Hai, saya ingin bertanya adakah labah-labah dikategorikan di bawah kata ganda penuh. Dan adakah labah-labah digunakan untuk seekor labah-labah atau bilangan labah-labah yang banyak? Mohon penjelasan dari pihak DBP. Terima kasih. | Labah-labah ialah kata ganda penuh. Penanda bilangan boleh digunakan untuk menunjukkan tunggal atau jamak seperti seekor labah-labah atau beberapa ekor labah-labah. | Tatabahasa | 21.05.2020 |
Adakah Spider Monkey ialah Monyet Labah-labah? | Mengikut Ensiklopedia Umum, Spider Monkey ialah Monyet Labah-labah. Monyet labah-labah ialah monyet besar yang terkenal kerana menggunakan ekornya sebagai anggota tambahan. Ia boleh tergantung dengan menggunakan ekornya, malah mengambil objek dengan membelitnya. Monyet ini kadangkala tergantung kepala ke bawah kaki ke atas, dengan keempat-empat anggota dan ekornya mencengkam dahan. Dalam kedudukan ini ia kelihatan seperti labah-labah besar. Monyet ini sering menggunakan lengannya untuk berayun dari dahan ke dahan. | Lain-lain | 27.06.2017 |
centuries=abad-abad, spiders=? | Spider diterjemahkan kepada labah-labah (dalam bentuk tunggal). Dalam bentuk jamak tuan boleh menggunakan perkataan yang membawa maksud jamak seperti bilangan, lima ekor labah-labah atau beberapa ekor labah-labah. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.10.2014 |
Why does the spider not get stuck in its own web? Mengapakah labah-labah tidak terperangkap di dalam sarang sendiri? adakah terjemahan ayat tersebut adalah betul? | Terjemahan yang betul bagi ayat yang diberikan ialah: Mengapakah labah-labah tidak terperangkap pada sarang sendiri? | Makna | 16.07.2018 |