Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata labour


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
one day countdown labour dayPenyiaran detik satu hari ke Hari BuruhIstilah02.03.2011
Salam sejahtera, 1) Apakah beza antara "pelahiran" dan "kelahiran" iaitu "labour" dan "delivery". 2) Adakah menterjemahkan "fatigue" sebagai lesu atau "letih" tepat. Jika pembaca sasaran golongan ibu berpendidikan saya kira lebih baik buat pinjaman, iaitu kekalkan menjadi fatig. Terima kasih. Selamat mengundi 5 Mei nanti. Orang DBP baik belaka.1. Pelahiran ialah perihal atau perbuatan melahirkan seperti ayat pelahiran golongan pencinta muzik tradisional dalam kalangan generasi muda ... dan kelahiran ialah  perihal keluar dari kandungan ibu seperti ayat pada saat kelahiran anaknya itu, Ani menangis ....
2. Terjemahan fatig ada digunakan tetapi khusus dalam bidang perubatan, manakala dalam konteks umum fatigue diterjemahkan kepada penat, letih atau lesu.
Makna11.04.2013
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'Chairmanship'? Adakah 'kepengerusian' boleh digunakan? Contoh ayat "Malaysia assumes the chairmanship of ASEAN Labour Sector" diterjemah menjadi "Malaysia mengambil alih kepengerusian sektor perburuhan ASEAN". Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk "chairmanship" ialah jawatan pengerusi. Oleh itu, terjemahan yang dicadangkan ialah "Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi sektor perburuhan ASEAN."Istilah09.01.2017
Dalam bidang sumber manusia terutama di Amerika, pekerja yang berhak bagi bayaran kerja lebih masa dikenali sebagai 'non-exempt employee' mengikut Fair Labour Standard Act. Apakah padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi 'exempt and non-exempt employees'? Padanan bahasa Melayu untuk "exempt employees" ialah "pekerja terkecuali".  Padanan istilah untuk "non exempt employee" ialah "pekerja tak terkecuali"
Istilah21.03.2017
Saya ingin bantuan untuk terjemahan ke Bahasa Melayu: 1) "Reshoring" seperti dalam ayat : Meanwhile, the reshoring trend in the US has been driven by political pressures at home as well as rising wages and labour issues in low-cost manufacturing countries 2) "Internet of Things (IoT): contoh ayat "Ubiquitous sensor-equipped devices will share data with one another across the network in the Internet of Things (IoT). This technology will revolutionise the way people live and work." Terima kasih didahulukan. Muhammad HalimiCadangan kami:
1. reshoring = penempatan kembali/menempatkan kembali
2. Internet of Things (IOT) = Internet Benda
Penyemakan dan penterjemahan29.09.2015
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "direct supervisor" dan "direct colleagues" (konteksnya adalah di pejabat)? Bolehkah perkataan tersebut diterjemahkan sebagai "penyelia" dan "rakan sejawat"?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "direct supervisor" dan "direct colleagues" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "direct labour" yang padanan bahasa Melayunya ialah pekerja langsung. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penyelia langsung dan rakan sekerja langsung.Istilah14.04.2014
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "direct competitors" sesuai diterjemahkan kepada "pesaing langsung" atau "pesaing terus"? Frasa digunakan dalam bidang undang-undang. Contoh ayat: This company is one of our direct competitors. Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "direct competitor" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "direct labour" yang padanan bahasa Melayunya ialah pekerja langsung. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah "pesaing langsung".Makna25.11.2018
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan pillarPillar menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah  st resembling a pillar, (of rock) berceracak; (of smoke) tegak menjulang; (of fire) menjulang: ~s of granite rock, batuan granit yang berceracak; a ~ of black smoke rose from the factory, asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. strong supporter, active member, tunggak, penunjang: he is one of the ~s of the Labour Party, dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; people were shocked to find out that such a ~ of society was involved, orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. 

Saudara boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pillar&d=1
Penyemakan dan penterjemahan30.07.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin meminta bantuan untuk istilah yang tepat bagi istilah inggeris 'turnover' atau pemberhentian pekerja/ahli dalam sesebuah organisasi. Terima kasih.Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin meminta bantuan untuk istilah yang tepat bagi istilah inggeris 'turnover' atau pemberhentian pekerja/ahli dalam sesebuah organisasi. Terima kasih.

Dalam istilah perniagaan  istilah 'turnover' diberi padanan 'pusing ganti' yang dihuraikan sebagai 'amaun urus niaga perniagaan bagi sesuatu tempoh masa, seperti sejam, sehari sebulan dan sebagainya. Terdapat istilah 'labour turnover' yang diberi padanan ' pusing ganti buruh' yang dihuraikan sebagai 'aliran keluar masuk pekerja dalam sesuatu organisasi dalam tempoh tertentu'.
Istilah29.05.2013
Apakah perkataan Bahasa Malaysia yang paling sesuai untuk perkataan BI "Pillar"? Rukun, Prinsip, Teras atau ada perkataan lain yang lebih sesuai?Pillar menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah  st resembling a pillar, (of rock) berceracak; (of smoke) tegak menjulang; (of fire) menjulang: ~s of granite rock, batuan granit yang berceracak; a ~ of black smoke rose from the factory, asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. strong supporter, active member, tunggak, penunjang: he is one of the ~s of the Labour Party, dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; people were shocked to find out that such a ~ of society was involved, orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. 

Saudara boleh melayari 
Makna01.06.2017
12

Kembali ke atas