Salam sejahtera. Ayat yang mana satu betul? 1. Warna baju kurung pilihan emak adalah biru. 2. Warna pilihan baju kurung emak adalah biru. | Ayat yang lebih gramatis ialah Warna baju kurung pilihan emak ialah biru. | Tatabahasa | 17.06.2016 |
Tuan, adakah ayat songsang di bawah ini gramatis? 1. Baju Melayu dijahit oleh ibu kepada kakak sempena Hari Raya Aidilfitri. • dijahit oleh ibu kepada kakak sempena Hari Raya Aidilfitri baju Melayu • dijahit oleh ibu baju Melayu kepada kakak sempena Hari Raya Aidilfitri • sempena Hari Raya Aidilfitri baju Melayu dijahit oleh ibu kepada kakak • sempena Hari Raya Aidilfitri ibu menjahit baju Melayu kepada kakak 2. Pertandingan bola sepak diteruskan walaupun hujan turun renyai-renyai. • diteruskan walaupun hujan turun renyai-renyai pertandingan bola sepak • diteruskan pertandingan bola sepak walaupun hujan turun renyai-renyai • walaupun hujan turun renyai-renyai pertandingan bola sepak diteruskan • walaupun hujan turun renyai-renyai diteruskan pertandingan bola sepak 3. Bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang sering tiada di rumah . • sering tiada di rumah bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang • yang bekerja sebagai juruterbang sering tiada di rumah Bapa Fazley • yang bekerja sebagai juruterbang bapa Fazley sering tiada di rumah • sering tiada di rumah yang bekerja sebagai juruterbang bapa Fazley | Ayat yang betul dan ayat songsang. 1. Baju kurung dijahit oleh ibu untuk kakak sempena dengan Hari Raya Aidilfitri. • Dijahit oleh ibu untuk kakak baju kurung sempena dengan Hari Raya Aidilfitri. 2. Pertandingan bola sepak diteruskan walaupun hujan renyai. • Walaupun hujan renyai pertandingan bola sepak diteruskan. 3. Bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang sering tiada di rumah. • Sering tiada di rumah bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang. | Tatabahasa | 17.06.2020 |
Askm, 1. Kek coklat itu suka saya makan. (betul atau salah) 2. Baju kurung itu dijahit kakaknya. (betul atau salah) kalau betul, mengapa tiada “……dijahit oleh….” 3. Dia lupa akan janji temunya dengan doktor pakar semalam. (betul atau salah) 3.1 kalau betul apakah keterangannya. 3.2 kalau betul bagaimana hendak membezakan antara “janji temu” dengan “temu janji”. HARAP DAPAT PENJELASAN DARIPADA PIHAK TUAN SECEPAT MUNGKIN UNTUK SAYA BERI PENJELASAN KEPADA MURID SAYA SEBELUM UPSR BERMULA. | 1. Ayat ini tidak gramatis, ayat songsang yang betul ialah kek coklat itu saya suka makan. 2. Betul kerana ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + Frasa Nama boleh digugurkan. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 489. 3. Ayat ini tidak gramatis kerana kata sendi nama tidak diikuti dengan farasa nama selepasnya. Perkataan yang betul ialah janji temu.
