diraikan pada minggu depan.

Shui terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

 Ayat yang betul ialah  -  -Kakak menjahitkan  sepasang baju kurung yang sedondon untuk ibu sempena hari jadi ibu yang akan diraikan pada minggu depan.

Tatabahasa12.12.2009
Adakah ayat berikut betul dari segi penggunaan imbuhan men-...-kan bagi kata kerjanya dalam ayat: Ayah menghadiahkan saya seekor kucing @ Ayat menghadiahi saya seekor kucing. Ibu menjahitkan saya sepasang baju kurung @ Ibu menjahit saya sepasang baju kurungFungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan.


Oleh itu, ayat yang betul ialah "Ayah menghadiahi saya seekor kucing".

Bagi ayat kedua, ayat yang betul ialah "Ibu menjahitkan saya sepasang baju kurung." Dalam bahasa Melayu, apitan me-...-kan juga membawa maksud benefaktif atau membuta sesuatu pekerjaan untuk orang lain. Perkataan tersebut dalam bahasa Melayu tidaklah banyak.
Tatabahasa20.04.2013
salam saya ada keraguan tentang kata nama baju kurung, kain sari dan ceongsam di antara tiga kata nama ini yang nama satukah kata nama khas dan apakah huraiannya yang menyatakan kata nama ini sebagai kata nama khas.

Kata nama am merujuk benda atau perkara yang bersifat umum manakala kata nama khas merujuk sesuatu benda yang bersifat khusus. Oleh itu, baju kurung, kain sari dan ceongsam ialah kata nama am.

Tatabahasa01.11.2010
Encik, Emak memerlukan [ telur kuning / kuning telur] untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna [telur kuning / kuning telur]. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat [patriotik / patriotisme] dalam kalangan anak muda. Bolehkah tuan tolong jelaskan?Jawapan yang betul ialah Encik, Emak memerlukan kuning telur untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna kuning telur. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan anak muda.Lain-lain25.08.2010
"Ibu menjahitkan kakak baju kurung."(betul) tapi mengapa "Ibu menghidangkan rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat." (salah) bukankah menjahitkan kakak bermaksud menjahitkan untuk kakak manakala menghidangkan rakan-rakan bermaksud menghidangkan untuk rakan-rakan.Mohon penjelasan untuk mengelakkan kekeliruan.Terima kasih

Perkataan menjahitkan dan menghidangkan merupakan kata kerja transitif aktif. Walau bagaimanapun kata kerja menjahitkan diikuti oleh kata nama objek bernyawa, iaitu kakak, manakala kata kerja menghidangkan diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti makanan. 

Tatabahasa14.01.2011
Adalah dimohon kepada pihak tuan untuk mengesahkan penggunaan kurungan ( ) atau [ ] dalam ruangan tandatangan memo. Apakah beza penggunaan (Elia Nadira Zainudin) dan [Elia Nadira Zainudin].Tanda kurung ( ) lazimnya digunakan dalam untuk tujuan tertentu seperti mengapit singkatan atau akronim; mengapit keterangan atau penjelasan sumber bahan; mengapit angkat atau abjad yang emunjukkan bilangan; dan mengapit matrik yang tidak lebih daripada dua baris. Tanda kurung siku [ ] digunakan untuk tujuan tertentu seperti mengapit huruf, kata atau kelompok kata yang ditambah kepada bahagian teks; mengapit tahun dalam tatacara sebutan kes; mengapit ayat penjelas; dan mengapit matrik yang lebih daripada dua baris. Contoh yang suadara berikan tidak jelas, walau bagaimanapun penggunaan kedua-dua tanda tersebut boleh disesuaikan mengikut huraian yang diberi.Ejaan16.11.2012
Askm, 1. Kek coklat itu suka saya makan. (betul atau salah) 2. Baju kurung itu dijahit kakaknya. (betul atau salah) kalau betul, mengapa tiada “……dijahit oleh….” 3. Dia lupa akan janji temunya dengan doktor pakar semalam. (betul atau salah) 3.1 kalau betul apakah keterangannya. 3.2 kalau betul bagaimana hendak membezakan antara “janji temu” dengan “temu janji”. HARAP DAPAT PENJELASAN DARIPADA PIHAK TUAN SECEPAT MUNGKIN UNTUK SAYA BERI PENJELASAN KEPADA MURID SAYA SEBELUM UPSR BERMULA.1. Ayat ini tidak gramatis, ayat songsang yang betul ialah kek coklat itu saya suka makan.
2. Betul kerana ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + Frasa Nama boleh digugurkan. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 489. 
3. Ayat ini tidak gramatis kerana kata sendi nama tidak diikuti dengan farasa nama selepasnya. Perkataan yang betul ialah janji temu.
Tatabahasa04.09.2012
12

Kembali ke atas