Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.gi] | لاݢي

Definisi : 1 masih (berterusan): ketika ~ kecil ketika masih kecil. 2 tambahan kpd yg sedia ada: Ambillah dua ringgit ~ utk perbelanjaan pulang. 3 dan; serta: Rumahnya cantik ~ bersih. 4 berulang spt semula: Bacalah surat itu sekali ~. Agaknya ia akan datang ~ hari ini. 5 lebih (baik, buruk, mahal dll): Bunga yg ini ~ cantik. 6 kata yg digunakan utk menegaskan (menguatkan) kata-kata sebelumnya: Belakang parang ~, kalau diasah nescaya tajam. ~pun, = ~ pula tambahan pula. lagi-lagi sentiasa; balik-balik: ~ hendak bergaduh, tidak pernah aman barang sekejap pun. lagikan bahkan; sedangkan: Serangga yg kecil itu ~ dpt membina bukit dgn mengangkut pasir sebutir demi sebutir. selagi 1 selama atau sementara masih: ~ hayat dikandung badan, aku tetap setia kpdmu. 2 pd ketika; semasa: Waktu tengah malam ~ orang tidur, dia duduk termenung di dlm biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Lagi ditutuh lagi ditebang,
     Dibuat mari ampaian kain;
Tempat jatuh lagi terkenang,
     Kononkan pula tempat bermain.


Lihat selanjutnya...(260)
Peribahasa

Lagi lauk lagi nasi.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya.

 

Lihat selanjutnya...(182)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam saudara/i, Untuk penulisan rasmi, adakah yang berikut diterima? Penggunaan “lagi” bermaksud “lebih”. Contoh: Lagi besar lagi bagus. Penggunaan “bagi” bermaksud “memberi”. Contoh: Dia bagi anaknya makan sedap-sedap. Terima kasih diucapkan.Kata bantu "lagi" boleh digunakan dalam penulisan asalkan sesuai dengan konteks ayat yang digunakan. Perkataan yang gramatis dalam konteks ayat tersebut ialah memberi.Tatabahasa03.08.2013
soalan saya: sejak dahulu lagi/ sejak dari dahulu lagi/ dari dahulu lagi ? yang mana satu tepat?

Salam sejahtera,

Sejak
bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua kata secara berurutan mengandungi unsur lewah, iaitu berlebihan atau tidak diperlukan kerana penggunaan salah satu daripada kata tersebut telah melengkapkan ayat. Oleh itu, 'sejak dahulu lagi' dan 'dari dahulu lagi' merupakan frasa yang tepat.

Tatabahasa16.11.2012
soalan pertama: sejak dahulu lagi / sejak dari dahulu lagi / dari dahulu lagi / soalan kedua : rumah baru / rumah baharu soalan ketiga: Johor Bahru/ Johor Bharu ribuan terima kasih .

Salam sejahtera,

Sejak
bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua kata secara berurutan mengandungi unsur lewah, iaitu berlebihan atau tidak diperlukan kerana penggunaan salah satu daripada kata tersebut telah melengkapkan ayat. Bagi soalan yang pertama jawapan yang betul ialah 'sejak dahulu lagi.'

Kamus Dewan menakrifkan baharu sama dengan baru, iaitu belum/tiada sebelumnya. kedua-duanya digunakan dalam menyatakan sesuatu yang baru atau baharu seperti rumah baru atau rumah baharu. Untuk soalan kedua, kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat.

Jawapan bagi soalan yang ketiaga ialah Johor Bahru.

Tatabahasa09.11.2012
1. Majlis Penutupan atau majlis Penutup. 2. Penggunaan kata lagi cth: belum membeli lagi kereta atau belum membeli kereta lagi.Jawapan yang betul ialah 1. Majlis Penutupan. 2. belum membeli kereta lagi.Lain-lain09.12.2010
Munsyi Dewan Kemusyikilan yang sering menghantui minda saya adalah tentang penggunaan kata keterangan 'lagi' dalam frasa kerja transitif, yakni 'meningkatkan lagi taraf kehidupan' ataupun 'meningkatkan taraf kehidupan lagi'. Persoalannya, bolehkah kata keterangan 'lagi' dapat disisipkan antara kata kerja transitif dengan frasa nama objek? Pada pengamatan saya, rumus kkt + lagi + objek adalah tidak gramatis kerana kkt dan objek merupakan bentuk terikat. Sekian. Salam hormat, KAY SEVEN

Lagi ialah kata penegas atau yang disebut juga partikel, berfungsi memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Ayat 'meningkatkan lagi taraf kehidupan 'sememangnya tidak gramatis, yang gramatis ialah ayat 'meningkatkan taraf kehidupan lagi'. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 261.

Tatabahasa23.12.2010
tidak penting lagi atau tidak lagi penting??Tidak penting lagi.Tatabahasa20.10.2009
Tolong jelaskan tentang penggunaan kata "lagi' dalam ayat. Yang manakah betul 1. Cikgu memarahinya lagi kerana tidak hadir kelas tambahan. 2. Cikgu memarahi dia kerana tidak hadir kelas tambahan lagi. Terima kasih.

Lagi dalam ayat tersebut mempunyai makna yang berbeza. Kedua-duanya betul.

Tatabahasa23.05.2010
Nampaknya penggunaan Bahasa Melayu makin dipinggirkan oleh banyak pihak termasuk kerajaan sendiri. Media cetak lebih lagi eletronik memburukkan lagi keadaan. DBP tidak ada undang-undang penguatkuasaan. Benci betul saya melihat perkataan 'car wash', parking, private properties dan banyak lagi seolah-olah mencabar bahasa Melayu. Undang2 Kecil Bandaran mengenaan bahasa Kebangsaan siapa pun tak ambil tahu. Menteri-menteri Melayu pun sama tak ikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, sanggup jual bangsa, Bahasa Melayu diganti dengan Bahasa mlaysia. Ada orang sanggup cabar di Mahkamah ke? Cakap banyak pun buat sakit hati, apa yang saya boleh bantu DBP dalam mempertabatkan Bahasa Melayu?.Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu di negara kita. Sokongan dan komitmen tuan dalam usaha kami untuk memartabatkan bahasa Melayu amat dalu-alukan dan dihargai. Diharap tuan dapat terus memberikan sokongan kepada usaha dan kegiatan yang kami adakan dari semasa ke semasa. Terima kasih.Lain-lain02.11.2007
kejadian itu mungkin dapat dielakkan setelah langkah mencegah dibuat sejak lebih awal lagi. tuan, jika langkah mencegah dibuat dari awal lagi atau jika langkah pencegahan dibuat dari awal lagi atau lagipun, tuan...sejak awal lagi dan dari awal ladi...apakah perbezaan antara kedua-dua ini? tq

Penggunaan kata yang betul ialah "langkah mencegah" atau "pencegahan" (tidak perlu didahului oleh kata langkah) dan "sejak awal" atau "dari awal" (bukan sejak dari awal kerana antara makna sejak ialah dari).

Tatabahasa18.09.2011
penggunaan tanda baca yang betul. 1) "Saya masih ingat lagi". @ "Saya masih ingat lagi." -Nokhtah perlu ada sebelum atau selepas penutup kata? -terima kasih-Penggunaan tanda baca yang betul dalam contoh ayat ini - "Saya masih ingat lagi." Ejaan21.01.2011
12345678910...

Kembali ke atas