Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lagi;

Puisi
 

Lagi ditutuh lagi ditebang,
     Dibuat mari ampaian kain;
Tempat jatuh lagi terkenang,
     Kononkan pula tempat bermain.


Lihat selanjutnya...(260)
Peribahasa

Lagi lauk lagi nasi.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya.

 

Lihat selanjutnya...(182)

264

There is no place like home.

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, there is no place like home.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(107)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan lagi dalam ayat di bawah betul? "Lagi melawan, lagi cepat mati." Skop ayat adalah terjemahan drama yang mempunyai ruang yang sedikit dan perlu sependek mungkin.Ayat “Lagi melawan, lagi cepat mati” boleh digunakan kerana ayat tersebut ialah dialog dalam drama dan dialog  merupakan bahasa percakapan yang tidak ada kawalan kerana manusia berkecenderungan bercakap apa-apa sahaja yang diinginkan.Sastera07.09.2020
Boleh saya tahu jika DBP ada rancangan untuk menerbitkan Tatabahasa Dewan Edisi Keempat? Mungkin ada penghuraian dan contoh baharu (lagi-lagi tentang kata adverba) yang ditemukan DBP dalam Korpus Bahasa Melayu semasa penyusunan Kamus Dewan Perdana.Salam sejahtera,

Buat masa ini pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) masih belum ada perancangan untuk menerbitkan Tatabahasa Dewan Edisi Keempat. Cadangan tersebut baik dan akan ambil kira semasa membuat penambahan dalam penulisan buku edisi keempat nanti.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah diemelkan kepada: Puan Normala binti Mohamad Yusof melalui alamat e-mel: normala@dbp.gov.my

 
Sekian, terima kasih.
Lain-lain11.11.2020
Ali A) tidak ada lagi modal / B) tidak lagi ada modal yang boleh melabur dgn membeli barangan. Mana satukah adalah sesuai? Berdasrkan pangkalan data bagi maksud "habis modal", terdapat 2 penjelasan: a) tidak ada lagi modal yg tinggal; b) tidak ada bahan atau idea lagi (utk meneruskan perbincangan dll); sekiranya kedua-dua "tidak ada lagi" dan "tidak lagi ada" adalah betul, bolehkah beri penjelasan tentang penggunaannya berserta contoh?"Lagi" ialah kata penegas atau partikel yang berfungsi untuk memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas "lagi" bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat. Berdasarkan contoh yang diberikan, penggunaan lagi yang betul adalah seperti yang berikut:
1. tidak ada lagi modal
2. tidak ada modal lagi
3. tidak ada lagi bahan atau idea
4. tidak ada bahan atau idea lagi
Tatabahasa28.03.2014
Salam saudara/i, Untuk penulisan rasmi, adakah yang berikut diterima? Penggunaan “lagi” bermaksud “lebih”. Contoh: Lagi besar lagi bagus. Penggunaan “bagi” bermaksud “memberi”. Contoh: Dia bagi anaknya makan sedap-sedap. Terima kasih diucapkan.Kata bantu "lagi" boleh digunakan dalam penulisan asalkan sesuai dengan konteks ayat yang digunakan. Perkataan yang gramatis dalam konteks ayat tersebut ialah memberi.Tatabahasa03.08.2013
Tuan, Bolehkah saya menggunakan lebih malang lagi atau lebih-lebih lagi sebagai pangkal ayat? Contoh, Kemalangan jalan raya menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa. Lebih malang lagi, kemalangan juga membawa kemautan kepada mangsa yang tidak berdosa. Adakah ayat di atas gramatis dan penggunaan "lebih malang lagi" adalah betul? Terima kasih.

1.   Ayat yang betul ialah Kemalangan jalan raya menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa. Lebih malang lagi, kemalangan tersebut telah membawa maut kepada mangsa yang tidak berdosa.

 

Tatabahasa22.09.2021
Yang mana satukah yang betul bagi penggunaan "lagi". 1. Ayah beri lagi 3 buah buku. 2. Ayah beri 3 buah buku lagi.Ayat yang betul ialah "Ayah beri 3 buah buku lagi".Tatabahasa14.09.2022
Selamat sejahtera, saya ingin bertanyakan pilihan berikut, yang mana satukah betul? 1. Memperluas pasaran lagi 2. Meluaskan lagi pasaran 3. Meluaskan pasaran lagi 4. Memperluas pasaran. Penggunaan perkataan “lagi” dalam pilihan 1 , 2 dan 3 tersebut adalah betul atau salah? Terima kasih atas pihak dbp yang sudi memberikan penjelasan yang jelas.Frasa yang betul ialah "Meluaskan lagi pasaran" Tatabahasa18.06.2023
'Tak lagi mampu kupaksa.../ Tak mampu lagi kupaksa...' yang mana lebih tepatAyat yang yang betul ialah "Tak mampu lagi kupaksa"Tatabahasa28.06.2022
Penggunaan perkataan "lagi" mesti di hadapan atau belakang objek. A. Meluaskan lagi pasaran B. Memperluas pasaran lagi Mana yang betul, A atau B? Sekian, Terima kasihSoalan tidak jelas. Sila kemukakan soalan dengan ayat yang lengkap.Lain-lain18.10.2022
Adakah ayat berikut betul? Sekiranya salah, apakah justifikasinya. Terima kasih! 1. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi. 2. Saya berharap saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi. 3. Saya berharap dapat berkunjung ke dusun datuk lagi.Ketiga-tiga ayat tersebut betul.

1. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi.
2. Saya berharap saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi.
3. Saya berharap dapat berkunjung ke dusun datuk lagi.
Tatabahasa11.04.2025
12345678910...

Kembali ke atas