| Tatabahasa | 04.09.2012 |
Assalam Adakah boleh menggunakan tanda baca noktah bertindih diikuti dengan sempang (:-)? Kalau boleh bilakah digunakan? Terima kasih. | Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan, terbitan DBP, terdapat 17 tanda baca yang telah digunakan dengan mantap, iaitu tanda koma(,), tanda noktah(.), tanda pisah (-), tanda sempang(-), tanda elipsis (...), tanda titik bertindih (:), tanda koma bertitik (;), tanda soal (?), tanda seru (!), tanda kurung dan kelompok ({[( )]}), tanda kurung (( )), tanda kurung siku ([ ]), tanda kurung dakap ({ }), tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' '), tanda garis miring (/) dan tanda penyingkat ('). Setiap simbol/tanda baca ada fungsinya. Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut : (1) pada akhir suatu penyataan apabila diikuti (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Contohnya: (a) Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut: kertas, dakwat dan pen. (b) Ketua: Abdullah Salleh Hari : Isnin (2) di antara jilid atau nombor dengan halaman, (ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab, atau (iii) di antara judul dengan anak judul. (3) Digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Contohnya: Ibu: “Bawa bungkusan ini, Mir!” Tanda koma bertitik (;) digunakan untuk (1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga. Juga digunakan (2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar. 1"> | Tatabahasa | 08.01.2020 |
Apakah jawapan yang sesuai untuk ayat berikut; Hassan menggunakan galah untuk ___ dahan pokok yang sekah itu. A mengait B mencantas Adakah ayat-ayat ini betul 1. Jemputlah duduk dahulu, nanti saya panggil emak di dapur. 2. Baju kurung itu dibuat daripada kain sutera. 3. Adik suka bermain-main di halaman rumah di waktu petang. | Jawapan yang sesuai ialah mencantas. Ayat 1 dan 2 betul. Ayat ke-3, Adik suka bermain-main di halaman rumah pada waktu petang. | Tatabahasa | 12.09.2008 |
Salam.. Adakah semua perkataan berikut di bawah boleh dikategorikan sebagai simpulan bahasa? Mohon penjelasan pihak DBP. 1.abad komputer 2.abang ipar 3.abang kandung 4.abang kendong 5.abang sanak ayah 6.abang sanak ibu 7.abang saudara 8.abang sepupu 9.abang tiri 10.abilah peringgi 11.baju dalam 12.baju dingin 13.baju hujan 14.baju jas 15.baju Johor 16.baju kahwin 17.baju kebal 18.baju kebaya 19.baju kelepak 20.baju kemeja 21.baju kepuk 22.baju kotong 23.baju kuntum 24.baju kurung 25.baju lasak 26.baju monyet 27.baju panas 28.baju sejuk 29.baju seroja 30.baju teluk belanga 31.baju teratai Terima Kasih. | Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam yang bemaksud orang yang tidak memakai kasut dan tangkai jering bermaksud orang yang kedekut. Contoh perkataan yang saudara berikan tidak termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
Salam Sejahtera. Mohon bantuan tuan untuk perkara berikut; | 1. Deepavali telah membawa maksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, namun dalam penulisan kita menyeragamkannya dengan perayaan-perayaan lain seperti Hari Natal, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali. 2. Ejaan yang betul ialah hari sukan. 3. Ejaan yang betul ialah baju Melayu dan baju kurung. | Ejaan | 23.07.2012 |
1. Adakah tajuk ini sesuai dan betul mengikut bahasa? INTERNET OF THINGS: MENGUBAH KEHIDUPAN KE ARAH LEBIH TERHUBUNG. 2.Sekiranya perkataan Pemboleh ubah menjadi sub-tajuk, adakah perkataan ubah juga perlu di title case kan? 3.Sekiranya perkataan dalam kurungan adalah dalam bahasa Inggeris, adakah ia perlu diitalikkan?dan adakah ia perlu di title case kan jika ia berbentuk penulisan contoh: (Content Analysis) 4.Bagi nama jawatan, adakah perlu huruf besar/title case? contoh: Pegawai Latihan, Pegawai Penerbitan,Pengarah, Pengetua dan lain-lain jawatan? 5.Adakah dialog atau kata-kata dari seseorang seperti tokoh,usahawan,Perdana Menteri perlu di italik dan perlu diletakkan pembuka dan penutup kata? | 1. Cadangan kami: INTERNET BENDA (baris pertama) Ke Arah Kehidupan Saling Berhubung (baris kedua) 2. Lazimnya subtajuk ditulis dengan huruf kecil (lihat contoh di atas). 3. Perkataan bahasa Inggeris yang diletak dalam tanda kurung tidak perlu diitalikkan. 4. Pegawai Latihan, Pegawai Penerbitan, Pengarah Dasar, Pengetua SMK Keramat. 5. Petikan ucapan perlu diletak tanda petik " " dan diitalikkan. | Tatabahasa | 03.11.2014 |
