tolong terangkan tentang vokal berganding. Adakah halia,biola,buaya dipenggal ha-li-a,bi-o-la,bu-a-ya(mengikut suku kata) atau ha-lia,bio-la,bua-ya(mengikut suku kata yang ada vokal berganding sama seperti penggal ikut sebutan walaupun mahu penggal ikut suku kata)? yang manakah betul dan diguna pakai dalam pemenggalan suku kata? | Sebutan bagi kata dasar berpedomankan kaedah pemenggalan suku kata ejaan (kecuali apabila terdapat urutan bunyi dua vokal yang tidak sama, iaitu pola V-V yang menerbitkan V-VK,KV-V dan KV-VK). Oleh itu, sebutan yang mengikut pemenggalan yang betul ialah ha-lia, bio-la dan bua-ya. | Tatabahasa | 15.08.2007 |
1. Bagaimana sebutan bagi perkataan MULAI? Adakah MU - LAI atau MU - LA - I ? 2. Adakah terdapat imbuhan akhiran dalam perkataan MULAI ini? | Sebutan bagi perkataan MULAI ialah Mu-la-i. | Lain-lain | 26.05.2010 |
Salam Sejahtera, saya dan rakan berminat untuk menterjemahkan satu buku oleh Dr Maurice Bucaille Bertajuk The Bible, The Qur'an and Science ke dalam bahasa melayu. Buku asal tulisan beliau adalah dalam bahasa French (La Bible, le Coran et la Science). Apakah prosedur yang perlu saya lakukan supaya buku tersebut dapat diterbitkan di bawah DBP? | Sebelum diterjemahkan, perlu mendapat izin daripada penerbit asal buku itu terlebih dahulu. Setelah semua aspek perundangan, izin dan hak cipta selesai, barulah buku itu boleh diterjemahkan dan dihantar kepada mana-mana penerbit yang berminat untuk menerbitkannya. Mungkin boleh dihantar ke Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) yang menerbitkan buku-buku terjemahan. Hal ini kerana DBP tidak lagi menerbitkan buku-buku terjemahan. | Lain-lain | 03.01.2013 |
Adakan pemenggalan perkataan-perkataan di bawah betul? air a-ir buah bu-ah daun da-un luar lu-ar biola bi-o-la beruang be-ru-ang makanan ma-kan-an (sebutan sebagai ma ka nan?) rambutan ram-bu-tan sayuran sa-yur-an (subutan sebagai sa-yu-ran?) Sekian terima kasih. Tracy Chan | Saudara Tracy, Yang betul adalah seperti yang berikut: i. air ii. buah iii. daun iv. luar v. bio.la vi. be.ruang vii. ma.ka.nan viii. ram.bu.tan ix. sa.yu.ran Sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi | Tatabahasa | 28.06.2010 |
salam, apakah makn bahasa ekonomik? Adakah perkataan nak, tak, la tergolong dalam bahasa ekonomik? | Adakah saudara maksudkan nilai ekonomi bahasa? Walau bagaimanpun tidak ada maklumat tentang konsep tersebut dalam pangkalan data kami. Contoh yang diberikan seperti nak dan tak iialah kependekan bagi perkataan hendak dan tidak yang lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Untuk membantu saudara mendapatkan maklumat tentang nilai ekonomi bahasa, beberapa artikel boleh dirujuk, iaitu: Nilai ekonomi bahasa Melayu | Mohd. Salleh Majid | Berita Harian (Sastera dan Budaya) | 23.09.2000 | Langkah beri nilai ekonomi kepada bahasa | Amir Tan | Warisan Nasional | 10.06.1990 | Bahasa Melayu dan nilai ekonomi | Mohd. Salleh Abd. Majid | Berita Harian | 14.07.1993 | Bahasa Melayu kegagalan nilai ekonomi gugat martabat | Akhbar: | Utusan Malaysia | 25.10.2004 |
| Lain-lain | 31.05.2012 |
ingin pasti pemenggalan suku kata untuk : makanan - ma.kan.an, sayur-sayuran-sa.yur-sa.yur.an, buah-buahan-bu.ah-bu.ah.an, beruang-be.ru.ang, bermain-ber.ma.in, membuang-mem.bu.ang, dia-di.a, laut-la.ut, siang-si.ang, bayaran-ba.yar.an, soal-so.al, buaya-bu.a.ya, tuala-tu.a.la | Pemisahan suku kata yang diberikan adalah betul: makanan ma-kan-an sayur-sayuran sa-yur-sa-yur-an buah-buahan bu-ah-bu-ah-an beruang be-ru-ang bermain ber-ma-in membuang mem-bu-ang dia di-a laut la-ut siang si-ang bayaran ba-yar-an soal so-al buaya bu-a-ya tuala tu-a-la | Ejaan | 23.03.2012 |
Untuk penulisan novel, adakah sesuai penggunaan perkataan 'pulak' dan 'jugak' untuk menggantikan 'pula' dan 'juga' terutamanya dalam kata bual... Sebagai contohnya, "Lebih-lebih la pulak." Terima kasih. | Saudara sewajarnya menggunakan perkataan "pula" dan "juga" dalam kata bual. | Lain-lain | 18.01.2008 |
bagaimana hendak penggalkan perkataan bangunan, saliran, rambutan, penyelamat,penimbas pakaian mengikut suku kata | ba-ngu-nan,sa-li-ran,ram-bu-tan, pe-nye-la-mat, pe-nim-bas pa-kai-an | Tatabahasa | 07.08.2007 |
Adakan pemeggalan perkataan-perkataan dibawah berdasarkan suku kata betul? Adakan subutanya sama dengan pemeggalan suku kata? air - a ir ais - a is daun - da un main - ma in durian - du ri an , luar - lu ar halia - ha li a biola - bi o la, buaya - bu a ya bau - ba u Quran - Qur an beruang - be ru ang pakaian - pa kai an | Berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, pemenggalan : air - air, ais - ais, daun - daun, main - main, durian - du.rian, luar - luar, halia - ha.lia, biola - bio.la, buaya - bua.ya, bau - bau, Quran - Qur. an, beruang - be. ruang, pakaian - pa.kaian. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tersebut. | Istilah | 01.07.2010 |
Bahasa perbualan di bawah tidak baku. Minta tolong jadikan ia dalam bahasa melayu baku. A: Nama saja Kamal. Asal Kampung Durian. Saya sekolah dekat sini. Saya seronok belajar kat sini. B: Kenapa seronok ? A: Kiranya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Macam guru lepas belajar daripada luar negara. B: Apa peranan you bila cikgu gunakan smartbord? A: Baru tau itu smartboard. Rasa macam adalah semangat sikit kan, nak belajar. B: Oo...Dulu tak semangat nak belajar, tak ada smartboard. A: Tak jugaklah. Kiranya menambahkan semangat untuk belajar. Tapi setiap kelebihan ada la kekurangan dia. B: Kekurangan? A: Tu la smartboard. Masa dia sikit sangat. Kalau pakai smartboard tak sempat nak salin nota. B: Oh... perlu lebih masa la. A: Ya. Masalahnya banyak masa terbuang kat situ, teknikal tu kan. Terima kasih kerana sudi membantu. | Untuk makluman saudara, soalan ini telah banyak kami terima, sila tukarkan ke bahasa Melayu baku dan kami akan menyemak salinan tersebut seperti yang telah dilakukan dalam soalan sebelum ini. Jika soalan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan kerajaan sila rujuk pihak Lembaga Peperiksaan/pembekal kertas soalan untuk mendapatkan jawapan yang telah diperakui. | Tatabahasa | 20.10.2011 |