Badan budak yang berambut pendek itu ialah agak kurus. Ayat di atas tidak gramatis, oleh itu manakah jawapan yang betul bagi jawapan di atas: 1. Badan budak yang agak kurus itu berambut pendek. atau 2. Badan budak yang berambut pendek itu agak kurus | Ayat yang lebih gramatis ialah "Badan budak yang berambut pendek itu agak kurus". | Tatabahasa | 21.06.2011 |
1. Manakah yg betul? i. Apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. ii. Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. 2. Apakah maksud 'telejariah' ? Terima Kasih. | 1. Kedua-duanya betul. 2. "Telejariah" merupakan istilah khusus yang digunakan oleh mana-mana institusi kewangan Islam untuk menawarkan khidmat beramal jariah melalui telefon.
| Lain-lain | 20.08.2009 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata penguat. Adakah betul kata penguat boleh hadir bersama di hadapan dan dibelakang kata adjektif. Terdapat kekeliruan di dalam beberapa buah buku. KB KP KA KA KP 1 sudah - kurus - - 2 - amat dalam - - 3 masih agak kecil - - 4 - - panjang - 5 sangat 6 sudah - tua - 7 betul 8 - amat besar - 9 sekali 10 - - kaya raya - 11 masih - tinggi lampai - Antara contoh di atas, yang manakah yang salah. Terima kasih. | Kata pebguat merupakan bentuk kata yang mendahului atau mengikuti kata adjektif untuk menguatkan makna adjektif itu. Contohnya : "sungguh" dalam Pahlawan itu sungguh berani, "amat" dalam Suaranya amat merdu, benar dalam Malam ini gelap benar. Bagi membantu saudara menyelesaikan permasalahan ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan. Penerangan terperinci mengenai bahan yang diperlukan terdapat dalam buku ini. | Tatabahasa | 26.07.2007 |
Kata Hubung 1. __________umurnya 70 tahun,_________dia masih bertenaga. 2. Sikap Faridah yang mengadakan-ngadakan _____hari ___ menjadi. 3. Cikgu Lina meminta murid-murid mengeluarkan __________ buku Latihan __________buku kerja. 4. “___________ saya tidak dihiraukan, ___________ awak ,” kata Amin kepada Dali. 5. __________ Siew Lan kurus, ___________ dia kuat makan. 6. Rumah di hujung pekan itu _________ baik untuk fizikal, __________ mental kita. 7. “ Anak gadis Datuk Ramzi ____________bijak________ juga peramah,” kata Dato’ Azlan. 8. Bersenam _________ baik untuk fizikal, __________ mental kita. 9. “ ________ lelaki _________ perempuan, sama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu,”kata ketua kampung. 10. ___________ terus berdiam, ___________ saya berterus terang sahaja. | Penggunaan kata hubung yang sesuai adalah seperti yang berikut: 1. Walaupun umurnya 70 tahun, tetapi dia masih bertenaga. 2. Sikap Faridah yang mengada-ngada semakin hari semakin menjadi. 3. Cikgu Lina meminta murid-murid mengeluarkan beberapa buku latihan dan buku kerja. 4. “Walaupun saya tidak dihiraukan, janganlah awak kecewa,” kata Amin kepada Dali. 5. Walaupun Siew Lan kurus, tetapi dia kuat makan. 6. Rumah di hujung pekan itu sangat baik untuk fizikal dan mental kita. 7. “Anak gadis Datuk Ramzi terlalu bijak dan juga peramah,” kata Dato’ Azlan. 8. Bersenam sangat baik untuk fizikal dan mental kita. 9. “Baik lelaki mahupun perempuan, bersama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu,” kata ketua kampung. 10. Daripada terus berdiam, sebaiknya saya berterus terang sahaja. | Tatabahasa | 06.10.2021 |
Saya ingin memastikan ayat-ayat di bawah yang manakah mempunyai tatabahasa yang betul: 1) Budak itu gemuk tetapi cergas. 2) Budak itu kurus tetapi cergas. Terimakasih. | Kedua-dua ayat betul bergantung pada sifat yang hendak disampaikan atau ditonjolkan. | Tatabahasa | 28.04.2008 |