Assalamualaikum Tuan, 1. Dalam penulisan, adakah judul buku perlu dimiringkan dan diletakkan tanda petik? Contohnya: Buku "The Forest Seeds Story" telah diterbitkan oleh FRIM. 2. Adakah perlu diletakkan tanda petik dan dimiringkan bagi penulisan dalam bahasa Melayu untuk tajuk projek dalam bahasa Inggeris? Contoh: Projek yang bertajuk " The Future of Medicinal Plants in Malaysia" telah dibentangkan di....... 3. Nama khas dalam BM tetapi ada terjemahannya dalam BI, perlukah terjemahan nama khas tersebut yang diletakkan dalam tanda kandung dimiringkan? Contoh ayat: Saya bekerja di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Forest Research Institute). Sekian, terima kasih. | 1. Dalam penulisan, judul buku perlu dimiringkan.1"> 2. Untuk tajuk projek yang telah dimasukkan dalam tanda petik, tidak perlu dimiringkan. 1"> 3. Nama atau judul yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dan dimasukkan dalam tanda kurung, tidak perlu dimiringkan.1"> | Karya | 17.07.2019 |
Salam..betul/salah ayat-ayat ini dan jelaskan. Terima kasih. 1.Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. 2.Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 3.Ayah telah menggali di belakang rumah sebuah perigi batu. 4.Baju kurung moden yang berwarna jingga itu bagi kakak long saya. 5.Benar tepat jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu. 6.Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Ali. 7.Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 8.Guru Besar berterima kasih di atas pandangan guru-gurunya. 9.Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 10.Kedua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. 11.Kejayaan cemerlang yang diperolehi Mustafa kerana usaha gigihnya. 12.Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 13.Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. 14.Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 16.Pemandu muda itu menafikan dia memotong garisan berkembar. 17.Seekor lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu. 18.Semenjak dari hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 19.Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 20.Siapatah yang suka membuang sampah di kawasan ini. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:1"> - Antara acara yang dipertandingkan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">termasuklah mewarnai> dan melukis poster. 1">
- <i style="mso-bidi-font-style: normal;">Apa-apai> pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 1">
- Ayah telah menggali <i style="mso-bidi-font-style: normal;">sebuah perigi batu i>di belakang rumah.1">
- Baju kurung moden yang berwarna jingga itu <i style="mso-bidi-font-style: normal;">untuki> kak long saya. 1">
- <i style="mso-bidi-font-style: normal;">Jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu tepat. 1">i>
- Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak <i style="mso-bidi-font-style: normal;">dii> atas meja Cikgu Ali. 1">
- Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 1">
- Guru Besar berterima kasih kepada guru-gurunya<i style="mso-bidi-font-style: normal;"> atasi> pandangan yang diberikan. 1">
- Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 1">
- Pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.1">
- Kejayaan cemerlang yang <i style="mso-bidi-font-style: normal;">diperolehi> Mustafa kerana usaha gigihnya. 1">
- <i style="mso-bidi-font-style: normal;">Perkara laini> turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 1">
- Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya <i style="mso-bidi-font-style: normal;">dengani> sepinggan kuih seri muka. 1">
- Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 1">
- Pemandu muda itu menafikan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">bahawa dirinyai> memotong garisan berkembar. 1">
- <i style="mso-bidi-font-style: normal;">Satui> lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu.1">
- <i style="mso-bidi-font-style: normal;">Semenjaki> hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 1">
- Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 1">
- <i style="mso-bidi-font-style: normal;">Siapalahi> yang suka membuang sampah di kawasan ini.1">
| Tatabahasa | 20.01.2015 |