Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.bur] | لابور

Definisi : ; melabur menyapu dgn kapur, mengapur (tembok dll): maka dilaburnya dgn kapur gemerlapan cahayanya spt kapas terbusur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.bur] | لابور

Definisi : ; melabur 1. membekalkan makanan (wang, modal, dll) kpd pekerja dll; 2. = meletakkan (memberikan, menyerahkan) sejumlah wang utk sesuatu usaha (spt pengeluaran barang, perniagaan, dsb) dgn tujuan utk memperoleh keuntungan, menanam modal: rakyat bumiputera diseru melabur dlm Amanah Saham Nasional; melaburkan meletakkan (wang) sbg modal (utk perniagaan dll): dia ~ sebahagian besar wangnya dlm syarikat itu; pelaburan 1. jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu usaha niaga dsb, penanaman modal; 2. sesuatu yg dibeli dsb dgn harapan akan mendapat keuntungan yg berlipat ganda, penanaman modal: pembelian tanah merupakan suatu bentuk ~ yg menguntungkan; pelabur 1. orang yg melabur (menanam modal); 2. bekalan makanan (wang dll); ~ asing individu atau syarikat dr luar negara yg melaburkan modalnya dlm sesuatu perniagaan dsb; ~ institusi (Eko) institusi atau organisasi yg mengumpul dan mengurus dana drpd orang ramai utk tujuan pelaburan secara besar-besaran dlm pasaran saham dsb; ~ runcit (Eko) pelabur individu yg jumlah pelaburannya sangat kecil (hanya beberapa lot saham dsb); ~ habis Palembang tak alah prb perbuatan yg sia-sia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.bur] | لابور

Definisi : ; kelaburan ark lubang (utk menangkap binatang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.bur] | لابور

Definisi : ; melabur 1 membeli saham (syer dsb) dlm sesuatu badan perniagaan utk tujuan mendapat keuntungan; menanam modal: Rakyat bumiputera digalakkan ~ dlm Amanah Saham Nasional. 2 memberi makan (wang makan, bekalan dsb) kpd pekerja dll. melaburkan menggunakan sesuatu (wang dsb) utk tujuan melabur: Amin ~ sebahagian besar wangnya dlm syarikat itu. pelaburan 1 wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu perniagaan: Dr masa ke masa, dia menambah ~nya dlm skim Amanah Saham Nasional. 2 hal (perbuatan, cara dsb) melabur atau melaburkan: Kerajaan menggalakkan ~ drpd rakyat. ~ asing jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan oleh pengusaha dr negara lain di negara kita. pelabur 1 orang (syarikat dsb) yg melabur atau yg melaburkan sesuatu. 2 bekalan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata labur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan pengesahan untuk perkataan dalam bahasa Inggeris "angel investor"/ "angel financing". Adakah terdapat terjemahan untuk kedua-dua perkataan di atas? Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "angel investor". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang kami cadangkan ialah penyumbang labur.Istilah14.07.2012
Salam, saya hendak bertanya soalan tentang 'funder' dalam bahasa melayu yang akan digunakan dalam tulisan rasmi, buat masa ini, saya ada beberapa yang ada dalam fikiran : 1. investor - pelabur 2. Donater - penyumbang 3. Funder - orang yang bagi duit Jadi, seperti yang kita lihat di atas, perkataan funder tidak lagi jadi satu perkataan, dia perlu beberapa gabungan perkataan utk merujuk kepada perkataan 'funder'. Oleh itu, saya ingin bertanya dengan menambah imbuhan 'pen' atau 'pe' di depan seperti derma akan jadi penderma, labur akan jadi 'pelabur'. Seperti yang saya terangkan di perenggan sebelum ini, jadi, bolehkah utk dana saya menambah imbuhan 'pe' atau 'pen' dalam perkataan dana. Saya bertanya dahulu di sini adalah disebabkan saya tidak pernah dengar perkataan dana dijadikan sebagai kata 'orang yang melakukan' seperti pedana atau pendana. Boleh saya tau penggunaan perkataan yang mana yang sesuai dan mudah difahami oleh orang awam, sama ada 'pedana' atau 'pendana'. Pada pandangan peribadi saya, saya lebih memilih menambah imbuhan 'pen' pada perkataan dana disebabkan ia kelihatan lebih sesuai.Merujuk istilah bahasa Melayu, maksud funding daripada bidang ekonomi, pentadbiran dan pentadbiran perniagaan bermaksud pendanaan. Manakala merujuk kepada terjemahan bagi istilah sumber investor ialah pelabur, donor ialah penderma dan funder masih belum wujud dalam data PRPM kami. Cadanagn daripada pihak DBP, terjemahan yang sesuai bagi funder ialah pendana.Makna09.08.2019
Saya telah menghantar permohonan no rekod 17415/2015 atas nama iklan Rasa Johor bagi kedai saya di Medan Selera. Nama itu telah tidak diluluskan dan nama gantian iaitu Makanan Johor tidak boleh digunakan kerana terlalu panjang. Buat makluman, pada asalnya saya ingin meletakkan nama Selera Johor tetapi tidak dapat digunakan kerana terlalu panjang. Di Medan Selera ruagan iklan sangat terhad. Seperti nama restoran terkenal, Rasa Utara, saya harap nama Rasa Johor diterima. Kami juga telah labur dalam membuat iklan itu. Saya harap pemohonan ini dipertimbangkan semula. Sila maklumkan dengan siapa saya harus berjumpa untuk selesaikan masalah ini kerana saya perlu dapatkan lesen niaga dari MBSA segera.Sila kemukakan semula permohonan saudara melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan tekan butang kemas kini. Nyatakan alasan tuan untuk mengekalkan nama tersebut.Lain-lain12.05.2015

Kembali ke atas