| ejaan yang betul bagi seni pertahanan diri tek kwan do @ taek kwan do @ taekwando? | Ejaan yang tepat ialah tae kwan do. | Ejaan | 22.12.2010 |
| Berdasarkan tajuk buku "Betulkan Tatabahasa" hasil penulisan Tan Wee Chien terbitan SAP Publications, pembetulan ejaan untuk taekwando ialan tae kwan do. mohon penjelasan. | Ejaan yang betul ialah tae kwan do, untuk maklumat lanjut klik kwan+do">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tae+kwan+do. | Ejaan | 20.01.2015 |
| Tang Pui Kwan SEP 11TH, 11:56AM salam sejahtera, i would like find out more about kursus basic bahasa melayu for foreigner. Is this about pricing?YesNo 1.when is the next intake? 2. how many classes for the entire programme? 3.how many hours in total, 4. how much is the course fee + registration fee (if any?) thank you | Segala program yang berkaitan dengan kursus, latihan industri dan biasiswa (jika ada) diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui Dr. Dahlina Daut, e-mel dahlina@dbp.gov.my, dan telefon 03-21479224. | Lain-lain | 11.09.2016 |
| Adakah perkataan tae kwan do kata nama khas? | Tae kwan do merupakan kata nama am. | Lain-lain | 28.08.2019 |
| perkataan taekwon-do adalah nama khas yang telh ditetapkan diseluruh dunia.. tetapi bila nak buat banner untuk kelulusan DBP perkataan taekwon-do terpakda ditukar kepada tae kwan do..... memalukan kerana perkataan taekwon-do tak sepatutnya ditukarkan ejaannya... | Untuk makluman tuan, ejaan “tae kwan do” terakam dalam pangkalan data DBP sebagai pinjaman daripada sumber sekunder bahasa Inggeris Amerika, walaupun kata tersebut berasal dari Korea. Kata tersebut terakam dengan ejaan “tae kwan do” mengambil ketetapan ejaan bahasa Inggeris Amerika yang menggunakan ejaan “tae kwan do”. Ke arah penyelarasan ejaan kata pinjaman daripada sumber sekunder, DBP akan memantapkan pedoman ejaan pinjaman kata asing (selain bahasa Inggeris) di samping mengambil kira pendapat pakar bidang seperti tuan. Kami mengucapkan terima kasih atas maklumat yang tuan utarakan. | Ejaan | 04.04.2019 |
| 1. dolak-dalik atau dolak-dalih ? 2. mertua atau mentua ? 3. ucaptama atau ucap utama ? 4. agama atau ugama ? 5. taekwando atau tae kwan do ? | Ejaan yang betul ialah dolak-dalik, mentua, agama dan tae kwan do. Bagi perkataan ucaptama dan ucap utama kedua-duanya betul kerana ucaptama ialah akronim, iaitu hasil gabungan dua perkataan (ucap tama) dan diujarkan sebagai satu perkataan. Walau bagaimanapun, masyarakat diberi pilihan untuk menggunakan rangkai kata ucap utama dan hendaklah ditulis dua perkataan. | Lain-lain | 31.01.2010 |
| Terima kasih untuk jawapan yang telah diberikan. Bagaimana pula dengan perkataan berikut (dipenggalkan mengikut suku kata)? fisiologi, nasional, Tae kwan do, skuasy, akuarium, raspberi, paus, arkeologi, sfera, (Pokok) jemerelang: je me re lang atau je mer e lang? | Penggalan suku kata adalah seperti yang berikut: (fi-si-o-lo-gi), (na-si-o-nal), (Tae-kwan-do), (skua-sy), (a-ku-a-ri-um), (rasp-be-ri), (pa-us), (ar-ke-o-lo-gi), (sfe-ra), (Po-kok) (je-me-re-lang). | Tatabahasa | 19.04.2013 |
| teak wador/ scua driving | tae kwan do/ selam skuba | Lain-lain | 05.04.2007 |
| Adakah perkataan "Pilates" kata nama am seperti "tae kwan do" atau kata nama khas? Pangkal hurufnya dalam pertengahan ayat huruf besar atau kecil? Terima kasih. | Perkataan "pilates" ialah kata nama am. Mohon gunakan "p" (huruf kecil) untuk perkataan "pilates" di pertengahan ayat kecuali perkataan ini terletak pada pangkal ayat yang perlu ditulis dengan huruf besar, "P". | Tatabahasa | 02.08.2024 |
| Adakah 'Malay (language)' sepatutnya ditulis ke 'Bahasa Malaysia' atau 'Bahasa Melayu'? | Saudara Kwan, Perkataan " Malay language" diterjemahkan sebagai bahasa Melayu. | Tatabahasa | 26.01.2010 |