apa itu bangkai | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan bangkai bermaksud 1. binatang yg sudah mati: ~ kucing; 2. bk mayat manusia: ~ Hang Jebat; ~ bernyawa ki a) orang yg terlibat dlm penagihan dadah yg teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd keluarga, masyarakat dsb, mayat hidup; b) seseorang yg tidak dipedulikan dan dipandang hina oleh keluarga: akhirnya dia tidak sanggup lagi menjadi ~ bernyawa dlm keluarga mereka; 3. ki sesuatu yg telah tua dan rosak: ~ kereta; ~ gajah bolehkah ditudung oleh nyiru prb kejahatan yg besar itu tidak dapat disembunyikan; ada ~ adalah hering prb di mana ada perempuan jahat tentu ada laki-laki yg jahat pula; menjemur ~ ke atas (ke puncak) bukit prb mengaibkan diri sendiri; | Makna | 16.09.2009 |
Di sini ada beberapa soalan yang ingin ditanya 1. Apakah perbezaan maksud di antara perkataan (a) gedempol (b) gempal (c) gemuk] (i) Mana satu jawapan di atas sesuai dengan saolan di bawah: Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang ............akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi ........... Soalan di bawah mana pilihan yang sesuai 2. Wajah yang (cantik, kacak)bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau (wangi, semerbak ,harum) pada setiap pagi Harap tuan dapat membalas sebelum 25/2/09 sekian terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gedempol bermaksud gemuk, gempal pula bermaksud gemuk sedang (berkenaan tubuh) atau padat berisi dan gemuk - tidak kurus atau besar badan (kerana banyak daging). Bagi ayat yang diberikan perkataan yang sesuai ialah: (i) Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang gemuk akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi gemuk/gempal. Manakala bagi soalan: 2. Wajah yang cantik bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau wangi/harum) pada setiap pagi. | Makna | 26.02.2009 |
APAKAH MAKSUD SERING? | Saudara Puiman, Sering memilki banyak maksud merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Antaranya seperti yang tersebut: 1. kemas dan keras (pintalan tali, benang, dll), keras (kain yg dikanji, kertas tebal, dll); 2. tegang (tali diregangkan, urat, dll), kejang; 3. ark kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan tegap (badan orang): orang yg suka makan pedas, badannya ~ tapi liat; 1. = sering-sering kerap kali, acap kali, selalu: orang itu ~ sahaja datang ke rumahnya; 2. = sering-sering ark kadang-kadang: Ali dan Azman sering-sering ber-tengkar; keseringan perihal sering (selalu), kekerapan, acap kalinya: ~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita. Untuk memudahkan saudara, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 1471) dan layari http://prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Makna | 12.09.2012 |
Ini buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2 SJKC jilid 2, muka surat. Saya amat keliru dengan soalan di sini. Apakah jawapan yang sepatutnya bagi soalan 1 dan 3 ? Rasanya soalan 3 amat pelik. | Salam sejahtera, Bersama-sama ini dilampirkan maklum balas jawapan bagi Buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2 SJKC jilid 2 Selain teks, gambar juga memainkan peranan sebagai klu jawapan bagi aktiviti ini. 1. pantas seperti kilat (menggambarkan kepantasan Wira Angkasa) 2. kurus seperti lidi (menggambarkan kekurusan pemuda tersebut) 3. gagah seperti gergasi (menggambarkan kegagahan kumpulan pemuda tersebut) 4. tinggi seperti galah (menggambarkan ketinggian murid-murid yang bermain bola kerajang) Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 25.10.2021 |
Bagaimana cara menggunakan kata hubung yang betul dalam ayat majmuk? | Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk gabungan dihubungkan oleh kata hubung gabungan, manakala ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan. Sila lihat contoh di bawah: 1. Ayat majmuk gabungan: i. Murid-murid berlari dan bernyanyi. ii. Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk. iii. Encik Ali hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat? 2. Ayat majmuk pancangan: i. Ayat relatif: Saya membeli baju yang berwarna merah. ii. Ayat komplemen: Murid yang sakit itu telah pulang. iii. iii. Ayat keterangan: Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 497 - 519. | Tatabahasa | 20.04.2025 |