Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Burung tuli mandi berhujan,
     Bolehlah mandi sekali lagi;
Orang tua menjunjung uban,
     Boleh masuk ke medan lagi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Sudah bertongkat tempurung,
     tak terangkat pelupuk matanya lagi.

Bermaksud :

Sudah tua sekali.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat mana yang betul? A) paling cantik sekali B) sangat cantik sekali C) sungguh cantik sekali D) amat cantik sekali E) tercantik sekali TQ

Ayat yang betul ialah B) sangat cantik sekali C) sungguh cantik sekali D) amat cantik sekali. Ayat A) paling cantik sekali dan E) tercantik sekali salah kerana imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah menunjukkan darjah penghabisan.  Oleh itu, kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak boleh digunakan serentak.  Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi. 

Tatabahasa29.03.2010
Mohon semak ayat di bawah: Walau bagaimanapun, sebagai peringatan tuan/puan dipohon untuk menyemak sekali lagi bagi memastikan bahan pihak ketiga yang digunakan dalam laman tuan/puan tiada perlanggaran hak fipta.Sebagai peringatan tuan/puan dimohon untuk menyemak sekali lagi bahan pihak ketiga yang digunakan dalam laman tuan/puan bagi memastikan  tidak berlaku perlanggaran hak cipta.Tatabahasa15.05.2013
sekali lagi saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk mengenal pasti ayat di bawah ini, jika terdapat sebarang unsur lewah. "....perayaan hari guru akan berlangsung bermula dari 13 Mei hingga 16 Mei akan datang......" sekian terima kasih.Benar, ayat yang dibina tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah  "... perayaan hari guru akan berlangsung dari 13 hingga 16 Mei akan datang ...".Tatabahasa29.06.2012
Salam, sekali lagi saya ingin bertanyakan soalan kepada pihak tuan/puan. Ayat manakah yang lebih tepat sama ada 'Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil Getah' atau 'Kad Jualan Pekebun Kecil Getah'. Untuk makluman tuan/puan, salah satu ayat di atas akan digunakan untuk dicetak ke atas Kad yang akan digunakan oleh pekebun kecil untuk menjual getah mereka kepada peniaga getah. Mohon pihak tuan/puan untuk mengkaji penggunaan bahasa pada ayat-ayat di atas atau memilih salah satunya supaya satu ayat yang lebih tepat dan menunjukkan identiti kad tersebut dapat dihasilkan sebelum ianya dicetak ke atas kad. Terima kasih.

Encik Mohd Termizi,

Jawapan yang betul ialah 'Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil Getah' terima kasih.

Tatabahasa25.02.2010
Salam sejahtera, Maaf, saya ingin bertanya sekali lagi (sudah masuk kali ke tiga) Ayat ini : Semua peserta angkat berat itu " begitu hebat - hebat belaka " . Adakah ayat ini gramatis ? Sekiranya ayat tersebut berbunyi : Peserta - peserta angkat berat itu begitu hebat - hebat belaka . (tidak gramatis, sepatutnya penggandaan dilakukan pada subjek ATAU pada kata adjektif HEBAT shj, salah satu.) Sekiranya ayat itu gramatis : Mengapa " kesemua peserta " (plural) boleh diikuti dengan " hebat - hebat " (bermaksud jamak juga) ? Kata penguat " begitu " boleh disusuli dgn kata penguat belakang ( sekali ) ? Terima kasih ! ChoyHH (choy862003@yahoo.com)Semua peserta angkat berat itu begitu hebat-hebat belaka, ayat ini tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah 'Semua peserta angkat berat itu begitu hebat' kerana subjek dalam bentuk jamak dapat diikuti dengan predikat dalam bentuk tunggal.Tatabahasa14.02.2011
pembetulan telah dibuat dan ditambah dua jawatan lagi. nohon kerjasama untuk membuat semakan sekali lagi. Boleh kah kain rentang ini diproses seperti lampiran ini dan dihantar ke southern Ads untuk digantung?Sila buat pembetulan.

Jabatan Kualiti & Turret = Jabatan Kualiti dan Turet

Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk mendapat sijil kelulusan.
Tatabahasa23.04.2013
Terima kasih ... Benar ... maksud saya MENERAJU PEMBELAJARAN ... silap eja ... Terima kasih sekali lagi ... hjhmisna P2011 1000 905Meneraju Pembelajaran seperti makluman puan.Tatabahasa04.12.2012
Masalah ini tidak akan selesai jika kamu berdua tidak mahu saling bertolak ansur. MUNSYI, SEKALI LAGI, ADAKAH SALING BERTOLAK ANSUR TIDAK SESUAI DIGUNAKAN KERANA ADA BUKU KATAKAN SALAH. TK MUNSYIFrasa "saling bertolak ansur" adalah tidak gramatis. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus dan dapatkan maksud bertolak ansur.Tatabahasa16.04.2012
Perkara yang sama telah dikemukakan pada 4.12.2008 tetapi belum dijawab. Saya kemukakan sekali lagi. Menurut Klik DBP"BH- 'baru'@ (just) kata bantu manakala 'baharu'@ (new) ialah kata adjektif. Apabila dirujuk Kamus Dewan Edisi 4: m.s.105 (baharu) dan m.s. 131, makna kata-kata tersebut tidak sama yang dijelaskan. Tolong jelaskan.Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, hal. 105, ejaan baharu hendaklah merujuk entri baru. Terdapat perbezaan makna bagi baru selain bermaksud "yang belum ada" dan sebagainya, makna lain ialah "baru sahaja berlaku" seperti " baru tiba", "baru lahir" dan sebagainya. Kesimpulannya baru mempunyai dua makna, iaitu (i) yang belum ada dan (ii) baru berlaku. Kata baharu digunakan secara baku dan sesuai untuk kata seperti pembaharuan.Tatabahasa05.12.2008
Salam sejahtera. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana kesudian menjawab soalan-soalan saya sebelum ini. Sekali lagi saya ingin mendapatkan kepastian: (1) 'Kedua-dua individu mempunyai trait genetik yang berlainan' ATAU 'kedua-dua orang individu mempunyai trait genetik yang berlainan' (2) kedua-dua kata tersebut... ATAU kedua-dua patah kata tersebut...Ayat yang gramatis ialah "kedua-dua orang individu mempunyai ciri/trait genetik yang berlainan".Tatabahasa12.08.2013
123456

Kembali ke atas